24 August 2010

Nabila & baby Ra'id..

Hampir setiap hari Nabila dikunjungi oleh baby Ra'id. Aku juga suka melayan si kecik ini yang baru berusia 2 bulan. Sudah lama juga Nabila tidak bermain dengan anak-anak jiran rumah mak. Namun kebanyakannya semua dah besar. Yang ada pun dulu, Abg Rayyan dah pun berpindah ke rumah barunya. Dan Alhamdulillah..Nabila ada kawan lagi pengganti Abg Rayyan.

Au membayangkan andai aku punya nak sekecil ini dan Nabila di sisinya. Aduhai..serupa menjaga kembar saja..! Aku dan mak tertawa melihat Nabila yang begitu teruja apabila baby Ra'id berada di sisinya. Seakan tahu si kecil itu akan bermain dengannnya. Begitu juga ketika Abg Rayyan datang ke rumah mak satu ketika dulu. Begitu seronok sekali dia mendengar suara Abg Rayyan. Siap Abang Rayyan tolong dodoikan Nabila tido lagi..hehe..


Tak mengapalah dik..nanti-nanti saja ibu berikan kamu kawan baru. Ibu masih tak puas memanjakan kamu..! senyum

8 comments:

iCaLoVeZiE said...

Rasa mahu gigit pipi nabila! yeay!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

akak fahamm....kalau nabila ada adik, serupa kembar. macam sofie dgn hijaz skrg, ina. nak uruskan sofie sama mcm uruskan hijaz...

KLMari said...

Setuju sangat statement Ina on seperti menjaga kembar...Anak anak akak yang number 2 (DS) dan 3 tu, sama sama naik....haru biru rumah...ni tambah plak ada baby kecik...Omaknya macam nak pengsan handle...tapi at the end of the day, seronok tengok mereka membesar kan..:)

mrs_zura said...

mari join kami produce 2012 hehe

ina..sy ada tag ina kt blog..black n white contest..wang tunai jadi taruhan!

Yasmin Nabilah.. said...

ica: geget je mama ica..hehe..

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza; hati mau tapi takut tak terhandle..at least sofie dah berjalan kak..nabila lum lagi..hurm..nanti tak tau nak pegang yang mana satu..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Kl mari: hehe..tulah..sebab ina penah rasa adik beradik lahir rapat..mak ina cam tarzan..terpekik2..marahkan adik..hehe..hurm..hati mmg nak kak..tapi tulah..kena tunggu gak..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

zura: hehe..sure..2012 nanti..:)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...