Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

29 August 2010

Adoiiii..sangat-sangat penat seminggu ini....!

Maaf sudah beberapa hari tidak berkesempatan untuk mencoret. Banyak yang ingin ku ceritakan tentang Nabila namun masa tak mengizinkan. Sibuk dengan beberapa aktiviti di sana sini..

Rabu lepas, Nabila punya appointment bersama Puan Anida. Speech Therapy ! Dan sebenarnya aku tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya. Aku mengesan sesuatu kelainan pada Nabila.

Sejak Nabila dengan aksi 'kamok-kamok' beberapa minggu sudah, aku dapati air liur Nabila kembali meleleh dengan banyak sama seperti ketika mula-mula dia di rujuk pada speech dulu. Sungguh..sehinggakan penuh sehingga ke lehernya jika aku dudukkan atau meniarapkannya. Minggu sebelum Nabila 'kamok-kamok' tu, Nabila masih boleh mengawal air liurnya. Memang keluar, namun kuantitinya tidaklah sebanyak seperti sekarang. Dan perkara ini diakui sendiri oleh Puan Anida.

Dia ada berkata padaku, adakah pihak OCCT komen tentang apa yang telah aku katakan ini. Sememangnya ada. Namun, apa yang dikatakan oleh therapist itu hanyalah fakta semata-mata. Kerna di sendiri tidak tahu perkembangan Nabila sejak mula dulu. Dia hanya menyatakan Nabila kemungkinan tidak bermain atau membuat apa-apa aktiviti. Kerna itu air liurnya meleleh begitu saja.

Puan Anida juga berkata, dia perasan Nabila nampak kembali lemah seperti dulu. Tidak kuat seperti yang dia lihat sebelum temujanji kali ini. Aduhai..aku sendiri buntu. Kenapa dengan Nabila?

Dan akhirnya Puan Anida mencadangkan untukku membeli ini..

Ia berfungsi untuk memekatkan air susu. Puan Anida pernah mencadangkan aku untuk membeli Thixer ini dulu, namun aku memandang sepi. Namun, bila meilhatkan keadaan Nabila begini, aku harus juga mengambil langkah. Manalah tau ianya berkesan. Susah payahnya aku mengendong si Nabila, naik ke farmasi atas untuk membelinya. Huhu..Ada Abg kan senang.. :(

Dan aku juga membeli yang ini..

Enersos MCT oil..

Lama dah nak beli..tapi tak beli-beli..huhu..

Hari Khamis pula, Tasputra mengadakan majlis berbuka puasa di Shangri -La Hotel. Ibu bapa memang tak ikut sekali. Pada mulanya aku memang berat benar untuk membenarkan Nabila pergi. Maklum saja dia paling kecil dan pulak tu 'angin' nya sukar di duga. Namun..pihak sekolah mahu juga dia pergi. Nak tak nak terpaksa juga aku benarnya. Aku bekalkan baju sejuk dan lengan panjang untuk Nabila. Juga stroller untuk memudahkan mereka meletakkan Nabila.

Jam 9 malam, akulah orang pertama yang menunggu untuk menjemput Nabila. Tak sabar!!! Dan kemudian satu persatu kenderaan ibu bapa tiba di sekolah menantikan anak masing-masing. Macam anak-anak gi rombongan pulak. hehe..

Tepat jam 10.30 malam, bas yang membawa anak-anak Tasputra tiba. Nabila turun paling last sekali. Rupanya dia tidur.. Kasihan..sememangya itu memang time Nabila tidur. Namun bila bertukar tangan, Nabila sedar aku mendukungnya, terus celik mata. Tak mahu tidur. Sampai lah ke rumah mak, siap main-main lagi. Aku tanya padanya, " Nabila seronok ke gi sana? best yek..!" Nabila hanya senyum-senyum saja. Seronok la kot..hehe..

Hurm..tak apa lah..Janji Nabila tahu untuk berkawan dan bersosial bersama rakan-rakan. Aku tahu, Nabila mahu berkawan. Pernah sekali di hadapan rumah mak, Nabila mendengar suara anak kecil bermain. Nabila yang berada di dalam rumah seperti teruja mahu keluar dari rumah untuk melihat anak-anak lain bermain. Kasihannya...andai adik sihat..sudah lama ibu bukakan pagar untuk kamu bermain di luar.

Di sekolah Nabila tidak dibiarkan keseorangan. Ada saja anak-anak kecil yang boleh bergerak dan bercakap..mendekati anakku ini. Yelah..katapun paling kecil di sekolah..semuanya menjadi perhatian..!

Dan semalam, pagi-pagi lagi sudah bergerak menuju ke Beranang. Seperti yang kukatakan pada entry lepas, minggu ini Nabila di kehendaki berjumpa sekali lagi dengan Haji Zabir untuk mendapatkan ubat yang telah di siapkan. Dan Alhamdulillah.. urusan kami dipermudahkan sekali lagi. Syukur..!

