24 October 2010

Pulih seperti sediakala...

Semalam, kami menerima undangan ke rumah Jiey. Sempena majlis kesyukuran untuk Rayyan yang sudah kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah..melihat anak ini kembali ceria seperti sediakala.

Nabila masih lagi dalam mood demam. Hanya berbaring dan meminjam sebentar rocker Rayyan. Hanya gara-gara mahu kelihatan seperti buaian di rumah.

Hanya sedikit sahaja susu dan nasi dijamahnya. Mungkin tekak perit..ditambah selesema, namun pabila diperiksa oleh doktor, katanya Nabila hanya demam biasa. Tiada kahak dan tekak tak merah. Mungkin juga Nabila dah lama tak kena demam...merengek saja sepanjang hari.

Dan hari ini, Nabila sudah kembali ceria. Mungkin juga antibiotik yang dibekalkan oleh doktor telah memulihkannya. Alhamdulillah..:)

Dan ini wajahnya ketika bermain di luar petang tadi...


Alhamdulillah.. :)

5 comments:

Jiey^Mien said...

Alhamdulillah anak-anak dah sehat.. =)

Thanks for coming Nabila & family..

Farid Hanif said...

Fuhhh.. kualiti gambar sekarang.. superb! Hahaha

Min said...

comey dengan mulut moncongnya tuuu....! macam nak cubit ja rasa... didoakan nabila sihat selalu...

LYaFRINA said...

waaa... comeynya nabila buat mulut muncung g2..
cute sgt2.... kulit tu geram.. putih melepak-lepak..

A.I said...

Alhamdullilah... (^_^)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...