08 November 2010

Sayu bila melihat detik itu.....

Sepanjang minggu lepas, rutin seharian masih sama seperti sebelum-sebelumnya. Cuma aku ada membawa Nabila mencuba satu terapi baru. Diperkenalkan oleh makcik aku, dan serasa mahu mencuba tatkala mendengarnya bercerita tentang kaedah rawatan itu. Namun, akan kuceritakan pada entry kemudian nanti.

Seminggu kurasakan lelah. Ke sana kemari bersama Nabila tercinta. Dan kurasakan kehidupan ini sangat berbeza dengan orang lain. Bersama insan istimewa menjadikan diri ini lebih bersyukur dengan apa yang ada. Dan diri ini penuh dengan keinsafan tatkala mata ini terpandang insan istimewa lain yang senasib dengan Nabila. Melihatkan kesusahan ibu dan ayah membawa anak-anak ke pusat terapi atau kemana sahaja memberikan satu rahmat yang besar buatku. Kerna ku fahami hati mereka. Ku fahami segala yang tersirat di dalam diri mereka.

Dan sabtu lepas, mata ini terpandang satu detik indah saat seorang ayah bersama anaknya. Di rumah Kak Raw, ianya menjadi saksi kasihnya ayah pada anaknya. Sungguh aku sayu, melihatkan sang ayah mengusap lembut wajah si anak sambil matanya menatap tepat kearah si anak. Dan si anak seakan mengerti pandangan si ayah.

Di dalam hati, terdetik, dimanakah ibunya? Adakah ibunya tidak mahu bersama anaknya? Namun, kubuang jauh-jauh prasangka itu. Masakan si ibu tidak menyayangi anaknya? Ahh..tak mungkin. Pastinya ibunya tidak sihat barangkali. Dan mata ini sesekali melirik ke arah si ayah dan anak tadi.

Aku tidak mahu memandang lebih lanjut, kerna ku tahu pandangan itu akan mengundang tidak selesa pada mereka. Namun, hati ini terus berkata-kata..alangkah syahdu melihat moment tadi. Sungguh! Jarang sekali aku melihat ayah-ayah yang mahu melayan anak sedemikian rupa. Mungkin ada, mungkin aku tak sedar..tapi mata ini mengagumi saat-saat itu.

Melihatkan keadaan anak, pastinya mengundang seribu kesakitan di mata ini. Bagaimanakah hari-hari yang dilaluinya? Adakah baik atau sebaliknya? Bila melihatkan keadaan anak itu, aku terus memandang Nabila. Insaf! Bila mengenangkan anak sendiri yang sakit, aku tahu di luar sana lebih ramai yang sakit dan menderita lebih hebat dari Nabila. Sungguh ku kagumi semangat si ibu dan ayah yang membesarkannya.

Ku bermohon agar Allah memberi kekuatan kepada semua ibu bapa yang punya anak istimewa. Berikanlah kehidupan yang paling indah dalam hidup anak istimewa ini sebelum mereka menutup mata. Mereka juga mahu hidup bahagia seperti insan normal yang lain. Mereka berhak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari keluarga dan rakan-rakan yang lain. Permudahkanlah jalan hidup mereka. Berikanlah senyuman diwajah mereka. Agar mereka tahu erti bahagia.. Amin Ya Rabbal Alamin.....

10 comments:

Kerikil Kehidupan said...

Emmm...tersentuh hati akak...Iman juga tak merasai kasih sayang ayahnya...hatta tiada panggilan untuknya di hari lahirnya...sudah hlgkah nama Iman di hati lelaki itu....he..he..emo kat rumah org...

Moga kita terus kuat kan Ina....Yakinlah kita tak keseorangan....

Sayang buat Nabila....

ieda said...

kebanyakan org lelaki tak suka menunggu..sb tu kita jarang nampak mereka bersama anak2 di tempat2 rawatan.tapi hakikatnya saya yakin kasih mereka juga sebesar kasih ibu kepada anak2 ini.

kakyong said...

lama tak singgah sini... suka tengok header baru.. :D

MelissAziezul said...

Amin Ya Rabbal Alamin...

MaMaNuRiN said...

ya, moga semua ibu dan bapa didunia ini mengasihi anak-anak yang tidak berdosa..yang istimewa..moga allah beri segala kekuatan untuk ina dan juga keluarga yang lain

Julaiha Kamarul Baharin said...

terharu bila membaca entry ni, amin...

Min said...

amin ya Rabbal 'Alamin...

nuyin2u said...

ya, terharu juga.. moga kita semua termasuk dlm golongan org2 yg sentiasa bersyukur

nuyin2u said...

ya, terharu juga.. moga kita semua termasuk dlm golongan org2 yg sentiasa bersyukur

Ummi Alisya said...

sayu bila mengenangkan nasib anak itu jauh lebih di duga banding dgn anak kita kan. macam manalah mak ayah dia meghadapi dunia luar! sungguh kuat!!!!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...