Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

13 October 2010

Andai ku tahu apa yang akan berlaku..takkan kubiarkan ianya merosakkan anakku..

Saya membelek-membelek gambar-gambar Nabila sewaktu kecil..Dan mata ini terhenti pada gambar ini..


Seingat saya, gambar ini diambil ketika Nabila berusia 5 bulan. Dan Nabila nampak tegap sekali sewaktu meniarap. Dan saat ini.. Nabila hanya mampu......


......... mengangkat hanya sedikit sahaja kepalanya ketika meniarap. :(

Dimanakah silapnya? Dimanakah hilangnya skill-skill Nabila dahulu.. ?

Entahlah..saya sendiri kurang pasti. Saya sebenarnya kurang mengingati zaman Nabila kecil-kecil dahulu. Sama ada saya memang tak ingat atau saya sendiri tak mahu ingat..saya kurang pasti. Cuma gambar-gambar ini menjadi saksi bahawa Nabila bukan semakin bagus..malah semakin teruk.

Saya ingat suatu ketika dahulu..Nabila demam panas dan matanya terkedip-kedip laju sewaktu Nabila berusia 1 tahun. Mata kedip-kedip itu menunjukkan Nabila di serang sawan sebenarnya. Namun, saya terlambat untuk membawanya berjumpa pakar kerana kejahilan ini tentang penyakit sawannya. Saya kurang mengambil maklumat mengenai sawan..sedangkan saya tahu sawan itu akan meragut sedikit demi sedikit apa yang ada dalam otaknya.

Dan kini..Skill berpusing sudahpun dia kuasai. Cuma kadangkala tersasar kerana bahagian sebelah kirinya belum cukup kuat untuknya berpusing. Melihatkan perbezaan gambar-gambar ini membuatkan hati ini sayu..Andai saya tahu semua ini akan berlaku..pastinya saya akan cuba elak dari Nabila terus menerus di serang sawan. Dan rasanya mungkin juga mampu menyelamatkan Nabila ketika itu.

Sesal tiada gunanya. Saya lemah tak berdaya untuk semua ini. Hanya diri ini mampu mendoakan anak ini sentiasa selamat dari penyakit yang satu itu. Sememangnya ia sangat menakutkan.

13 comments:

Eray Majid said...

ya allah peliharalah nabila, semoga nabila senantiasa sihat & terus maju.

Jiey^Mien said...

Ina, sabar yea.. Sawan pernah meragut kebolehan Rayyan satu persatu.. Seawal usia 7/8 bulan.. Dan hanya dikesan pada usia 11 bulan.. Kami bermula kembali untuk menolong Rayyan.. Dan untuk siri serangan terbaru, Rayyan kehilangan sedikit daya keseimbangan badan.. Duduk pun asyik nak terlentang ke belakang. Tapi takpe, sebab Jiey sentiasa positif yang kami boleh kembalikan apa yang hilang dengan usaha.. Dan Jiey juga positif, seperti Rayyan, Nabila pun akan terus maju dengan berkat usaha kita.. *Jgn blame diri sendiri tau*

Bicara hati ibu aisya said...

Ina, banyakkan bersabar yer (wlpn ayu tau sememangnya ina dah terlalu byk bersabar dari dulu).Banyakkan stimulation untuk nabila..jgn skip terapi utk dia.InsyaAllah nabila boleh cuma mgkn mengambil masa jer.Percayalah ina,Allah akan bantu ina dan nabila.Dan doa ayu akan sentiasa utk nabila.
"Bukan salah kita dikurniakan anak seISTIMEWA mereka.semua ibu xkan mahu jika diberi pilihan.Itu hanya ujian dari Allah utk insan terpilih seperti kita.Pasti akan ada balasanNya di atas setiap pengorbanan"

Salam sayang peluk cium utk nabila sayang.Ummuaahh..

Azrine Razak said...

Noina, kamu seorang ibu yang hebat sebenarnya! Kamu dah lakukan yang terbaik untuk Nabila..Teruskan usaha kamu, saya sentiasa doakan agar kamu diberikan kekuatan. Nabila sangat beruntung mempunyai ibu seperti kamu yang tak jemu2 berusaha..

Azma said...

takpe ina..dgn semangat ina membantu nabila, insyaAllah nabila akan kembali seperti dahulu & lebih baik lagi..

