22 August 2010

Nabila @ Beranang & merambu-ramba bersama superkids...

Salam semua. Semalam, seharian tak buka FB dan blog. Teratak Nabila dikunjungi Ummi, Abi dan Alisya pagi Sabtu. Kesian Alisya, cadang nak gi rumah Acik Raw pada Jumaat malam Sabtu untuk mandi tengah malam, tapi bila Ummi dan Abi Alisya sampai saja umah Acik Raw, nampak gelap je umah Acik Raw. Rupanya takde rawatan. Terus Ummi dan Abi Alisya telefon aku nak tumpang tidur di Teratak Nabila.

Dan semalam, berbual-bual ngan Ummi Alisya tentang badan Nabila yang selalu berangin, terus Ummi Alisya bercadang untuk ke Beranang.

Sudah lama kami berhajat untuk membawa anak-anak berubat di sana. Kata Ita, salah seorang rakannya juga pernah ke sana dan Alhamdulillah, pulih dari sakitnya.

Dimanakah tempat itu? Dan apakah cara perubatannya?

Nama empunya pemilik itu adalah Haji Zabir. Dia pakar dalam perubatan alternatif dan juga pemakanan tambahan yang berasaskan herba. Mungkin ada yang pernah mendengar nama Haji Zabir ini atau lebih dikenali dengan syarikatnya sendiri iaitu MHZ Malay Herbs Zone Sdn. Bhd. Terletak di Kg. Sesapan batu Rembau, Beranang, Selangor.

Pada mulanya, sejak dulu lagi, aku memang ragu-ragu dengan ubat-ubatan yang bukan dari klinik atau hospital. Bukan sombong tak mahu mencuba ubat-ubatan lain, cuma aku mahu lebih berhati-hati. takut ubat-ubat ini akan mendatangkan kesan sampingan pada Nabila. Namun sejak kebelakangan ini, hati aku dah mula terbuka untuk menerima. Namun, aku masih berhati-hati. Keberangkalian untuk mendapat kesan sampingan dari ubat-ubatan yang tidak diiktiraf bakal mengundang bahana pada Nabila nanti.

Menjejakkan kami ke rumah Haji Zabir ini membuatkan aku terpegun. Ada beberapa bangunan dan rumah berada di kawasan rumahnya. Sangat-sangat luas. Dan kata salah seorang kakak yang cuba mendapatkan rawatan di situ, selalunya ramai. Cuma ketika kami tiba semalam, hanya kami dan kakak itu sahaja yang ada. Tak mengapalah, mudah sikit urusan kami.. :)

Hampir sejam menunggu akhirnya kami dipanggil. Dan melihatkan Nabila dan Alisya, terus saja atuk Zabir mengatakan mereka kembar. hehe.. Takpe..memang cam kembar pun..!

Mulanya Haji Zabir melihat Alisya dan kemudian diikuti Nabila. Katanya, Nabila mempunyai masalah tulang belakang yang lembut. Aku sendiri mengakui yang Nabila masih belum berjaya untuk duduk dan berpusing dek pinggangnya yang lemah. Haji Zabir juga menyatakan bahawa, Nabila punya masalah bahagian menelan. Lemah di bahagian otot menelan. Benar.. Apa yang dikatanya semuanya benar dengan hanya memegang saja beberapa anggota tubuh Nabila..

Dan kami disuruh datang kembali pada minggu hadapan untuk mengambil ubat. Dia terpaksa menyediakan herba yang baru untuk kedua anak ini, kerana dia jarang mendapat pesakit seperti Nabila dan Alisya. Tak mengapalah. Nak berubat sememangnya perlukan kesabaran dan pengorbanan. Barulah mujarab.. :)

Selesai berurusan, kami terus pulang ke rumah Ita. Dan menunggu Abg ke rumah Ita. Owh ya, lupa nak cakap.. aku hanya pergi sendirian tanpa Abg ke rumah Haji Zabir. Kerana Abg bekerja. Mengingatkan tentang itu, sudah 3 kali aku memulakan langkah permulaan untuk ke tempat-tempat rawatan tanpa Abg. Agak sukar kerana risaukan pengubat-pengubat ini kemungkinan mereka mahu si ayah yang memegang anak. Bukan si ibu. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tak kisahlah, siapa yang bawa Nabila. Janji Nabila dapat segala rawatan yang diperlukan.

Selepas azan, kami terus menuju ke Rimba Klasik untuk makan. Dan sesudah itu, kami ke uptown Bangi. Aku mencari beberapa helai Busha pants untuk Nabila. Kesian Nabila, lama benar aku tidak shopping baju baru untuk Nabila. Jumaat lepas, aku menghabiskan kupon pemberian Perodua kepada Abg dengan membeli baju dan seluar untuk kegunaan Nabila ke sekolah. Tak mengapalah. Lagipun kebanyakan baju Nabila semuanya sudah sendat! huhu..

Dan semalam aku membeli ini..

tak jumpe torchlight, jumpe yang ini pun jadilah untuk Nabila..

Penat juga semalam, seharian tiada dirumah. Alhamdulillah, urusan kami semalam dipermudahkan walaupun bebarapa halangan yang tiba dan nyaris accident sewaktu dalam perjalanan ke rumah Haji Zabir. Ketakutan kami bertiga bila di dalam kereta Farid semalam. huhu.. Geram betul dekat kereta kembara yang tiba-tiba menukar haluan secara terburu-buru!

p/s: Alhamdulillah, salah seorang mummy superkids kami bakal menimang cahayamata baru. Tahniah buat Zali dan Ieyda ! Aiman dah jadik Abang Long! :)

10 comments:

iCaLoVeZiE said...

Seronoknya boleh jumpa member-member yg punya anak istimewa. macam2 boleh bincang and share.

ieda said...

moga ubatan yg baru ni sesuai dgn nabila..
& tahniah juga buat zali & ieyda....seronoklah aiman dapat peneman nanti.

Ied @ May said...

mummy nabila

blh x saya nak info hj zabir ni? email saya eda910@hotmail.com

tq

MaMaNuRiN said...

seronok nabila gi jenjalan yer. moga nabila dan anak2 yang lain bertambah sihat

ibuayu said...

akak pun pernah buat rawatan kat sini..

Noina said...

Ica: hehe.. :) klu ada jodoh leh kita jumpe kan.. :)

Noina said...

kak ieda: Insyaallah..harap2 nya.. :) hehe..bukan zali ngan ida je happy..kami family superkids gembira betul bila tau ida ngandung..hehe..

Noina said...

ied: ina dah email dah..check email k..

ila said...

ina-boleh bg info pasal haji zabir ni,maybe boleh try for may lil one..
lya_puteri@yahoo.com
boleh jenguk2 my blog juge.kot nak tgk zhariff sy yg juga istimewa..
www.ilafazirul.blogspot.com

siti oeyamie said...

Kos rawatan mahal tak....?coz mak sy disahkn sakit buah pinggang buntu cari jalan utk brubat..nk cuba tp mahal tk...?sbb kami tk brape mampu nk tggung kos yg besar...
email..siti2636@gmail.com

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...