01 October 2010

Bila 2 perkara yang sama penting ini menghimpit aku..!!

Kerja dan anak? Entah mana satu yang akan ku korbankan. Sudah acapkali perkara ini menghimpit diri ini. Dan agaknya sudah berkali-kali juga aku berbelah bagi tentangnya.

Pernah juga air mata ini menitis kerana kedua perkara ini. Kerja..sememangnya aku sayangkan kerja ku ini. Walaupun hanya pembantu tadbir..ia banyak membantu kami sekeluarga mencari sesuap nasi. Sungguhpun kadangkala aku jelik dengan kerja ini, namun demi rezeki halal, aku gagahkan juga.

Cuma kadangkala aku rasakan gajiku tidak berbaloi untuk aku. Berulang alik setiap hari dari Rawang-Ampang-Jalan Duta-Gombak-Rawang membuatkan sebulan perbelanjaan minyak saja sudah memakan suku dari gajiku. Ini belum lagi termasuk tol dan makan minum sewaktu bekerja. Ada kalanya tak berbaloi..!!

Dahulu pun, aku sanggup bersusah payah mahu meletakkan diriku di dalam sektor kerajaan. Bertahun-tahun lamanya aku mencuba nasib di dalam sektor kerajaan, tetapi tidak berjaya. Disahkan mengandung sahaja, terus aku ditawar mendapat tempat di salah satu Jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Alhamdulillah..rezeki anak memang murah. Dan setelah 2 tahun bergemulang di KKLW, aku ditawarkan jawatan tetap. Itupun setelah Nabila berusia 1 tahun.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki anak ini tak putus-putus. Dan berada di salah satu jabatan di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, banyak mengajar aku pelbagai perkara. Bersama mereka yang tekun bekerja. Syukur kerna semua rakan sekerja dan pegawai memahami keadaan aku yang sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk Nabila.

Namun, semalam, aku sedikit gusar. Aku suarakan kegusaran hati ini kepada Abg. Susah hati kerana cuti yang bakal tamat tidak lama lagi. Sepertinya aku berat untuk bekerja semula dan menghantar Nabila ke sekolahnya semula.

Mak juga sempat bertanya kepadaku semalam. Adakah aku akan menghantar Nabila ke sekolahnya setelah cutiku tamat nanti. Aku hanya diam membisu. Tak tahu nak jawab apa. hatiku berat. Tersangat berat..!!

Dan kata Abg, dia sudah lama membenarkan aku untuk berhenti. Jika dulu, mungkin agak sukar kerna masalah kewangan, dan kini semuanya telah selesai. Hanya beberapa perkara yang masih belum di selesaikan.

Melihatkan Nabila seperti ada perubahan berada di rumah..hatiku melonjak-lonjak mahu dia terus berada di rumah bersamaku. Namun, aku takut sepertinya aku ini hanya berangan-angan kosong. Macam aku sorang saja yang nampak Nabila semakin baik, tapi sebenarnya tidak. Tadi, aku suarakan perkara ini kepada therapist Nabila, Puan Zu. Aku bertanya adakah Nabila boleh pulih. Dia hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tidak berkata ya, dan tidak pula berkata tidak. Sepertinya nampak Nabila tiada harapan.

Hatiku pedih..tapi kata Abg tadi, kalau tak cuba mana kita nak tahu Nabila akan baik atau tidak. Sekurang-kurangnya kita cuba pulihkan dia. Aku terhimpit dengan perasaan aku sendiri. Andai kalian berada di tempat ku, pastinya akan buntu bukan?

Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Andai aku suarakan sekali lagi perkara ini kepada mak dan ayah ku, pastinya mereka tidak setuju. Aku pasti benar tentang perkara ini.......!!! aduh...!!!!!

9 comments:

Marsha~ said...

jangan berhenti dulu.. sambungle cuti menjaga anak sakit.. dpt setgh bulan gaji kan??? pas habis peruntukan utk itu, mintak pula cuti tanpa gaji...

byk sebenarnye keistimewaan keje gomen ni tp kita tatau..... lainle kalau swasta, bole je benti bila2 masa....

ieda said...

Ina...tiap kali lepas solat minta Allah tunjukkan mana yg terbaik.apa yg hadir dlm hati kecil kita itulah ilham yg Allah bagi.bila kita buat pilihan itu hati akan rasa lapang...cubalah.

Anonymous said...

salam...
pd pendapat saya..puan boleh berhenti kerja, tp cari lah peluang2 untuk buat bisnes secara online..dengan itu mungkin pendapatan puan sekeluarga tidaklah terlalu kecil...cari di internet,mama2 peluang untuk berbisbes online.saya percaya,ramai kawan2 online puan sanggup membantu untuk membantu puan.. Dengan ini, puan akan ada lebih masa bersama nabila,sekaligus dapat mendidik nabila,

Anonymous said...

adakalanya Allah memberi ruang untuk kita menilai kembali pilihan yang telah dibuat...

ada ketikanya jua Allah memberi peluang untuk kita bermuhasabah...

pada ketika kita merasakan atas pertimbangan yang wajar membuat pilihan pada waktu itu...Dia sekali lagi memberi kita ruang dan peluang untuk menilainya kembali pada ketika yang lain...

walau apa pun tafsiran dan andaian..ianya akan tetap kekal begitu...

kerana Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah..

Wallahu'alam...

Rizziela said...

Betul tu Ina, Tak payah berhenti dulu..Ina try minta cuti separuh gaji...kalau dah habis..baru buat cuti tanpa gaji. Asuh dulu Nabila dirumah...kemudian baru decide mcm mana. Mgkn Nabila perlukan Ina disampingnya utk develop...

Yasmin Nabilah.. said...

Marsha: huhu..susah gak..sebab ina bukan leh amik cuti sesuka ati. Sebab keje ina, ina sorang je yang buat. takde staff lain.huhu..payah ler.. :(

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: InsyaAllah kak..terima kasih kak..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Anony: hurm...mmg cadang nak wat gitu..nak bisnes..tapi takut bisnes tu tak jadi..nanti haru lak kan..mana nak dapat sumber pendapatan..entahlah..sukarnya membuat pilihan.. :(

Yasmin Nabilah.. said...

Diela: ina tak leh wat gitu. cuti ina kali ni di luluskan sebab ada budak kontrak buat kerja2 ina. Lepas bulan 12 ni dorang dah abis kontrak. so ina dah tak boleh amik cuti tanpa gaji lagi. Susah bila kerja semuanya bergantung pada kita.. :(

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...