14 September 2010

Andai jiwa ini kuat..

Salam Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah..kami selamat tiba di Kuala Lumpur pada Ahad lepas. Kemanakah kami?
Tahun ini giliran aku beraya bersama keluarga di hari raya pertama. Namun, kami masih juga pulang ke Ipoh kerna mak aku hanya beraya di Rembau sehingga raya kedua. Untuk menghabiskan cuti, kami berjalan pula ke rumah sebelah Abg.
Ceria disamping keluarga, namun ada beberapa perkara yang membuatkanku tersentap dan hiba. Seperti biasa, kemana saja ku bawa Nabila, akan ada yang menyapa. Dan kali ini Nabila masih lagi menjadi tumpuan sanak saudara.
Nabila punya seorang makcik yang sebaya dengannya. Alisa..kini sudah petah berkata-kata dan ligat. Namun pabila ku lihat Nabila yang hanya terbaring dan kadangkala cuba memusingkan dirinya, hatiku sayu. Dan kataku..andai anak ini sihat sudah pasti rumah Wan ku riuh dengan suara kedua anak ini. Alisa tak henti-henti mengusik Nabila. Tujuannya untuk bermain bersama. Dipeluk, dicium, diusap pipi Nabila. Dan juga sibuk membantu aku memberi Nabila makan dan minum susu. Aduhai..sememangnya sayu.
Dan saudara-mara masih lagi tidak putus-putus memberi kata semangatku. Aku terharu kerna mereka sedikit pun tidak membezakan Nabila dengan yang lain. Cicit sulung katakan. Namun Wan ku masih lagi tidak mengetahui Nabila tidak punya keupayaan seperti Alisa. Aku sedikit pun tidak berkecil hati. Dan tahu Wan memang tak faham dengan situasi Nabila.
Ada juga saudara mara yang tidak ku kenali cuba memberi kata semangat dan bertanyakan perihal Nabila. Mungkin juga segi fizikal sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Nabila bukan seperti anak normal yang lain. Aku tak kisah. Janji kami gembira di hari mulia ini.
Di rumah sebelah Abg juga, Nabila punya dua pupu yang sebaya dengannya. Melihatkan Aqila buat aku sayu. Cantik sungguh Aqila. Dengan rambut yang lebat, bijak, cantik..bertambah-tambah hatiku sayu bila mengenangkan nasib Nabila. Memang tak patut aku samakan Nabila dengan Aqila, namun sedikit rasa kesal timbul dalam hati ini.Entahlah..Bukan tidak bersyukur tapi aku kesal kerna tidak dapat menyelamatkan Nabila dulu.
Dan kebetulan kami ke rumah pengasuh yang pernah menjaga Abg dulu. Sememangnya setiap tahun kami akan ke rumah Mak Ami. Dan juga melawat Abg Am. Abg Am merupakan anak istimewa yang kini sudah berusia 37 tahun. Sesungguhnya aku kagum dengan semangat Mak Ami. Dan ketika sampai, terus-terus saja Mak Ami bertanyakan keadaan Nabila . Bertanyakan Nabila boleh duduk atau tidak. Aku hanya menggelengkan kepala. Dan kata Mak Ami, dudukkan Nabila di kerusi dan berikan Nabila adik. ADIK? Aku dan Abg berpandangan. Sungguh..! Memang itu yang kami mahukan namun bukan pada masa terdekat ini.
Dan kata Mak Ami lagi, Nabila perlu ada adik beradik. Selain pemberi semangat, Nabila juga perlu dijaga sehingga ke akhir hayatnya. Kata Mak Ami lagi, sampai bila kita sebagai orang tua mahu menjaganya? Andai nyawa ini panjang, tak mengapa. Andai nyawa ini pendek..bagaimana dengan Nabila?
Entahlah..Aidilfitri kali ini memberi seribu pengertian padaku. Dengan melihat wajah mak ayah dan mertuaku, sudah pastinya mereka sayu melihatkan nasib Nabila. Dan aku tahu gelodak di hati mereka. Mahukan cucu yang sihat. Pilu..sayu, namun hati ini perlu kuat. Menangis keluar darah sekalipun bukannya boleh kembali ke masa ketika aku melahirkan Nabila dulu. Hanya usaha dan tawakal yang perlu untuk aku terus berjuang untuk Nabila.
Jiwa ini kadangkala tampak seperti kuat..namun kadangkala rapuh bila mengenangkan nasib si anak. Dan diri ini sudah berazam untuk terus berusaha untuk Nabila. Ramai juga yang menegur Nabila nampak beberapa perubahan dalam dirinya. Tidak seperti tahun lepas. Alhamdulillah. Dan doakan aku agar terus kuat semangat untuk Nabila. InsyaAllah..Amin..

