27 September 2010

Terima kasih...Nabila & walker..Rayyan Ariff..

Salam semua...beberapa hari meninggalkan blog dan tak sempat untuk mencoret apa-apa yang berlaku pada minggu lepas.. Entry yang agak panjang..dan mahu rangkumkan semua.. Boleh kan?

Dan pertama sekali..ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir ke rumah terbuka tempohari. Cukup berpuas hati kerna akhirnya tercapai jugak hajat nak buat makan-makan di rumah ni. Alhamdulillah..memang ramai yang datang berkunjung namun mohon maaf andai ada yang tak sempat nak berborak panjang. Tak cukup tangan yang membantu. Hanya adik dan kebetulan girlfriend adik ipar pun datang.. mujur juga mereka membantu..

Menunya..Nasi ayam, bihun sup tulang, nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh.. Sangat-sangat menyelerakan namun sebagai tuan rumah..lebih suka melihat tetamu yang menjamu selera dari diri sendiri yang makan..Entah..Mungkin terlalu gembira melihat ramai yang datang.

Mujur juga kami memasang khemah di hadapan rumah. Kalau tidak mau sesak rumah ni..hehe..Apapun..pada yang dah datang..jgn serik ke rumah ini lagi..sampai sesat-sesat pun ada...

Dan rasanya minggu depan..banyak jemputan yang menanti.. InsyaAllah..kalau sempat nak berkunjung ke semua rumah..

................................................................................

Jumaat lepas, Nabila ada appointment dengan physio. Dan seperti biasa..akan disoal siasat dahulu oleh budak-budak praktikal..hurm.sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Sepertinya aku sudah fed up setiap kali datang..dan setiap kali itu juga aku akan menceritakan segala permulaan kisah Nabila. Bosan tau tak... Menyampah..!

Dan kemudian, terus saja Nabila di suruh berdiri di standing frame..hurm..Nabila menangis mungkin kerana tidak selesa dengan keadaan standing frame yang alatannya kebanyakkan hilang..entah kemana perginya tali pengikat dan sebagainya. Aku seperti malas nak pergi kesana lagi..dan mahu mencari tempat private atau tempat yang boleh aku belajar tentang fisio..Bukan sebagai tempat untuk diujikaji!!!!!!

Dan therapist menyuruh aku meletakkan Nabila di dalam walker. Hurmm..dulu kata tak boleh..sekarang boleh pulak..dan reason nya supaya mengajar Nabila posisi duduk dan bangun.. Hurm..OCC pulak suruh aku lebihkan practise untuk kepala..Aku pun pening..patutnya satu-satulah..Sian Nabila..pening kepala dia nak belajar semua dalam keadaan serentak..Hurmm..klu budak normal pun pening..!!

Entahlah..sampai bila perkara ini akan berterusan ..aku pun tak tahu..Sudahnya Nabila pun semakin lambat dan jauh ketinggalan nanti..

.....................................................................

Pagi tadi membaca status Jiey..menyatakan bahawa Rayyan Arif dimasukkan ke hospital. Terkejut juga kerana Sabtu lepas, baru saja aku melihat wajah si comel itu ceria di rumah ini. Dan lantas aku YM Ayu dan bertanyakan perihal Rayyan.

Benar.. Rayyan di PMC. Sempat aku mendengar suara Rayyan di dalam telefon..ceria dan kata Jiey..Rayyan tengah sibuk menggeledah beg dompet..Aduhai anak..Aku di rumah sangat risau melihatkan keadaan Rayyan ketika ini..Mahu saja kaki ini melangkah ke sana...

Dan kata Ayu tadi, kemungkinan Rayyan akan pulang ke rumah petang ini. Mahu saja aku menelefon Jiey lagi untuk mengesahkan hal itu..tetapi akalku mengahalang. Mungkin juga Jiey tengah sibuk sekarang ini. Dan pastinya dia tak mahu diganggu.

Kawan-kawan..doakan Rayyan Ariff kembali pulih..Sungguh aku tak mampu untuk melihat wajah anak kecil ini kesakitan lagi.. Cukuplah sekali aku melihatnya menahan kesakitan
sewaktu Rayyan dibedah dulu..

4 comments:

ieda said...

moga semua anak2 istimewa ini dapat membesar dgn sihat & cergas....amin.

azma said...

betul kata ieda itu..membaca penderitaan org lain buat diri rasa bersyukur sgt tidak diuji sedemikian rupa. Smg semua beroleh kesejahteraan..

DeLLa said...

jgn putus semangat ye ina...insyaallah semuanya dipermudah kan..

maaf sgt2 sbb tak dpt dtg..kebetulan ada hal & tak dpt dtg rumah abg pun..by the way..kalo sy dtg ke area sana..boleh ke singgah umah ina bila2 masa?

utk jiey & rayyan..semoga dipermudahkan segala2nya...

bangga dgn kalian..ibu2 yg superb

Aisya said...

Maaf ye ina, ayu xdapat g umh ina.ada hal yang xdapat dielakkan.mmg teringin sgt nak g jmpa ina, nabila dan family superkids yang lain.mgkn di lain hari.hihihi..

Bab walker tuh..dulu masa mula2 aisya lom blh ddk pun therapist awalnya xbg ltk tp lps tu dia srh ltk.kata mereka utk kuatkan tulang pinggang/punggung dan mengajar aisya ddk.alhamdulillah..skrg aisya dah leh ddk.ina try jelah.xsalah kan mencuba?harap2 nnti nabila pun blh ddk.cuma mgkn ambil masa..kita kena rajin stimulate dia,urut2 kakinya.Ayu doakan semoga segalanya dipermudahkan.

p/s: mehlah datang beraya kat umh.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...