13 December 2010

Banyak benar akalnya..!!

Sejak kebelakangan aku perhatikan Nabila menunjukkan ciri-ciri lebih peka dengan keadaaan sekeliling. Pantang siapa saja yang memegangnya, pasti dia akan mengukir senyuman.


~Ala-ala gedik gitu..hehe.. ~

Aku dapat rasakan Nabila mula berubah sedikit demi sedikit. Mungkin juga kesihatannya agak baik kebelakangan ini. Tiada demam dan selsema.. Alhamdulillah. Dan itu menjadi pendorong buatnya untuk sentiasa ceria bersama aku dan Abg.

~yeah..maintain senyum..sampai ada makcik kat kenduri kawin suka benar tgk muka dia..hehe~


Juga sudah pandai minta untuk bermain. Walaupun Nabila masih lagi di tahap seperti bayi, namun akalnya sudah menunjukkan kematangan sedikit. Yelah..kata pun bayi terlebih matang..hehe.. Lama sangat jadi baby. Hurm..puas juga aku menjaga dia macam baby. Agak-agaknya kalau ada anak sihat..sure sekejap je masa itu berlalu..Tau-tau je dah besar.. :)

Bila dipegang, semahunya dia mahukan aku menggoyangkan tubuhnya. Seakan menari. Dan aku dapat lihat, rupanya Nabila sudah mula sukakan muzik. Yelah, pagi-pagi sudah naik kereta. Ibu pulak pasang radio macam orang pekak..hahaha!! Maunyer si Nabila ni pun menggedik sama. Bila ibu menyanyi dalam kereta, dia pun mulut bising juga..

" waaa...uuuuu...aaaaahhhhhh...wooooorrrrrmmmm"

~pantang orang geletek..sure ketawa mengekek..kihkihkih..~


Itulah Nabila. Kadang-kadang balik keje, badan rasa letih, rasa hilang semua kepenatan bila bermain dan melihat aksinya. Walaupun belum terkinja-kinja melompat sambil menyebut "Ibu.." atau belum berjalan dan berlari mendapatkan aku, aku tetap puas dengan apa yang Nabila peroleh sekarang. Ya, walaupun tak cukup..namun aku bersyukur. Nabila punya kesihatan yang baik dan dia semakin bijak bermain dengan perasaannya dan juga perasaan kami. Sepertinya dia sudah banyak mengetahui butiran percakapan kami walaupun agak sukar baginya untuk membalas kata-kata kami.

Tak mengapalah dik..kita kayuh pelan-pelan..InsyaAllah, pasti akan sampai destinasi kita nanti.. :)

7 comments:

Azma said...

betul tu ina..tak mengapalah.. biar slow asalkan sampai... InsyaAllah..tp ina & nabila still kena berusaha tau!

Mawar said...

Kak ina,
alhamdulillah, syukur & gembira bila sy tgok nabila makin sihat
teruskn berusaha utk prmata hati akak ini ya

nuyin2u said...

nmpk berisi badan dia, memang sedap dipeluk cium, betul kata Azma, yg pntg kita ke usaha kan..

Pnut said...

Ina-comelnya pic nabila yang first tu.. cute sesangat.. ishkk geram nengok...

Puteri Nuur At-Terawis said...

geramnya tengok senyum Nabila. Jom kita set dating kat KLCC Park :P

A.I said...

haha..dia rasa syiok bila org pegang / memain ngan dia :)

ieda said...

biar lambat asal selamat...kan nabila??hihi
gambar bawah tu sweet...nabila looks just like other kids..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...