11 comments:

ieda said...

bila kita membandingkan pastinya kita melihat betapa kurangnya anak kita...tapi bila kita melihat anak kita pasti kita nampak betapa isimewanya mereka..

Kerikil Kehidupan said...

akak faham perasaan ina...kuatkan hatimu...akak kini pula harus berjuang untuk mempertahankan anak-anak akak....

ShaNaz Saadon said...

salam kak.

sy cuba2 search, terjumpa page ni..

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_CP_Cerebral_Palsy.html

Tgk2 mcm akupuntur, mana tau akak nk try..Tp harap dptkan pandangan ramai dulu ya sbb tak tau keberkesanannya..

Moga nabila sembuh.InsyaAllah..Amin..

dzairifiq said...

Bila kita terbandingkan anak istimewa kita dengan anak2 lain yang comel, aktif, petah dan bijak..cepat2 la kita berpatah balik....ingat kembali insan2 lain yang senasib atau yang lebih teruk dari anak kita....dan jangan menyesali perkara yang lepas, jangan menyalahkan diri sendiri, semua tu akan buat kita lemah..selemah-lemahnya..sesungguhnya anak kita perlukan seorang ibu yang kuat untuk mereka jadi kuat...

Jiey^Mien said...

Ina,raya kali ni Jiey tak sempat nak 'tengok' pencapaian anak orang lain.. Asyik dok pikir pasal kesihatan.. Biar la anak kita lain yang penting dia sihat, dia ada ngan kita..
Itu dah cukup bagus.. =)
*Takut dengan kehilangan*
=(

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: betul kak..tapi bagus gak..klu anak normal semua org buat tak tahu..tapi dengan anak kita..semua org kerumun..hehe..semua nak tahu perkembangan nabila.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

kak nani: berjuang selagi boleh kak.mereka harta akak yang tak ternilai..

Yasmin Nabilah.. said...

shanaz: thanks shanaz..:) akak dah tau tentang the tole ni dah lama dah..cuma akak belum lagi bersedia nak pegi..sebab dia ada bagi ramuan2 herba. Akak sendiri tak sure sesuai atau tidak..klu setakat jarum tu akak tak kisah lagi..sebab takut ramuan herba dicampur dengan benda2 yang kita sendiri tak tahu halal haramnya. nanti akak try survey tanya orang.. Anyway..thanks yek tolong akak :) Hargai sangat2..klu tau tempat2 lain bagitau la yek..:)

Yasmin Nabilah.. said...

betul kak..mmg perlu kuat untuk anak.. Thnaks kak atas kata-kata semangat..

Yasmin Nabilah.. said...

jiey: Entahlah Jiey..tak abis nak salahkan diri..huhu..jgn risau yek..Ian anak yang kuat..Ina tahu dan kuat hati ina katakan dia akan terus berjuang disisi Jiey..dan ina sentiasa doakan agar Ian sentiasa sihat selalu.. InsyaAllah..Amin.. :)

DeLLa said...

semoga semuanya berjalan lancar...kuatkan semangat ye!by the way selamat hari raya utk ina sekeluarga...theme baju raya kita sama laaa..hehe

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...