26 July 2010

Berus....

Sudah lama juga aku mencari berus untuk terapi Nabila. Sebab aku ada melihat semasa di Tasputra ada seorang akak ni sedang memberus tangan dan kaki anak di situ untukmerangsang deria rasa.

Puas aku memikirkan apakah barang yang sesuai untuk merangsang deria rasa Nabila. Sudahnya aku teringat sesuatu. Barang yang agak lama juga tersimpan di laci meja solek. Juga sudah lama tidak digunakan.



Agak lucu sebenarnya. Namun dari aku membazir..aku rasa barang-barang di dalamnya boleh digunakan. Cuma aku menambah berus sikat Nabila. Berus yang agak lembut..dan agak geli bila bersentuhan pada kulit.

Hurm..aku tak pasti betul atau tidak..namun aku cuba. Tak salahkan mencuba. Dan rasanya kena kreatif sikit. Klu asyik membeli saja..memang tak mampu. huhu..

Dan rasanya projek seterusnya.nak buat booster yang kecik sket untuk Nabila. Yang sebelum ni agak besar. Dan yang pasti bukan aku beli..aku buat dengan menggunakan tin susu. Dan dibalut dengan Yoga Mat. hurm..ok ke? Ada yang penah lihat entry lepas-lepas aku buat booster nih. Pada yang tak kesempatan..inilah entrynya.

p/s : semalam bersama dengan superkids. Dan juga sahabat yang sudah lama ingin bersua muka. Lieza..terima kasih atas segala pemberian..dan juga kata-kata semangat untuk kami meneruskan perjuangan anak-anak kami. Buat family superkids..korang mmg best! Tapi kekurangan ahli..tanpa kehadiran Abg long dan Kak Long iaitu Faizal dan Kak Noni.. nanti kita repeat yek.. :)

6 comments:

Jiey^Mien said...

Ok la tu Ina.. Keep on brush dekat tempat yang Ina rasa Nabila agak sensitif..
Jiey pun buat gak utk Ian.. Ni penah Jiey mentioned dalam entry ni -->http://kernakasihkita.blogspot.com/2009_06_01_archive.html#2445868330087515011

JMY said...

awk memang kreatif..idea booster tu, saya pun nak tiru jugak..tp blm buat, tin susu punyala berlambak kat umah ni...hmmm

ieda said...

elok juga guna benda2 dlm rumah..tak membazir..
nanti nabila mesti gelak ngekek2 bila kena gosok dgn brush tu..hihi

Noina said...

jiey : yeah..ina akan buat seperti yang jiey tunjuk.. :) thanks jiey !

Noina said...

JMY : boleh..buat la..elok tau..Nabila suka naik booster tuh..elok untuk posisi merangkak dan head control..

Noina said...

kak ieda: ina ada amik video smlm..tapi masa main tak gelak pun..hehe..agaknya dia pelik kot badan dia di sapu2 ngan berus tuh..hehe..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...