09 November 2010

Tangisan si kecil ini...

Anak ini sudah pandai merajuk! Sudah pandai mengamuk! Aduhai..dari mana dia belajar, aku kurang pasti. Yang aku pasti..amukannya akan membuatkan semua orang terpana melihat suaranya yang nyaring....!! hehe..

Mungkin juga mewarisi aku yang 'agak kuat mengamuk'..haha!! Bila kehendak tak dapat dituruti, habis semua dimarahnya. Puas memujuk cara baik..tak jalan..!! Mau saja di babap punggungnya..Geram..!! Tapi apakan daya. Marah pun tak guna. Apalah sangat si kecil ini tahu tentang hukuman.

Mohon diberi kesabaran bila melayan kerenah anak ini. Semahunya ingin sentiasa menjaga emosi anak ini. Tak mahu dia menangis keterlaluan. Bimbang akan timbul perkara negatif pula.

p/s : Agaknya kalau Nabila ni sihat, mau berguling-guling kat lantai marahkan ibu. Sedangkan sekarang ini, sudah melentik-lentik badannya, meneran-neran suara marahkan ibu.. Aduhai anakku!!

4 comments:

Azma said...

nabila saja nak uji ibu tu..sekali sekala buat ibu shock..

Min said...

comel jugak nabila... moga ina terus tabah n kuat...!

The Golden Rose In White Cave said...

cutee

ieda said...

ina..dia takyah belajar.semulajadi ilmu tu diturunkan oleh ibunya...hehehe
akak kalau nabila ngamuk akak buat tak tau ja..org tak layan sat ja dia elok sendiri.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...