05 September 2010

Rimas!!!!!!!

Rimas dengan mata yang memandang!!!!

Rimas dengan mulut yang berkata-kata..!!!!!!!!!!!!!

Lagi rimas pada mereka yang hanya pandai cakap tapi tak tau hati dan perasaan orang lain!!!!!

Entahlah..bukan malu tapi kadang-kadang cara pandangan mereka buat aku sakit hati. Memandang Nabila seolah-olah Nabila seperti 'alien' baru turun bumi.. Aku tak pasti yang terdetik di hati mereka..namun berpada-padalah. Nak tengok, nak sapa boleh..tapi jangan sampai boleh menyinggung hati dan perasaan kami di sini. Kami juga manusia. Nabila juga manusia. Apa katanya bila dia tidak berasa selesa dengan pandangan itu? Semestinya dia rimas bukan?

Maaf..kami juga mahu jalani hidup seperti insan lain. Yang mahu membawa anak kami berjalan-jalan di shopping complex seperti orang lain. Mahu memberikan ruang pada anak istimewa ini menikmati hidup seperti insan normal yang lain. Tapi jika sering disekat atau terhalang, masakan boleh untuk dia menikmati hidup seperti orang lain.

Sememangnya aku tak peduli apa yang orang lain kata padaku. Apa yang aku lakukan pada anakku. Sesungguhnya..mereka di luar sana yang tidak punya anak seperti aku tidak akan tahu pahit getir, suka dan duka menjaga anak ini. Anugerah yang paling terindah dalam hidup kami dan niat dihati ini tidak mahu mensia-siakan hidupnya di dunia ini.

Maaf sekali lagi andai ada yang tersinggung rasa dengan kata-kata ini..Ini adalah luahan hati seorang ibu yang mahukan hak anaknya sama seperti anak normal yang lain. WALAUPUN DIA TIDAK BOLEH BERKELAKUAN SEPERTI ANAK NORMAL LAIN.

Auntie, salah sayakah dilahirkan begini?

14 comments:

baya said...

salam noina

kak baya faham, sabar ye dik ... i know sakit hati, sakit jiwa dgn pandangan liar sesetengah orang tu ... tak faham keadaan nabilah ... biarlah dik. for me, nabilah is such a beautiful girl .. cute sgt ... suka kak baya tgk gambar2 dia dlm blog ni... mmg selalu menjengah kat sini walaupun tak tinggal jejak ..

jangan kerana pandangan, pendapat sesetengah manusia yang tak berhati itu, noina asingkan nabilah.. biar dik.. mcm yang adik katakan, nabilah berhak mendapat kehidupan yang normal, spt yang lain ...

biarkan mereka... mereka tidak memahami ... take care dik... kiss nabilah for me. selamat hari raya dik ....

nanaruzana said...

Ya Allah...ade lagi ke manusia macam tu...?Aku kalo tgk budak2 yg saket rase nak nanges...walaupon tgk budak tu hepi je pon...gelak2 je....tp dlm ati ni...haihhhh...rase cam kagum tgk derang..

iCaLoVeZiE said...

Biasala ina, ayesha pun sama.. rasa nak cucuk mata depa. tapi, hak mereka nak nengok anak istimewa kita sampai juling biji mata :(

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Allah jadikan makhlukNYA denga sejuta satu macam...Mereka yang memandang serong dan berkata nista pada makhlukNYA yang lain yang lagi lemah itu adalah mereka yang tidak bersyukur pada Allah...Persetankan semuanya...Nabilah dilahirkan bukan untuk hidup diatas kata-kata atau pandangan mereka yang jelek itu... Tabahlah hatimu wahai ibu Nabilah... Ingatlah Allah sentiasa bersamamu selagi mana engkau ingin dekat padaNya dan mengharapkan yang terbaik dariNya...
Buat Nabilah....Engkau adalah Bidadari Syurga yang Allah pilih...kerana tiada dosa bagimu dan suci sesuci air mata syurga...
Ya Allah.. aku berdoa padaMu, berikanlah kesihatan yang terbaik buat anak ini.. redha dan tabahkanlah hati kedua ibu ayahnya... Amin.....

Marsha~ said...

...
jangan dihirau sgt masyarakat yg berfikiran sempit mcm tu.. diorg tu kadang2 dilahirkan takde otak dan akal fikiran yg waras.. tgk sendiri skrg byk eks bunuh, dera dan buang anak.. tu saje dah beri contoh mcm mana ceteknya akal fikiran masy. zaman skrg...

sabarlah... kuatlah demi yasmin nabilah.. pedulikan dirg tu semua.. bukan diorg yang beri nabilah makan... cheer up ok... kami disi sentiasa mendoakan masa depan yg cerah tuk nabilah... ;)

Rosdi said...

