Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 November 2010

Dibumi Melaka...

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bersama superkids ke bumi Melaka. Telah merencanakan segala aktiviti 2 minggu sebelum tarikh.. :) Dan sangat-sangat teruja walaupun pelbagai halangan timbul. Hanya 5 keluarga yang dapat bersama kali ini.

Jumaat malam, aku sekeluarga sudah bermalam di rumah Ita ummiAlisya. Dan Sabtu, kami gerak terus menuju ke bumi Melaka. Dan tempat pertama yang kami kunjungi adalah Wonderland..

Dan sibuk merendam anak masing-masing..aku juga tak lepaskan peluang merendam Nabila (walaupun Nabila masih lagi tak sihat ketika itu) . Hehe..Apalagi si kecik itu..menangis melolong-lolong bila air terkena badan..

Selesai di Wonderland, kami pulang ke rumah mak Ita untuk berehat. Dan acara malamnya, kami ke rumah Kak Ros yang tidak jauh dari rumah mak Ita.

Inilah kali pertama aku bersua dengan Kak Ros. Sungguh aku kagum dengan semangat ibu ini. Membesarkan anak istimewa selama 13 tahun. Amri, sangat bijak, aktif dan pandai berkomunikasi. Melihatkan Amri, aku dapat lihat disebalik kejayaan Kak Ros yang tak putus asa demi anak tercinta. Dan semangatku berkobar-kobar demi Nabila. Mahu jadi sama seperti Kak Ros. Terima kasih Kak Ros, sudi berkongsi pengalaman yang sangat-sangat bernilai buat Ina. Moga kita berjumpa lagi di lain masa.. :)

Dan kejutan buat Farid, Abi Alisya sempena hari lahirnya. Kami bersama-sama Ita merancang majlis ini. Seronok bila melihat wajah-wajah ceria sang suami yang mengusik Farid di hari lahirnya.. Farid, maafkan kami yek.. :) (tapi mmg syok tgk ko kena lauk..hehe..)

Esoknya, kami ke Bandar Hilir. Berjalan-jalan di sana..Menaiki River Cruise menyusuri Sungai Melaka. Sangat mengujakan!! Dan lepak-lepak sambil bergambar kenangan di sana. Mujur cuaca tak panas terik. Disertai dengan angin, memang seronok berjalan. Kata Abg, berkat anak-anak ini berada di bumi Melaka. Cuaca sangat elok sekali untuk kami bersantai-santai di sana.

Selesai di Bandar Hilir, kami pulang ke rumah mak Ita, dan bersiap untuk ke Senawang. Dan kali ini ke rumah mak Farid pula. Dan sampai sahaja segalanya sudah siap. Hidangan untuk makan malam dan juga tempat tidur. Berbual bersama sebelum masing-masing melabuhkan tirai kerana keletihan sepanjang hari di bandar Melaka.

Dan esoknya kami pulang semula ke destinasi masing-masing. Memang seronok berjalan bersama kerana masing-masing memahami keadaan anak. Terima kasih keluarga superkids yang banyak membantu dan bersabar dengan kerenah Nabila sepanjang kita bersama. Hurm...Mujur juga keadaan semakin baik. risau kot-kot Nabila semakin tak sihat. Namun, Alhamdulillah..berkat jalan di atas sungai Melaka agaknya..hehe..

Terima kasih pada Ita dan Farid yang bertungkus lumus memberikan layanan yang istimewa kepada kami. Serius..hotel pun kalah tau!! Best!! Sure tak serik la nak gi lagi umah Ita dan Farid.. :) Buat family Zali Ida, Zura Syah , dan Faizal kak Noni..Terima kasih atas setiap kenangan ini. Akan ku ingat moment ini sampai bila-bila.. (hehe..serius..tak terkata seronoknya)

4 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

Tanpa family kami :(

ieda said...

bestnyer dapat jalan2 ramai2...
ina..nabila selalu kembung perut ke?ubat gastrik MMT yg dlm entry bawah tu mmg tak bg 15ml utk budak2...bg 2.5 ke 5 ml ja.ina try cari HEXBIO kat farmasi...ni bukan ubat tp sepplement probiotik utk keseimbangan usus.budak kecik @ dewasa semua boleh minum.dia bentuk serbuk.bancuh dgn air masak.

Unknown said...

hu...hu...bestnyer...akak lak ke KL..ada hal penting yg nak diuruskan...

Bicara hati ibu aisya said...

Wahhhh..seronoknya. Tgk pic tu pun dah dapat bayangkan mesti best punya. Berjalan ramai-ramai...makan ramai-ramai...tido ramai-ramai..syok. :)