27 October 2010

Adoiiyaii..Nabila nanes-nanes lagi..!!

Sedari semalam mood anak daraku tak berapa nak baik..puting beliung..Yang selalu ku katakan pada Nabila.." Nabila peod yek..asik nanes jerk.."

Huhu.... :(

Hari ini Nabila ada appointment dengan Pediatrik di HSB. Dan pagi-pagi tadi sudah menangis sakan. Gara-gara aku mengejutnya bangun pagi untuk mandi. Alahai anakku..bukan tak biasa mandi pagi. Malah mandi lebih awal dari hari ni. Selalu ok jerk..tapi entahlah..tak pasti apa yang dimarahkannya sangat..

Jam 9, sudah terpacul depan HSB. Parking punyalah penuh. Hurm..dah agak..sure penuh..!!

Melangkah masuk ke Klinik Pakar, mak aiiii..ramainya orang. Masing-masing dengan urusan sendiri. Dan aku, sibuk memujuk Nabila. Tangisnya tak henti-henti sehingga orang keliling memandangku. Aduhai...lambat pulak ayah Nabila yang sedang sibuk mencari parking. Sudahnya aku keluar dari Klinik Pakar dan berdiri di hadapan pintu utama. Hurm..pujuk punya pujuk..masih lagi tak jalan..Puas kubelek badannya. Rasanya takde tanda-tanda kelainan pada tubuhnya.

Tak lama, giliran dipanggil dan selesai pendaftaran, terus masuk ke Klinik Pediatrik. Pun ramai juga orang. Mata-mata memandang Nabila, namun aku tak peduli. Kepala ini sibuk memikirkan bagaimanakah cara untuk memujuk Nabila dari terus menangis.

Tak lama kemudian, nama Nabila dipanggil untuk diambil ukuran berat badan, tinggi dan ukur lilit kepala. Berat..aku malas nak komen..sebab tau berat Nabila tak naik..atau masih di takuk angka 8. Tinggi..pun tak ambil peduli lagi sebab tau Nabila masih ketinggalan dari ikut umur sebenar. Dan paling aku ambil berat adalah ukur lilit kepalanya. Alhamdulillah..ukuran naik 2 cm berbanding 4 bulan lepas. Dahulu hanya 38cm..dan kini sudah naik ke 40 cm.. Siap aku suruh nurse pelatih tu ambik ukuran 2 kali untuk confirm..Dan aku keluar dengan senyuman di bibir.

Mungkin ada yang pelik melihat aku gembira dengan kenaikan ukuran lilit kepala Nabila yang hanya 2 cm. Untuk anak Microcephaly..ianya sangat-sangat penting. Sedikit pun sudah melegakan hati sang ibu.

Agak lama menanti giliran Nabila kali ini. Nabila pula angin peting beliung..semua orang dah dok pandang-pandang aku dan Nabila. Naik segan pun ada. Dan tangisannya berlanjutan sehingga giliran di panggil.

Doktor turut panik melihatkan keadaan Nabila. Sehinggakan dia terpaksa memanggil doktor yang lebih senior untuk melihat sendiri keadaan Nabila (tak ingat lak nama kedua-dua doktor ni..). Dan kami merumuskan bahawa kemungkinan Nabila sakit perut. Sama seperti insiden 2 bulan lepas sehingga menyebabkan Nabila di tahan di wad HKL.

Dan lantas, doktor menyuruh kami berlari ke Unit Pengimejan untuk x-ray. Kata doktor..tinggal 15 minit lagi untuk mereka tutup. Apa lagi..kelam kabut juga aku dan Abg ke sana. Mujur belum tutup lagi..

Selesai urusan x-ray..terus kami ke pediatrik untuk mengambil tarikh temujanji baru. Dan temujanji telah disetkan kepada minggu hadapan untuk melihat perkembangan Nabila. Dan kami dibekalkan dengan ubat-ubat ini...

banyak giler ubat..macam nak membunuh lak makan ubat-ubat ni..

