23 December 2010

Kini dia tidak menangis lagi...

Andai ada yang perasan pada sebelah kanan dibahagian 'Label' aku meletakkan label Makan di situ. Sebenarnya sudah lama aku menceritakan tentang cara makan Nabila yang tak sudah-sudah 'sukar' untuknya berbanding dengan anak-anak yang lain.

Dan Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini , cara makannya semakin menyenangkan. Malah, lebih baik berbanding dulu. Jika dulu, waktu makan Nabila keadaannya seperti 'berperang' , namun kini tidak lagi.

Caranya? Hanya dengan kaedah 'SABAR'...

Sebenarnya, aku bukanlah dikategorikan sebagai seorang yang sabar. Sememangnya dulu apabila tiba waktu memberi makan pada Nabila, aku lebih stress berbanding si kecil ini. Dirinya yang sukar untuk menelan dan terlalu memilih makanan menyebabkan aku fed up dengan situasi itu. Malah pernah juga aku kecewa dan berhenti berharap pada Nabila untuk mampu makan semua makanan seperti anak-anak normal yang lain.

Dan aku marah andai ada ibu yang tak suka memberi anak makan bila anak sudah pandai meminta itu dan ini. Bagiku, tak salah bila anak itu ingin merasa dan berpadananlah kuantitinya. Biarlah anak itu tahu rasa dan tekstur makanan itu. Dan bersyukurlah anak sudah pandai meminta makanan, dibandingkan Nabila yang masih belum mengerti apa maksud makanan...

Berbalik pada Nabila, aku sangat-sangat bersyukur bila lihat perubahan ini dalam dirinya. Jika dulu, aku sangat risau bila Nabila menangis ketika makan. Risau andai makanan itu masuk ke dalam paru-parunya. Namun, jika tak diberi makan, apa kesudahannya? Sudah pasti Nabila tidak dapat menguatkan otot mulutnya untuk mengunyah. Malah tiada tenaga untuk melakukan aktiviti seperti fisio dan OT..

Kata mak, dia kini sangat seronok bila memberi Nabila makan. Apa yang diberi semuanya dihabiskan. Dan diselang-seli bersama susu. Terasa badan Nabila semakin berat. Tadi, sewaktu mengangkat Nabila untuk naik ke rumah mak, aku terasa sangat lelah. Aku dapat rasakan tubuhnya semakin berisi.

Cuma satu saja yang masih mengganggu aku. Nabila masih lagi dengan sembelitnya. Lactul sudah sepertinya tidak berfungsi lagi. Kesian Nabila.... :(

Moga perubahan ini kekal dan bertambah baik lagi..Amin.. :)

p/s : Kawan-kawan..Plz vote Nabila.. saja nak test masuk contest ni. Manalah tau ada pulak rezeki si kecil ni..

Klik saja link ini.. http://www.facebook.com/babymanjafansclub#!/photo.php?fbid=179959292023898&set=a.179959028690591.44880.152878094732018

dan kemudian klik 'LIKE' pada gambar Nabila.. :) . Terima kasih.. :)

7 comments:

Salina@IbuAqil said...

gud luck nabilah sayang.. ibuAqil dah undi dah dia.. manis sungguh anak dara ina ni.. hihihi si gadis & bunga.. ;o)

Jue-Isteri_Ibu said...

gud luck nabila..comey sesangat dgn bunga kat kepala...hehehehe..

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

slm ina...dh lama tak tinggal jejak hihi..tapi intan tetap tak lupa singgah blog ina ni..syukur alhamdulilah nabila dh ada selera mkn,harap2 ia berterusan supaya nabila cepat membesar..jap lagi intan vote 4 nabila k ;)

K-Baby said...

Salam Mommy,
Nak jemput join contest sempena perasmian blog, boleh menangi cute slogan tees untuk your little kid. Thanks ya :)
mykedaibaby.blogspot.com

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..nabila dah pandai makan.Tinggal aisya jer yang masih xmahu makan2.huhuhu :(
Ibu dah voter 4 nabila.Good luck yer sayang.

Kak Lyn said...

Salam...
Terima kasih kerana sudi ke blog akak..
Anak akak sudah pergi 16/12 yg lalu kerana brain tumor...masa umur dia 2 tahun dia dah pon operate tapi stlh 7 tahun tumor itu membesar dan meliputi bahagain batang otaknya yang telah menganggu saraf pernafasan, dia di icu hanya 7 hari...pukul 355 dia pergi meninggalkan kami buat selamanya...kenapa dengan adik yasmin nabilah...kalu boleh kongsi inbox kat komen akk ye....

ieda said...

nabila akak pun kadang2 sembelit tapi lactul masih berfungsi dgn baik.lagi satu akak biasakan dia dgn sayur.ina boleh try hancurkan sayur utk nabila.takpa kalau dia reject diperingkat awal.lama2 nanti mesti ok.betik & pisang pun ok jg.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...