08 October 2010

Kata-kata yang sangat memberi kesan kepadaku..

Tadi, aku menjengah blog rakan-rakan. Dan terhenti lama di Blog Kak Min & Mawaddah.. Dan aku membaca satu persatu ayat yang telah ditulis Kak Min. Suka benar aku melihat Mawaddah memegang buku.. :) Sangat-sangat comel..!!

Namun, pertemuan kak Min dan Mama Zeynab yang boleh kalian baca dlm entry ini sangat memberi kesan kepadaku. Antara ayat yang dikatakan oleh Mama Zeynab kepada Kak Min adalah: (kak min..ina pinjam kata-kata ini..)

"You know Asmin, we are selected people. We are very lucky because Allah actually giving us a quick and simple way to enter 'Jannah'. I've been going through every moment with Zeynab for almost 2 years. I've heard a lot. People, families and friends talked behind my back. They've said many things about Zeynab. But you know, all we need is patience, 'sabr'. Maybe other people with normal kids have to struggle to get into Jannah. But, for us, we are given these special kids. The only thing we have to do is, patience... so there will be Jannah for us. Insya Allah..

Ya Allah..sangat memberi kesan kepadaku. Air mata ini mengalir membaca kata-kata semangat ini. Benar apa yang dikatakan. Bagi yang punya anak normal..perlu berusaha keras untuk 'meletakkan' anak di syurga..tetapi untuk anak seperti Nabila..Syurga itu menanti mereka di sana. Sedangkan aku sebagai ibunya, belum tentu untukku ke sana.

Duhai anakku Nabila.. Tidak sedikit sesalpun ibu melahirkanmu.. Malah ibu bersyukur.. kehadiran mu banyak mengajar ibu pelbagai perkara. Juga tentang hidup ini yang harus sentiasa syukur dengan kurniaan-Nya. Maafkan ibu kerana kadangkala ibu mengabaikanmu. Tidak dapat menjagamu sepenuh masa. Andai diberi pilihan..ibu mahu sentiasa bersama denganmu. Mahu membelai wajahmu..mahu mengusap rambutmu..mahu mencium pipimu. Akan ibu hargai setiap detik bersama denganmu sayang. Maafkan ibu kerna tidak dapat memberikan kehidupan sempurna buatmu...maafkan ibu...

Sayu..hati ini memang sayu.. :(

4 comments:

Azma said...

Sabar ye ina.. Tak bagus juga kalau kita selalu merintih ye.. insyaAllah ada lebih atas kekurangan yang Dia anugerahkan kepada KITA. Betul kata Mama Zeynab tu..SABAR..

MaMaNuRiN said...

Aduh Ina,

Tak mau cedih-cedih..tak mau nangis yer, nanti Nabila sedih..ya nabila anak istimewa, istimewa pada kita dan dah tentu terlalu istimewa di sisiNYA..tak mau sedih..

ieda said...

ina...
akak sentiasa ingat kata2 ini yg diucapkan oleh seseorg yg mengenali nabila...kata2 ikhlas darinya..."budak2 senget ni semua dah tentu tempat depa nanti di syurga...kita yg tak senget ni tak tau lagi nasib kita...jagalah dia dgn baik"..
p/s...bahasa org kedah mmg kasar sikit tp maksudnya straight to the point.

Min said...

semoga kesabaran dan usaha kita menjadi hamba Allah yg taat meletakkan diri ini di SyurgaNya bersama anak2 kita yg istimewa...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...