29 September 2010

Kalaulah adik suka makan macam-macam..kan bagus....!!

Tadi aku dan Nabila ke hospital lagi. Temujanji bersama Puan Anida untuk speech therapy nya. Agak lewat kami sampai. Lewat setengah jam. Rupanya Puan Anida sudah menunggu kami di kaunter pendaftaran.Bila giliran dipanggil..terus menuju ke bilik no. 9 dan terus minta maaf atas kelewatan kami.

Dan pembelajaran hari ini, Nabila di kehendaki makan jelly di hadapan Puan Anida. Jarang benar aku memberikan makanan ini kerana setiap kali aku memberikannya, sudah pasti Nabila akan mengeluarkannya semula dari mulutnya. Agaknya licin..dan sepertinya tidak pandai mengawal jelly di dalam mulutnya. Padaku, untuk budak normal..sudah pasti sekelip mata sahaja dihabiskan semangkuk jelly. Untuk Nabila..sesuap pun susah. Hurm..entahlah..!!

Sememangnya payah benar untuk anak ini makan. Lagi-lagi makanan yang bukan menjadi kegemarannya. Yang ku tahu hanya satu..Whipped potato..dari KFC..yang tu mmg pantang..sebekas kecil tu boleh habis dia sorang.Hurm..adik..adik...

Dan tadi..aku ingatkan Puan Anida saja-saja nak ckp makan jelly..Rupanya dia bawak jelly betul-betul dan suapkan ke mulut Nabila. Dan si kecik ni pulak..pandai benar berlakon..Depan Puan Anida makan pulak..sikit pun tak terkeluar. Aku pulak terkagum seketika..hehe.. Konon-konon macam Nabila dah pandai la makan jelly..

Balik saja dari hospital,terus sahaja aku singgah ke Grand Union. Supermarket yang paling dekat dengan rumah aku. Hurm..mata ni mulalah mencari jelly dan yogurt untuk Nabila. Dan juga sempat menyambar Nestum yang sudah habis bekalannya. Agak penat juga mendukung si kecil ini yang sedang tidur kepenatan. Juruwang di situ siap tegur lagi..melihatkan Nabila yang nyenyak tidur di bahu aku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Sampai rumah..Nabila terjaga. Tekak ni pun dah teringin nak makan yogurt jadi aku buka yogurt dulu untuk Nabila. Mula-mula makan macam elok je..dah lama-lama tu tekak naik loya..hehe..

Tadi test makan jelly pulak. Pun sama gak.Terkeluar dari mulut dan mulalah nak menangis. Sudahnya..aku jugak yang habiskan..huhu

Bercerita tentang jelly..teringat aku masa kecil-kecil dahulu. Kata mak..aku suka benar dengan jelly. Tak sampai sehari jelly di dalam peti ais aku habiskan..laju je aku bukak tutup peti ais untuk makan. Sampai mak pun naik pening melihat kerenah aku.

Sehinggalah satu hari, seperti biasa mak membelikan jelly untuk aku. Kali ini mak meletakkan jelly itu di sebelah sotong kurita( ala sotong besar tuh). Aku panggil sotong kurita..hehe..

Nak dijadikan cerita..mak pelik kenapa jelly tu tak habis-habis. Yelah..selalunya aku bukak tutup peti ais tuh..tapi kali ni macam tak jalan. Dan akhirnya mak dapat mengagak kenapa jelly tu tak habis. Rupanya aku takutkan sotong di dalam peti ais tuh..hehe..

Apapun..Hati ini teringin nak dengar Nabila kata.."Ibu..Bella nak makan ni..!". Owh kalau itulah yang keluar dari mulut anakku..Alangkah indahnya.. :) Seronok melihat ibu melayan si anak makan..Senang je anak buka mulut dan makan. Dan aku..masih belum dapat merasai nikmat melayan Nabila makan. Bilakah masa itu akan tiba agaknya?

8 comments:

Azma said...

InsyaAllah, masa tu akan sampai. Ina sabar ye.. Makan jelly boleh bantu xcercise mulut ye?? Nnt akak nak try kat hasif jugakla..

Nak gelak baca cerita ina takutkan sotong kurita tu.. Sian ina, x dpt mkn jelly cam slalu masa tu ye.. :D

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina,
sabarlah...mungkin nabila perlukan masa utk dia makan semua benda. sofie pun dulu susah makan, sekarang semua benda nak makan. ye la, sofie dgn nabila pun keadaanya lain...jadi, sabar la. ina tak mudah putus asa,kan? teruskan ajar nabila makan...

Mayyonnizz said...

ina..sudah tukar kaa??? dh panggil Bella yer..wah..i like!!!!!!!

ieda said...

nabila dah pandai ni...pilih2 org utk suapkan..
sama mcm kakak nabila kat sini.kalau ummi suap berkurun nak habis sb nak main.tapi kalau abah suap laju ja takut abah marah.kalau kakak pengasuh suap lagi banyak dia makan..

Yasmin Nabilah.. said...

kak azma: hurm..entahlah..therapist dia yang suruh..ina cuba je kak..akak cuba la untuk hasif..nabila nih sebab tak suka makan..entahlah kak..klu nk makan mcm nak gi berperang..:( huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza: tulah kak fiza..ina dok tunggu je saat tu..mungkin dia ikut ina masa kecik2 dulu kot..tak suka makan..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

ayu: hehe..aku mmg nak panggil dia Bella..tapi asik tersasul Bila je..huhu..tak sedap..!!!

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: at least nabila makan..ni Nabila Jr ni langsung tak mo makan..tutup rapat mulut dia..hurm..geram jerk ghase..semua org dia wat gitu..riso gak takut org give up nak bg dia makan..huhu..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...