03 December 2010

Kenangan ini..

Beberapa gambar Nabila ku belek. Penuh dalam pendrive. Satu folder. Semuanya gambar-gambar Nabila yang lama. Dan tak sangka..Tahun depan Nabila sudah berusia 3 tahun.

Ya Allah..cepat benar masa itu berlalu. Dari hari pertama ku lihatnya, aku sudah jatuh cinta dengan anak ini. Biarpun lahirnya penuh dengan cubaan dan dugaan..anak ini sememangnya kuat. Mahu terus hidup dan melihat ibu dan ayahnya di dunia ini. Biarpun hidupnya nanti bakal serba kekurangan. Terima kasih Nabila kerana telah hadir dalam hidup ibu dan ayah.. :)

Ketika masih bayi. Kecil..dan sangat fragile..

Dalam pantang lagi..mata yang sangat cantik. Tapi bulu mata tak lebat lagi masa ni... :)

Raya pertama bersama Nabila. Sangat tembam dan gemok..hahaha..!!! Dan kembali duduk bersama mak dan ayah di Gombak setelah mengetahui 'keadaan' Nabila.. :(

Rambut lebat sangat..Semua ikut ayah..ala-ala ikal.. :) Yang tak suka adalah matanya ketika ini. Tapi dah besar-besar ni kurang sket julingnya.. :)

Apapun kekurangan anak ini, ku terima. Namun anak ini sebenarnya tak pernah kurang di mataku. Malah dialah segala-galanya bagiku.

Buat Nabila, ibu akan harungi segala kesusahan kita bersama. Takkan ibu tinggalkanmu sayang. Ibu tahu kamu anak yang kuat. Tabahkan hatimu sayang. Syurga pasti menantimu.. :)

10 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Comelnya pic nabila masa kecik.Pipi yang tembam, badan yang montok, kulit yang putih gebu, mata yang bulat rambut yang hitam..lebat. Subhanallah, bagi ayu itu dah cukup sempurna kejadiaannya ina.tiada kekurangan pun pada nabila..ciptaanNYA :)Moga nabila sentiasa sihat dan ceria selalu.

ieda said...

uishhh...tembamnya nabila yg gambar raya tu..

Julaiha Kamarul Baharin said...

geramnya tgk pipinya..kus semangat..mmg comel n tembam..

Mawar said...

Cutenya dia...
Apa jua kekurangan anak2 kita, d mata kita ibu & ayahnya, dia tetap sempurna

LYaFRINA said...

comelnya bidadari syurga ni..
tenang je.

yunz_02 said...

semangat budak nabila ni.. gerammmnyaa.. :)

MaMaNuRiN said...

argggg eeee geramnya mamanurin kat nabila ni...rasa nak gigit gigit dia cukup-cukup hehehe..

the triplets said...

dah besar dah nabilah nih, semakin montel, anak saya pun tahun depan nak masuk 3 tahun, lahir 18 JUN 2008...ada heart problem...anak-anak kita adalah istimewa...

Azma said...

makkk...tembamnya nabila masa raya pertama..terperanjat acik tgk..hihi... Smg nabila terus membesar dgn sihat-walafiat ye..

Min said...

semua kita ada kekurangan ina... tanpa kita sedari kekurangan anak inilah yg memberikan kita byk kelebihan, lebih keberanian, kekuatan dan ketabahan berbandingan mereka yg lain... always be strong dik!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...