02 December 2010

Bagaimana untuk menahan diri ini?

Berkali juga aku menceritakan tentang adik Nabila. Berkali juga aku cuba untuk menahan gelodak diri. Peritnya bila sukar sekali untuk menahan diri.
Kali ini bercerita lagi tentang adik Nabila. Gelodak hati tatkala memegang Ra'id..baby yang selalu berkunjung ke rumah mak aku.
Pagi-pagi lagi Ra'id sudah muncul di muka pintu rumah mak bersama neneknya. Sempat aku bermain-main dengan Ra'id sebelum bersiap-siap untuk membawa Nabila ke PDK. Bila ku pegang Ra'id..terbayang-bayang di ruang mata andai Nabila punya adik seperti Ra'id. Sihat dan normal. Memang itu yang diidamkan sedari dulu.
Ku cuba merasai nikmat mempunyai 2 orang anak. Yang istimewa dan normal. Andai diri bisa mampu..boleh saja. Namun beberapa perkara yang mengganggu membuatkan ianya membantutkan hasrat hati.
Kata mak, biarlah dulu. Berilah peluang untuk Nabila membesar. Nabila juga masih seperti bayi. Tunggu sehingga 1-2 tahun lagi untuk berikannya adik lagi.
Aku akur. Memang itu sebenarnya yang dirancang pada awalnya. Tapi bagaimana untuk menahan diri ini?
Dan hati ini berdetik. Sabarlah. Ianya pasti akan muncul jua...
Bila Ra'id disampingku..ku melihat dirinya bermain permainan dihadapannya. Nabila masih belum menguasai skill memegang. Dan aku mula terasa seronok bila Ra'id bermain-main dengan mainan yang ku beri. Ini bukanlah bermakna aku kecewa dengan Nabila yang masih belum menguasai skill itu. Aku berasa bersalah kerana Nabila masih gagal menguasainya. Mungkin masih kurang input yang ku beri pada Nabila..
Sayang..memang sayang..Mungkin kecedaraan otak Nabila di tahap 3 membuatkan aku perlu lebih banyak bersabar dan menanti saat tiba masanya Nabila bermain sendiri. Ya..Nabila perlu lebih lagi. Anak ini ada potensi namun aku perlu banyak usaha dan sabar.
Tadi pun sewaktu berada di PDK, kami duduk di bilik snoozelon. Nabila sepertinya nampak dan cuba memegang lampu-lampu di badannya. Kata Cik Yah, Nabila mungkin nampak cahaya tetapi bukan pada objek. Gusar hatiku bila mendengar katanya. Ya, Nabila akan alert pada cahaya. Tidak pada objek. Tak sabar untuk aku membawa Nabila untuk pemeriksaan matanya. Lambat benar appointment dengan opthalmologist Sg. Buloh. Semahunya cepat masa itu datang. Dan mahu tahu secepat mungkin apa perkembangan penglihatan Nabila...

5 comments:

Kerikil Kehidupan said...

Ina...kuatkan hatimu dik...
InsyaAllah apa yg kita inginkan...Allah akan kabulkan...cuma masanya cepat atau lambat...yg penting kesabaran dan kekuatan kita untuk menempuhnya....

Akak faham apa yg Ina rasa..Akak ada seorg kawan yg juga anak sulungnya seorang istimewa...CP juga...Anak itu mengalami sawan yg teruk...hampir 30kali sehari...juga tidak mampu menguruskan diri...Namn akak itu tekad melahirkan anak kedua dgn dipantau penuh oleh dr...cukup 36 minggu...akak tu dioperation...Alhamdulillah bayi perempuannya normal...dan akak tu bgtau...smnjak ada adik...anaknya yg istimewa itu lbh pndai bersosial...

Semoga semuanya dipermudahkan...Aminnn...

ieda said...

takpelah ina...bila masanya tepat nanti Allah akan jadikan adik itu.Dia lebih mengetahui.

MaMaNuRiN said...

insyallah ina, Allah tahu yangterbaik untuk hambaNYA

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah ina..akan tiba masa itu.Bersabarlah yeh.Ayu doakan hanya yang terbaik utk ina dan nabila.

maizan said...

salam akak..
Allah uji akak.syukur la akak.Allah x kan menguji hambaNya melainkan dia mampu utk melaluinya.Allah menyayangi akak sekeluarga sbb tu Allah pilih akak utk terima tarbiyah dariNya.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...