Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 September 2010

Bila memikirkan dua anggota ini..buatku semakin takut...!!!

Aktiviti sepanjang hari ini lebih banyak bertumpu pada tangan dan kaki Nabila. Sedari pagi..aku sudah bersama Nabila untuk straching dan menggerakkan segala anggota tubuh.

Namun, tadi tatkala aku melihatkan tangan Nabila yang masih belum boleh menggenggam sebarang objek membuatkan hatiku gusar. Kebolehan fine motor nya sangat lemah sekali. Mungkin juga masalah penglihatan yang membuatkan Nabila tidak dapat memegang objek.

Puas juga meletakkan mainan di telapak tangan kanannya. Sejak dulu lagi, tapak tangan Nabila sering menggenggam dan hasil usaha mengajarnya untuk membuka tapak tangannya sudah berhasil..tapi kini dia agak sukar untuk menggenggam mainan apabila diletakkan di tapak tangannya. Tapi tadi..aku sengaja meletakkan mainan itik di tapak tangannya. Melihat respon sama ada dia akan menutup tapak tangannya atau tidak. Pada awalnya, dia hanya membiarkan saja tapak tangannya terbuka. Dan setelah 2-3 kali melakukannya, Nabila sudah menggenggam barang di tangannya. Cuma masih tidak berapa mahir lagi. Lantas aku memikirkan bahawa andai di ajar setiap masa, pasti akan membuahkan hasil.. Dan tatkala aku melihat kalendar bahawa cutiku hanya tinggal 19 hari..hati ku resah kembali.

Untuk Nabila..ianya bukanlah semudah yang disangkakan untuk si kecil ini melakukannya. Namun jika diberi peluang dan ruang..pasti dia boleh lakukannya..Tanpa penglihatan, Nabila akan alami kesukaran untuk terus melakukannya..


Untuk kaki..juga anggota yang sangat aku titik beratkan sepanjang cuti ini. Kaki yang kejang tidak boleh memberikan sebarang ruang untuk Nabila terus berdiri tegak dan berjalan.

urat kaki pun boleh jadi pendek bila selalu kakinya begini..

Tiada cara lain melainkan urut, straching, gerak-gerakkan anggota dan juga yang ini..

Berus ni sakit gak..ala berus badan tuh..yang dawai tuh..klu pakai berus lembut..tak jalan..Bila kena berus tajam nih baru Nabila tegakkan tapak kaki dia. Agak kejam..tapi ni lah cara kak Esma ajarkan aku dulu..Nampak berhasil bila guna berus ini..(sila abaikan tangan ibu yang melecur itu)

Apapun yang ku lakukan, perlu ada usaha yang berterusan. Bukan mudah..!! Mungkin ada yang berpendapat, buat apa perlu bersusah payah untuk anak ini. Sudah tersurat nasibnya begitu.. Nak ajar banyak-banyak pun tak guna..huh..!!

Aku bukanlah seorang ibu yang sanggup membiarkan anakku membesar tanpa sebarang perubahan yang boleh mendatangkan kebaikan buatnya. Aku tak mahu Nabila menyalahkan aku nanti kerana aku tidak berbuat apa-apa untuknya.

Cabaran demi cabaran akan aku cuba tempuh..Biarlah bosan tahap dewa sekalipun aku mengajarnya..aku yakin aku boleh membantu Nabila untuk dia meneruskan hidup di bumi Allah ini. Meratap dan menangis bukanlah jalan penyelesaian. Yang penting usaha dengan gigih..Dan pasti hasil usaha itu akan membuahkan hasil nanti.. InsyaAllah..

Melihatkan gayanya seperti pandai melihat buku itu..Namun, hatiku pilu bila mengenangkan dirinya yang masih belum punya kebolehan untuk melihat lagi.. :(


13 comments:

Marsha~ said...

aduhai.. kuatnye hatimu wahai sahabat... teruskan kekuatan utu demi nabilah.. semoga Allah segera menyembuhkan nabilah... amin

CHeNTa HaTi... said...

tahniah atas kecekalan hati ibu nabila.dan untuk nabila awak sgt comel k. sayg dier... (errr ibu nabila, leh ke sayang anak awak? cam saya syg anak saya) huhu

nuni said...

salam ziarah..awak,teruskan perjuangan dan kekalkan kesabaran untuk si comel nabila :)

zura_habibhaariz said...

kuatkan semangAT ye ina..biarlah org nak ckp ape pun yg pntg kita usaha utk anak kita..all d best..
~kagum tgk smgt ina nk tolong nabila~

Leen Die said...

sayang ina..jangan putus asa ok.kami sentiasa ada dibelakang ian ngan nabila

Unknown said...

Ina...kuatkan semangat ina...kita tahu hanya latihan yg berterusan untuk memulihkan anak-anak ini...tiada penawar yg paling mujarab bila mereka maju sedikit demi sedikit...InsyaAllah....lambat atau cepat...kita pasti mendapat ganjarannya....

ieda said...

ina...akak rasa nabila boleh melihat cuma tak pandai fokus lagi & mungkin tak boleh nak digest apa yg dia nampak..rangsangan berterusan insyaAllah dia akan progress.lambat takpe asalkan makin baik.

Anonymous said...

walau tanpa bicara...si ibu...si bapa pasti cuba sedayanya memahami...walau cuma sekelumit senyuman...kemanisan senyuman mu bisa membuatkan si ibu...si bapa merasai betapa indahnya kehidupan ini....

duhai permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu... di hati seorang bapa..

hidup ni adalah perjuangan...tidak akan mungkin ada titik noktahnya...apatah lagi pabila berjuang untuk seorang pejuang...nilai yang hanya mereka yang berjuang memahami...

doa tidak akan pernah putus dipanjatkan pada-Mu ya Allah...Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...semoga akan dipermudahkan jalan...dipermudahkan urusan...jua di tetapkan hati...dikurniakan kudrat untuk merencana...dalam menuju keredhaan-Mu...

semoga hati dan fikiran bisa bersatu dalam menitipkan tiap doa kepada-Mu...untuk mu duhai si permata hati...

Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam..

normi said...

Semoga mama nabilah dan nabilah tidak jemu untuk berusaha.. segalanya boleh berubah sekiranya kita tidak patah semangat untuk terus berjuang..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

aduhai ina...
teruskan apa yg ina lakukan buat nabila. akak pun sgt kagum dgn ketabahan ina....berjuanglah...

Pnut said...

Ina, jangan peduli apa orang kata, buat je apa Ina rasa baik untuk Nabila, akak yang melihat usaha Ina kagum ya amat...
teruskan je..

suealeen said...

Ina, sebenarnya dia orang boleh melihat. Tapi bak kata Ieda, dia orang tak fokus. Macam Syafiah contohnya, kalau dimimikkan muka kita dekat dengan dia, dia mesti gelak. Akak akui cara akak agak membuli sikit. Tapi alhamdulillah kerana buli itu, ia dapat mendorong potensinya setakat ini. Akak buli tapi akak tak paksa...

DeLLa said...

keep up good work ina!