08 July 2010

Keputusan telah diambil..

Keputusan yang saya ambil ini bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya.Saban waktu semalam..saya menangis mengenangkan nasib Nabila yang tak sudah-sudah di uji. Saya sendiri buntu.

Saya telah mengambil keputusan untuk memberhentikan Nabila dari sekolahnya buat sementara waktu. Mungkin juga ini jalan yang terbaik buat kami untuk menyelesaikan kekusutan masalah kewangan yang kami hadapi. Saya juga tahu, keadaan Nabila di sana. 3 bulan di sana..Nabila masih belum menunjukkan tanda-tanda positif. Kesukaran untuk saya berurusan dgn pihak pengurusannya juga agak membebankan. Nabila juga kurang memberi kerjasama sepanjang berada di situ.Adakah kerana Nabila masih kecil? Saya kurang pasti.

Sejak bersekolah, masa untuk kami berdua melakukan terapi di waktu malam juga sudah tiada. Nabila keletihan sejurus pulang dari sekolah. Saya tidak pasti Nabila dapat latihan sepenuhnya di sana atau tidak. Atau hanya senaman yang biasa-biasa di sana.

Mahu saja saya berhenti kerja, tapi mak dan ayah pula melarang. Andai apa-apa yang menimpa pada Abg, dengan siapa lagi hendak saya meminta bantuan.Aduh..sangat panjang dan berliku dalam hidup ini dalam membesarkan Nabila.Doa saya tak putus sentiasa mohon pada Allah supaya diberi kekuatan demi Nabila.

Tidak tinggal sesaat pun hati ini untuk tidak berfikir tentang Nabila. Sepanjang masa saya memikirkan tentangnya.Menangis saya di hadapan mak semalam. Sedih kami berdua bila mengenangkan nasib Nabila andai tidak bersekolah lagi. Sampai saya berfikir..mengapa perkara yang sama tidak berlaku pada orang kaya? Mereka punya duit dan tiada masalah seperti ini.

Buat Nabila,ibu minta maaf sayang. Ibu akan cuba usahakan yang lain untukmu. Saya berharap akan jumpa jalan penyelesaian untuk Nabila nanti.

26 comments:

shinawawa eyenie said...

fikir terbaik utk semua

Maria Frederick said...

Salam Noina ...
Maria doakan semoga dipermudahkan ... terharu rasanya membaca blog noina .. maria tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul...maria yakin disebalik aper yang terjadi ader hikmah disebaliknya .. bersabarlah wahai sahabat ..

mamazana said...

Berat mata kami yang memandang...
Berat lagi bahu noina yang memikul...

Zana harap Noina x akan berputus untuk sentiasa memohon pada Allah supaya beri kekuatan demi Nabila.

Take care.

LYaFRINA said...

noina.. sedih sgt2.. lya harap noina terus tabah & tabah mgharungi kehidupan..
y pasti semua keputusan y noina baik adalah y tbaik buat nabila n family.. xpe... dahulukan mana y penting dulu.

ieda said...

salam ina..
sabarlah.setiap dari kita ada masalah masing2.ini ujian untuk kita di dunia ni.takyah la risau ttg sekolah nabila tu lg.she's only 2.tumpukan pada terapi dulu.akak suka tengok video nabila gelak2 tu..so sweet.just be happy & that will make her happy.

A.I said...

Apa2 pon kau kene kuat na..aku doakan yg terbek utk kau anak branak..

JMY said...

aduh...tak tau nak komen apa..jgnla sedih sgt, tahu, memang berat.bykkan sabar, kalu sedih je nanti stress tau..takpe, cuba cari sekolah lain yg berpatutan, pdk ke..

shaliza said...

Salam Noina,
Bersangka baik lah dengan Allah.
Dia menguji pada mereka yang layak & mampu menaggungnya,InsyaAllah ada sinar dihari mendatang.
Anda & suami sememangnya antara yang istimewa dapat anugerah dari Allah ni...

Noina said...

shinawawa: betul..yang terbaik saja.. :)

Noina said...

Maria: terima aksih Maria..segala yang difikir smeuanya untuk Nabila..sikit pun tak tinggal.. :) Ini saja harta yang ina ada.. :)

Noina said...

Mamazana: Isyaallah..Ina akan terus berusaha demi Nabila..terima kasih mamazana.. :)

Noina said...

Lyafrina: Insyallah..Yang etrbaik semuanya untuk Nabila..kami akan cuba usahakan mana yang boleh untuknya..terima kasih.. :)

Noina said...

ieda: betul kak..mmg happy bila tgk dia ketawa cam gitu. suka sangat.. :) Ina bukan apa kak..Ina risau sangat..Sepatutnya dia dah boleh macam2..tapi klu tak pegi sekolah dia tak pandai nanti..ina akan salahkan diri ina sebab tak usaha sesuatu untuknya. Dan nanti akan menyesal seumur hidup sebab tak dapat tolong dia..huhu

Noina said...