Sabarlah wahai ibu.Sesungguhnya besar pahala yang kita dapat dalam membesarkan anak2 istimewa ini.pedulikan semua kata2 org.mereka hanya melihat dan pandai bercakap macam2, tp tidak menghadapinya sendiri.semoga awak tabah dan kuat dalam menempuh dugaan ini.Allah xakan menguji hambanya yang tidak mampu melalui ujianNya.percayalah..ada balasan utk setiap pengorbanan kita itu..

Azma said...

Sabar ye ina.. Itu antara dugaan yg akan sentiasa kita hadapi menjadi ibu kpd anak istimewa ini. Sesetengah, memandang anak kita dgn penuh minat & kasih namun sesetengahnya bak kata ina memandang anak kita ni bak alien yg baru turun ke bumi. Memang sakit hati. Tapi biarkan aje pandangan mereka tu. Ia tak mengubah apa2 pun. Kita jg anak kita sebaik yg mungkin dgn penuh sbr & redha kay...

deelira@deeliraz said...

Kesabaran adalah kunci paling utama supaya kita menjadi kuat dan lebih kuat. Kekuatan yang kita tanam dalam diri kita adalah utk anak kita. utk nabila. demi nabila, sapu lah air mata mu wahai ibu. kerana nabila sgt perlukan kekuatan darimu utk dia menjadi lebih kuat.

EvisuKyme said...

aduh...ngong sungguh...mmg kita xdpt halang bijik mata depa,tp kan..agak2 lah kot ye pun nk nengok....isk...geram....

sarah-najwan said...

sabar yer..ini utk nabila jg..jgn hiraukn sgt org sekeliling krn tidak mnjadi kudis kpd kita..kita xbergantung kpd org2 yg jengkel ini..

makdara TERDIVA said...

mata yg memandang tu memang takde insurans..akim pun sampai sekarang berhadapan situasi yg sama..mentang2la anak2 kita tak mcm manusia yg normal..

tp kan...akak tetap tak puas hati..rase macam nak cungkil jer bijik2 mata yg menjelikkan tu..huhu

selamat hari raya aidilfitri buat noina & family..kalau jumpa ita umi sara tu kirim salam yer.. :)

Pnut said...

Ermmm kekadang memang pelik dengan sikap manusia.. memandang anak macam Nabila macam tu. Boleh la depa pandang pelik-pelik macam tu, cuba nasib depa diuji macam tu, baru depa rasa macam mana tau rasanya.. eeii geram..

Sabar Ina ek...

Anonymous said...

Sebab itulah setiap kali aku terpandang org2 istimewa seperti ini, aku selalu melarikan ank mata..bkn kerana benci tetapi takut ibu bapanya atau dirinya sendiri menyalah anggap atas pandanganku. Padahal aku ingin sekali menyelami hati mereka, ingin sekali bertanya kenapa jadi begitu. Mungkin boleh bertukar cerita berkongsi rasa. Tetapi mulut aku terkunci rapat, takut pertanyaan ku tidak selesa untuk dijawab. Aku bekerja di tempat umum, mmg aku selalu berjumpa pelbagai jenis org. Baru2 ini aku didatangi pelanggan yang ananknya istimewa..dah besar pon, rasanya dalama linkungan 12 tahun. Ibunya melayan ank itu sepertu permaisuri, bertanya apa yg dihajatinya, bapanya pula memimpin ank itu ketika berjalan. Tersentuh benar aku, menginsafi apa yg ada pd diriku. Aku merasa bangga pd ibu bapa tersebut kerana sgt sabar melayan ank itu..menyayanginya sepenuh hati..jadi bagaimana aku tidak boleh untuk bersabar seperti itu ketika membesarkan putri aku nan seorang. Tatkala itu airmata aku deras..wlupon diseka, namun mengalir deras..itulah rasa hati seorang ibu!

Fiz said...

Salam Adik Noina, akak dah lama mengikuti blog adik, cuma kali ini terpanggil untuk mengomen. Pesan akak, pedulikan saja pandangan orang. Yang penting Noina sendang buat yang terbaik untuk Nabila. Akak tak nafikan, kadang-kadang bila akak ternampak anak-anak istimewa mata akak melirik memandang mereka. Bukan untuk mencemuh, apatah lagi menghina tetapi akak berdoa semoga Allah buka jalan untuk membantu mereka dan semoga ibu bapa mereka sentiasa tabah dalam perjuangan mereka. Jika ibu bapanya perasan, akak akan memberikan senyuman. Semoga mereka tidak tersinggung. Akak juga punya anak istimewa tetapi Allah S.W.T lebih menyayanginya. Akak redha kerana Allah telah angkatkan penderitaannya. Akak faham perasaan Noina dan akak harap Noina usah ambil peduli ya. Sabarlah dan semoga Allah buka jalan untuk Noina membantu Nabila. Aminn..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...