Anonymous said...

be strong ina..stop blaming urself...

ieda said...

Ina...jangan sesalkan apa yang telah berlaku...keep moving & look forward.

RIEFDA UMI ABAH ATHIRAH said...

SABAR YE KAK.IDA DA LALUI SEMUA TU KAK.IDA DA BWK ANAK G KCEMSN SEBB TIBE2 DIA KENE DMAM PNS N SAWAN TRUS KE ICU SLAME SBULAN.CAM2 ISU JD KT SNE ALLAH JE TAU.DKTR N NURSE DE YG XLE BG KOMITMEN NGAN KITE N DKTR PUN SESKUSE ATI WAT PE2 KT ANAK TANPA PRSETUJUAN.SGSARA TGK ANK YG AKTIF N COMEL TBE2 KAKU.IDA BYK BRDOA N PG PTG SIANG MLM SNTIASA PRGI ICU DEMI ANAK TOK MEMBERI SUSU BDN WALAUPUN CKIT.DA OK MSUK WAD N NURSE WAT HAL ANAK IDA NE MSUK LG ICU,TTEKAN SGT .3KALI DKTR CKP ANK XHRAPAN TAPI TRUS BDOA ALLAH MAKBULKN DOA IDA N SEMUA.AKHIRNYE DIA SEDAR N SEBUT UMI SEMUA KT ICU XPCAYE NGAN SEBUTN ITU TAPI ATINI N DIRINI YG TERLALU DKT NGAN DIA YG TAU SGALENYE.OK MSUK NICU WLAUPUN XLEH MSUK.LG SEKALI DUGAAN NURSE2 YG BOLAYN KN ANAK IDA.ALLAH JE TAU N BUKN ANK DIORG.IDA TEKAD BWK KELUAR ANK N TIBE RUMH KU DI KG DIA OK N LEH BGERAK BLK BNDR XOK TPKSA BLK KG BLK DIA DA LAIN.TPKSE MSUK HSPTL LG TP KEJM DKTR2 KT SITU WAT SMPAI KAKI TGN ANAK BGKAK DA XLE MSUK UBT N LUBG YG DE KT TGN KAKI KLUO UBT2 TERSBT. DA XBLEH TAHAN TGK ANK TSEKSA N TRUS BWK ANK KELUAR PTG TU DA LAIN LPS MGRIB DA NAZAK P DIA TETP TGGU IDA MANDI WAJIB SOLAT N BCE YASIN UTK DIA TRUS DIA OK DA XPUCT N XNAZAK BBIR MULA MERH DR PUCT.TAPI SUBUH DIA TTP PERGI JUGA DI TANGN UMINYA TANPA NAZAK DAN MCM SDG TIDUR.DIALA BIDADARI KU.UMI SGT RINDUKN NUR ATHIRAH NATASYA BINTI MOHD ARIF MUAMMAR.AL FATIHAH

gadisworld said...

sahabat..sesungguhnya anda adalah ibu yang tabah..dan anda adalah orang yang kedua selepas saya mengenala arwah adik alana..jangan berputus asa dan terus berusaha untuk berubat yer..

salam sayang dari saya

Nasha said...

Hi, Baru terjumpa blog ni..baru baca entry ni, cuma kurang paham tapi nak tahu jugak. Puan Noina, "Nabila demam panas dan matanya terkedip-kedip laju sewaktu Nabila berusia 1 tahun". Maksudnya takde symptom awal seperti tarik ke? macam badan or kaki tertarik u know sign of sawan nak datang? Kadang2 bila anak kita terlebih panas dia ada show sign macam tersentap2..tapi bukan sawan cuma sign of it. Just nak tahu untuk precaution. Hope soalan ni tak menganggu.

Nasha said...

Thanks for replying at my blog. Teruskan bersemangat untuk Nabila :-)

Mommy Ummar said...

dear, i understand tht part of self-blame. i did it too. but dun let it make u more down.

my son kena meningitis when he was bare 1/2 months old. kena demam panas at initial stage and sawan. mcm u, i pun dulu takde knowledge psl baby, so i pun rs byk jgk i yg overlooked. bcs i was ignorant.

but now i try to look for his future. he's diagnosed with autism. we try our best for our kids. :)

mommy Razim said...

You Mommy yang tabah..
Saya kagum dengan kekuatan kamu...