Kak A.I : terima kasih kak.. Memang sebagai ibu..itulah kita..mahu beri yang terbaik buat anak..betul kan kak.. ?

Noina said...

JMY : memang penah terfikir sebelum nak masukkan Nabila ke Tasputra dulu. Ina mmg nak amsukkan dia ke PDK. tapi kat PDK ina mmg tak boleh tinggalkan dia. kat Tasputra boleh. Tu ina gagahkan jugak antar dia kat tasputra walaupun tak mampu untuk bayar yuran dia. Sebab ina tau dorang boleh jaga dia...

Noina said...

shaliza: Ina mmg sentiasa bersangka baik. Klu tidak dah tentu ina sendiri tak dapat nak lalui segalanya sepanjang menjaga Nabila. Bukan tak bersyukur..cuma kadang2 hati ini merintih kerana kadang-kadang hilang arah kerana dugaan ini. Hanya orang yang melalui nya saja faham dan mengerti apa rasa itu..

JMY said...

ooo gitu...apa kata awak letak iklan nufnang kat blog awak ni, pengunjung ramai, komentar pun byk, bolehla kami2 klik iklan tu, so blhla kami bantu nabila skit2..

Fieza said...

Salam..awak selalu masuk blog saya kan..Saya belum dapat menjadi ibu setabah awak.Dugaan yang awak terima awak dapat hadapi dengan tabah. Saya doakan awak dapat penyelesaian terbaik buat Nabila dan keluarga..

Asz said...

Salam Ina ... lama x menjenguk Nabila kat sini ... maaf, lately sgt sebok, Ammar pon x sihat je ... cuma nk berkongsi rasa ... Ina x keseorangan ... saya juga selalu rasa begitu ... terkadang bertanya sendiri, nape org yg senang, makin senang hidupnya ... tanpa diuji spt kita ...

sya akui, membesarkan anak yg ckup istimewa ini mmg byk cabarannya ... sya pon slalu juga rasa nk berenti keje sbb masalah bila nk amik Ammar on time (nursery tutup pkl 5ptg, sya abis ofis pkl 6 ptg) ... mmg terkejar2 ... blom lagi masalah kat ofis ... sya selalu amik cuti sbb Ammar perlukan sya waktu dia x sihat, utk appt yg bermacam2 termasuklah terapi dan appt rutin kesihatan ...

sampai kadang waktu nk tido mlm masih lagi berfikir apakah jalan terbaik utk sume nih ... kalau ikut hati nk je berenti keje ... tp perbelanjaan bulanan Ammar sgt besar (utk keluarga kami) ... tube, gauze, plaster, pampers, susu, nestum, yuran nursery ... itu yg wajib .. blom perbelanjaan tmbahan bila Ammar x sihat ... aduhhh!!!

maaf Ina, dah jadik cam luahan perasaan pulak ... cuma saya nk nyatakan yg nasib kita serupa, cuma berbeza situasi ... doa saya moga kita berdua terus tabah demi anak2 kita ... dan moga jalan buat kita dipermudahkan .. Amin!!

take care Ina, jgn sedih2 ye ... luv & kisses to my darling Nabila ...

Noina said...

JMY : Macamana yek nak buat..ina tak pandai la buat iklan2 tuh..hehe..

Noina said...

fieza: insyaallah..terima kasih fieza... :)

Noina said...

Asz: tu lah Asz..klu ikutkan Asz lebih banyak perlukan duit banding ina..kalaulah duit berkoyan2 depan kita..alhamdulillah..akan digunakan duiot itu sebaik-baiknya. Kalaulah kita kaya..tak perlulah susah payah kita keluar mencari rezeki..Moga Allah permudahkan jalan untuk kita yek Asz.. :)

Min said...

salam ina,

thanks sebab selalu singgah blog kak min. kak min doakan ina sekeluarga dimudahkan dan dipandu jalan yang terbaik oleh Allah SWT. Nabila bertuah memiliki ibu sekuat ina... doakan kami jugak di perantauan ini ye...

JMY said...

tak sempat nak ajar, awak dah pandai...tahniah...nanti kita sama - sama klik ek..

Noina said...

Kak Min: Insyaallah..terima kasih kak.. :) Ina doakan segalanya dipermudahkan di perantauan..Amin.. :)

Noina said...

JMY: yeke..jenuh gak yek nak buat dia..ian tak pandai sgt..tapi betul ke camni caranya..?

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...