Dos yang diberikan agak meragui..kami dibekalkan ubat Mixture Magnesium Trisilicate (kata abg tu ubat gastrik..), Anema (sampai 2 kotak..banyak giler..) , Lactul , dan Paracetamol. Yang menghairankan Abg dan Pharmacist, ubat gasrtik tu disuruh makan sebanyak 15 ml. Biar betul..Siap call balik confirm..dan kata doktor..betul. Dia arahkan memberikan sebanyak 15 ml. Dan aku takdelah sampai lurus bendul nak ikut cakap doktor tu. Takut pulak aku nak bagi banyak-banyak sebab tu ikut dos orang dewasa. Hanya beri 5ml petang tadi setelah melihatkan Nabila masih tak tentu arah.

Pulang saja rumah, aku urut perut Nabila dengan minyak yang diberi oleh Kak Yusnita (yang urut Nabila masa cuti dulu..). Nampak ok sedikit. Dan ku berikan paracetamol untuk mengurangkan kesakitan. Dan tadi, Aku nampak kembali senyuman Nabila yang aku rindui. Serius..2 hari Nabila tak senyum. Menangis je. Naik pening dibuatnya. Serba tak kena aku dibuatnya.

Harapnya Nabila akan ok besok..Dan cakap dengan Nabila, dia kena sihat jugak menjelang Jumaat ini sebab nak gi jenjalan ke Melaka hujung minggu ini bersama superkids. Hurm..Moga Nabila kembali pulih seperti sediakala... Amin..

12 comments:

ibuayu said...

salam...ina nak gi Melaka ke...stay kat mana...bestnya kalau akak dapat jumpa nabila...

Yasmin Nabilah.. said...

ibuayu: ina stay kat umah ita ummi Alisya.Tak sure lak umah dia kat ne..pagi sabtu tu kami ada kat wonderland...ahad, maybe ita kata nak bawak kami jenjalan area Melaka :) Nak jumpe boleh kot kak..ni no phone ina.. 012-6347956.. nanti sms la klu nak jumpe..:)

Min said...

moga nabila ceria2 selalu... salam dr kejauhan...

UMMI to Najla & Emran said...

Salam

saya baca blog nie..and sebagai pharmacist mmg satu tindakan betul utk tak beri 15ml ubat yg didapati tue..dos sangat tinggi..

Slalu kalau utk kanak -kanak sakit perut MMT ( ubat putih magnesium trisicilate ) tak sesuai..yg selalunya samada ubat nama COLIMIX atau DENTINOX.. lagi safe ;-)

just to share the info

Bicara hati ibu aisya said...

alaa ciannya nabila nangis.sakit perut yer?xmau nangis2 lg ye sayang.kena cepat sihat.nabila nak g jalan2 kan?semoga nabila enjoy hjg mgu nih.
ummmuahs..kiss aisya utk kakak nabila.

imanamani said...

Semoga nabila cepat sembuh ye sayang...

nanaruzana said...

Ina:budak pon cam kite gak..ade gak mase2 yg rase xsehat...xdek mood tanpe sebab...huhuhu..sabar la yeh...lipat gande pahale Ina..Insyaallah....

nuyin2u said...

Nabila sakit perut gastrik ke sakit perut nak membuang. Sangat cam dengan ubat enema dan lactul tu, sama macam Aisyah. Enema tu kan pakai bila perlu je, bila susah sgt nak membuang, kan...he..samalah anak kita..

DeLLa said...

semoga nabila cepat2 sihat...malam2...masa dia tgh2 mamai nk tido tu..bisik2 la kat telinga dia.."cepat2 sihat"...

Pnut said...

salam ina...
moga nabila cepat sehat, dapat pegi jalan-jalan... bertukar angin..

tengok ubatan nabila, mmg seram nak bagi budak makan byk2 ubat tu.. taper, untuk kebaikan nabila juga...

baya said...

salam ina,

sometimes, memang kita kena ikut naluri keibuan .. kak baya bukan doctor, or pharmacist but Dzai yang umur 5 tahun ni pun tak pernah paed bagi ubat-ubat yang lebih dari 7ml pun ... hope princess tu dak ok sekarang ... insyaAllah .. Aunty Baya doakan untuk nabila

'abdullah said...

ada terbaca dekat blog kakak naqibah saya dia ada buat buku ttg rahsia tangisan.

mungkin dapat membantu

http://rahsiatangisanbayi.com/
http://hanisamin.com/blog/

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...