Dan petangnya..berbuka bersama superkids lagi. Kali ini yang ada hanya family Jiey, Ita, Zali & Faizal. Kali ini makan ala-ala bufet di Seksyen 7 Shah ALam

Selesai makan, kami semua ke PKNS Shah Alam. Jalan-jalan dan terjumpa seorang akak ni. Namanya Kak Laili. Mulanya dia tegur Ita sebab ingatkan Nabila dan Alisya kembar. Kebetulan pula si kembar ni pakai baju yang sama. Ramai juga mata-mata yang memandang. Dan sudahnya kami berbual dengan Kak Laili.

Melihatkan kisah anak berdua ini, hatinya tersentuh. Dan Ita terus saja menceritakan tentang rawatan Kak Raw kepada Kak Laili. Rupanya dunia ini kecil saja. Rumah mak Kak Laili berdekatan dengan rumah kak Raw. Dan pula dia mengajak kami bermalam di rumah nya andai kami ke sana untuk rawatan. Murah betul rezeki budak berdua ni. Ada saja yang membantu memudahkan urusan kami. Alhamdulillah.. :)

Selesai di PKNS, berjalan pula ke SACC Mall. Penuh juga. Sarat dengan lautan manusia yang sibuk membeli barang-barang keperluan hari raya. Tak lama, kami terus keluar..dan melepak di kedai makan di USJ. Dan kemudian Ayu sekeluarga datang dan join bersama-sama kami.. :)

Jam 12.30 malam..barulah semua bergerak ke menuju ke rumah masing-masing. Dan kami sampai di Bukit Sentosa jam 1.30 pagi..hehe..Penat + puas hati. Dapat jugak sambar satu baju melayu untuk Abg. Sebenarnya tak ingat kaler apa baju raya aku tahun ini. Sebab dah lama sangat hantar ke rumah makcik untuk dijahit. Ni pun belum ambil lagi. Harapnya sama la kot kaler dengan baju Abg.. :)

10 comments:

ICAZIESYIRA said...

thiexer and oil tu ape function dia ina?

Yasmin Nabilah.. said...

thixer tu pemekat cecair.mcm kita nak pekatkan susu atau air kosong. sesuai untuk anak yang tersedak susu. bila pekat.budak pun susah nak tersedak. Nabila ni lemah dalam menelan. Sebab tu speech therapist dia suggest benda tu. pastu yang MCT oil tu untuk menaikkan berat badan. dia macam minyak campur dalam susu. Nabila berat badan kurang so elok la amik benda tuh. tapi dlm pediasure pun dah ada mct oil. still juga tak naik berat..tahla ica..huhu..

ummi nia said...

akak, berat nabila brp kg skrg nie??

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sofie pun amik MCT oil, tapi sekarang akak dah stopkan sebab sofie reject susu bercampur minyak tu. satu lagi yg sofie amik, caborie....skrg pun akak dah stopkan sbb sofie reject juga....

seronoknya, ina jalan2 malam dgn kawan2...nabila tak meragam ke?

nabila dah pergi majlis berbuka tanpa ibu. baguslah nabila ni. senang je cikgu nak jaga. kalau sofie pergi tanpa akak, agaknya macam mana yer....hehehe...mesti akak yg dok teringat jer...

Unknown said...

Nabila,cpt sehat ye...

Aisya said...

ina, kat mana nk dapatkan mct oil? dulu aisya guna ( dpt sebtl time admit ward).tp dah hbs.bila tanya kat farmasi sumer xtau n ckp xjual.so, dah xgunalah.berat aisya skrg sgt2 kurang.(1 thn 5 bln - berat hanya 6kg++ jer.huhuhu..)

Yasmin Nabilah.. said...

Ummi Nia: huhu..baru 8kg walaupun umo dah 2 tahun 4 bulan..ringan sangat..:(

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza: huhu..yeke..Nabila ina tgk dia minum jerk..hehe..ni pun ina dah tambah nestum ngan carborie untuk dia..hurm..nampak leh telan la susua tuh..tapi tak tau lah akan datang..hehe..
risau jugak kak masa dia gi tuh..sebab yelah..slalu jalan ngan ina..ni org lain bawak..risau takut dia nangis ganggu majlis je..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

nana: InsyaAllah..Amin..:)thanks nana atas doa..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Aisya: ina beli kat kedai kat hospital sg. buloh..kira dia mcm farmasi gak la..klu mama aisya dok kat area2 sg. buloh bleh la gi farmasi dia beli.. :) dah try tanya guardian atau watson..atau kedai farmasi luar2 ke..vitacare ke..ina pun tu dari hospital dan kawan2 yang sama gi sungai buloh..:)