03 November 2010

Sudah kembali senyuman itu..

Sudah 2 minggu aku tak dapat melihat senyuman Nabila. Sungguh aku rindukan senyumannya. Gelak tawa dan riuh mulutnya bercerita.. :)
Segalanya sudah kembali seperti biasa sesudah kami pulang bercuti dari Melaka tempohari. Alhamdulillah. Nabila sudah kembali pulih dari segala kesakitan, dan sudah mula bermain seperti biasa.
Semalam, seperti biasa, aku menghantarnya ke sekolah. Dan dalam minggu ini, Nabila hanya dapat bersekolah selama sehari sahaja. Pada mulanya, aku katakan yang Nabila akan bersekolah pada hari Jumaat, tetapi sekolahnya tutup pada hari Jumaat ini. Kenapa? Ya Allah, aku terlupa..Rupanya Jumaat ini cuti umum sempena Deepavali. Terlalu banyak perkara yang ku fikirkan sehingga cuti umum pun terlupa. Mujur juga ada yang kakitangan sekolah yang mengingatkanku.Jika tidak, maunya aku terpacak seorang diri di pejabat pagi Jumaat itu..hehe..
Dan semalam, sampai saja di rumah mak, terus ku menerpa ke arah Nabila. Kata mak, Nabila diam saja di dalam van sekolahnya. Baik sekali. Hurm..emosi tak berantakan..!!hehe.. Dan pabila ku pegang, riuh mulutnya. "Auuuu...uuu..oooo..wooorrmmmm" . Mak aku kata, nak mengadu kat ibu la tu sepanjang hari kat sekolah. Apa-apa saja lah dik..janji kamu ok di sana.
Bila dah tahu ibunya ada, mulalah tak nak baring. Nak duduk saja. Rupanya nak main sambil duduk. Di gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Semua ahli keluarga ku ketawa melihat telatahnya. Berpeluh-peluh seperti berbasikal berbelas batu. Kuyup!! Dan sudahnya, selesai maghrib, aku terus membawanya pulang. Di dalam kereta juga nampak baik. Main sampai riuh mulutnya. Sampai di rumah, letak saja di katil..aku terus menuju ke bilik air untuk mandi. Dan selesai mandi, tengok-tengok Nabila sudah tertidur dalam keadaan meniarap. Keletihan!! Alahai syahdunya..Baru je plan nak main flash card..dah tertidur.. :(
p/s : Sudah set semula appointment bersama kak Yusnita..dan Nabila akan diurut setiap hari Rabu malam. Moga segalanya berjalan lancar. Amin ..:)

4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..seronok kan tgk mereka tersenyum ina ;)Moga senyuman itu akan terus terukir di wajah comel nabila.
p/s: rindu nak jmpa nabila lg.

darling said...

salam....tersentuh hati membaca kisah bidadari kecil nabila . tentunya sy teramat paham keadaan anda . kerana sy jugak mempunyai anak yg istimewa . rasa terkilan di hati x dapat sy padam sampai bila2 apabila anak yg dikandung sehat tetapi atas kecuaian org lain.....dia menjadi mangsa . dia juga lemas semasa proses kelahiran yg dikendali oleh doktor2 pelatih ! putera sulung sy ... muhammad zaini aiman skg sudah pon 6 tahun . walopun keadaannya x seperti nabila , tp dia tetap tergolong dlm oku . hancur hati sy .....pernah sy x dapat menerima hakikat aiman sebegitu . pernah sy xnk menyentuh dia .... setelah sy dpt pengesahan yg aiman seorang anak hyperaktif . tu pun setelah membuat check up semasa umurnya 2 tahun masih x jalan2 lg . pergerakan sy terbatas....x seperti org lain . byk masa cuti sy habiskan di rumah . aiman bukan taw dok diam . dibawa ke mana2....ada saja benda yg menarik perhatiannya & seboleh2 nak benda tu . walopun dia nak bukan tuk diambil hanya untuk disentuh ...tp sebagai ibu sy tetap terasa hati . apatah lg pandangan org2 sekeliling terhadap aiman . sebagai ibu , walo seteruk mana pon keadaan dia , walo sepenat mana pun sy melayan karenah dia , dia tetap anak sy . tetap tanggungjawap sy . tp...tu dulu ....sekarang aiman sudah menjadi anak yg bijak . syukur sgt2 kerana walopun hyperaktif , aiman memiliki iq yg tinggi .umur 5 tahun sudah boleh membaca . hyper nya pon sudah boleh dikawal . alhamdulillah ! maaf terlalu panjang pula sy mengomel . tp sy harap anda byk2 kan bersabar . ni adalah dugaan buat kita yg memiliki anak istimewa . Allah x akan menguji kita jika kita x kuat tuk hadapinya . inilah kata2 semangat yg pernah diberikan oleh seorg teman semasa sy betul2 hilang arah dulu . sy harap sgt awk tabah ye ....sy juga doakan akan berlaku keajaiban pd nabila seperti mana keajaiban yg berlaku pd aiman insyaallah

Kerikil Kehidupan said...

Alhamdulillah...semoga nabila terus ceria...

MaMaNuRiN said...

salam,

ina..muahhhhh nabila...bestnya yerkkk diamakin kuat, makin sihat..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...