26 November 2010

Alah bisa tegal biasa...

Sepanjang minggu ini, Nabila berada di sekolah. Tidak ke PDK dan tiada appointment di hospital. Dan pastinya minggu yang sangat memenatkan buat aku.

Cuti sekolah, memang tiada makna untuk jalan lengang. Ya! Pagi memang lengang. Namun petang, agak meletihkan. Sudah 2 hari aku pulang lewat. Semalam saja, aku pulang dari rumah mak jam 10. Dan sampai di Rawang hampir jam 12 malam. Itupun mak yang kejutkan aku kerana tertidurdi bilik adik dek keletihan. Letih sepanjang hari dengan bebanan tugas dipejabat yang banyak. Faham-faham sajalah hujung tahun. Banyak yang perlu disiapkan.

Dan hari ini, aku pulang dari pejabat jam 6.30 petang. Ada beberapa perkara yang masih belum siap dan semahunya hari Isnin nanti, ianya mudah untuk aku menyelesaikannya. Namun, dek kerna takut tinggal keseorangan di pejabat, terus sahaja mengemas beg dan pulang. Nampak di luar pun gelap. Kaki pun cepat saja menuju ke pintu keluar.

Sepanjang minggu ini kereta Abg pula sudah menunjukkan tanda-tanda 'jahanam'. Cluth plate dah haus. Hurm..faham sajalah kereta nasional. Cukup saja 5 tahun..serba-serbi mahu bertukar. Aku hanya tawakal saja membawa kereta itu ke pejabat dan berulang alik menghantar Nabila ke Ampang.

Tak silap, hari Isnin malam, jalan sesak ya amat. Dan pagi selasa, sewaktu ke tempat kerja, gear kereta buat hal. Tak boleh nak masuk gear 1. Aku dah menggelabah, namun masih berhati-hati. Mahu menelefon Abg untuk membawa kereta pulang, namun mengenangkan tidak berbaloi untuk aku pulang, aku gagahkan juga untuk membawa kereta itu. Jika dibawa pulang pun, pastinya kereta tidak boleh dibaiki. Sesak dek kerna gaji Abg yang belum masuk lagi dan aku pula, gaji lambat lagi...semuanya faktor kewangan yang agak menghimpit, lalu aku tak mahu berpatah balik. Namun nasib baik menyebelahi aku. Kereta kembali ok, walaupun nampak gear dah rasa lain macam. Aku hanya berdoa sepanjang jalan tiada perkara tak baik berlaku. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan ini.

Dan hari-hari seterusnya aku sengaja pulang lewat. Namun, jalan Templer Park - Rawang, tetap juga sesak walaupun jam menujukkan angka 11 malam. Huhu..Tak boleh nak buat apa. Agaknya cuti sekolah, ramai yang bercuti dan keluar berjalan-jalan atau orang yang bekerja pulang lewat. Saban hari, hampir setiap malam, aku menyuruh Abg mengurut pinggang dan kaki dek lenguh asyik menekan cluth. Maklum saja manual. Mau saja hati bertukar ke auto, namun akal ni menghalang. Belum masanya untuk membeli kereta baru. Baru nak merasa tiada bebanan hutang kereta :)

Bila melihatkan Nabila, kesian juga padanya. Yelah..setiap hari pulang lewat. Pagi-pagi pula sudah bangun untuk mandi dan bersiap-siap. Inilah pengorbanan yang terpaksa aku lakukan untuk melihat Nabila pulih. Berulang alik setiap hari, pada mulanya agak membebankan. Dengan jauh serta kos minyak saja sudah cukup memeningkan. Namun, aku puas. Aku dapat juga duduk di rumah sendiri bersama Abg jika dibandingkan orang lain yang tak dapat bersama suami dan anak-anak atas sebab tugas. Bagiku, andai aku susah..ada lagi yang lebih susah dariku. Hurm..layankan saja semua ini.. :)

Dan harapnya badan ini boleh bertahan untuk semua ini. Hurm..sejak-sejak Nabila lahir, stamina aku pun dah tak cukup kuat. Berjalan sikit sudah termengah-mengah dek badan yang naik mendadak sejak memakai alat perancang. Itulah perkara yang harus 'kubayar' untuk memastikan diri ini bersedia mendapatkan anak lagi. Trauma dan takut masih menghantui diri walaupun diri ini membuak-buak mahu menambah lagi. Sabar..itulah kata kuncinya. InsyaAllah..ada rezeki, pasti Nabila akan dapat adik nanti.. :)

4 comments:

Azma said...

setiap kali bila ina citer pasal keje, akak tgk mesti balik lewat sgt.ina keje apa ye? sori..baru skang tanya..hihi.. kesian akak membacanya..kesian gak kat nabila jrg2 dpt bermanja ngan mamanya.. pengorbanan yg cukup besar tu akak rasa..

MaMaNuRiN said...

sabar yer ina, tu semua dugaan, insyallah kesabaran dan ketabahan itu pasti ada rahmat dari Allah

nuyin2u said...

sabarnya ina mengharung jalan2 yg jem itu, sy 3 hr pun x sanggup masa kursus kat damansara bln lps, tu pasal kot selesa dok kat srmban ni. ;)

Bicara hati ibu aisya said...

Itulah pengorbanan seorang ibu untuk kebaikkan permata hatinya yang tercinta.Semoga ina lebih kuat dan sabar dalam mengharungi semuanya.Moga dipermudahkan segalanya.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...