Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

08 December 2010

Mimpi..

Semalam, tidur kami sekeluarga sama seperti rutin seharian. Nabila sudah awal-awal lagi melabuhkan tirai walaupun kami sedang sibuk berjalan ke sana ke mari di Tesco malam tadi. Hurm..Nabila..Nabila..Bawak gi jalan-jalan tapi dia tido plak..huhu..
Dan jam 3 pagi, Nabila tersedar dari tidurnya. Sejak dua menjak ni Nabila akan bangun awal pagi untuk minum susu. Dan kemudian pastinya dia sukar untuk tidur kembali. Sudahnya terpaksa aku membawanya ke bawah, tidur di buaian dahulu dan kemudian barulah angkat naik ke bilik tidur.
Jam 5 pagi, aku melelapkan mata sebentar sementara menantikan jam 5.30 untuk bangun dan bersiap. Tetapi, entah kenapa mata bagai di gam-gam. Tak mahu nak bangun. Berat benar dan sudahnya pagi tadi aku terlajak bangun. Terkejut bila melihat jarum jam sudah menunjukkan 6.30 pagi. Kelam kabut aku mengemas beg Nabila, menggosok baju dan memasak air panas untuk Nabila mandi. Dan pastinya aku terlewat ke pejabat hari ini. Adoiyaaiiii..
Sebenarnya sepanjang jam 5.30 hingga ke pukul 6.30 pagi rupanya aku bermimpi. Aku mimpikan Nabila cuba membaling dompet pada aku. Pada mulanya aku cuba minta Nabila baling dan aku percaya Nabila tak boleh melakukannya. Entah kenapa, aku terkejut tatkala Nabila memahami arahanku dan cuba membaling dompet ke arahku. Dan aku cuba mengujinya sekali aku. Ku berikannya duit, dan Nabila boleh memberikannya kepadaku dengan tangannya sendiri. Tak tergambar perasaan ini bila dapat melihat Nabila melakukan perkara itu. Masih terasa kegembiraan itu di dalam hati ketika ini walaupun itu hanyalah mimpi.
Aku juga mimpikan Syafiah, anak Kak Suealeen. Agaknya aku rindukan hasil penulisan Kak Sue dan wajah terbaru Syafiah hingga termimpi-mimpikannya.
Entahlah, sudah acapkali kami sekeluarga mimpikan Nabila semakin pandai dan semakin bijak. Malah perasaan itu sampai terbawa-bawa di alam realiti. Mungkin juga terlalu mengharapkan sesuatu dari Nabila menyebabkan kami sentiasa mimpikan perkara-perkara yang baik tentang Nabila. Ya Allah, andai itu adalah perkara yang bakal berlaku pada anakku, ku mohon Kau jadikanlah ianya di alam realiti ini. Amin..
Andai perlu untukku menunggu..aku akan tunggu dengan sabar sehingga tibanya saat itu.. :)

8 comments:

Unknown said...

Mmmm...orang kata mimpi ni sesuatu benda yg kita tak dapat di alam realiti Allah berikan dalam mimpi....Akak pun selalu mcm tu...mimpi main kejar-kejar dgn Iman kat taman...hihi...bila bangun tido...rasa dalam hati ada taman...Bagi akak tak salah kita menyulam impian...semua org pun begitu..Harap mimpi ina dan nabila tu akan jadi kenyataan...Aminnn...

senyumm said...

semoga Allah permudahkan usaha2 akak..insyaAllah dengan usaha keras akak,mimpi jd kenyataan..

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah...saatnya pasti akan tiba ina. Cuma masa jer yang kita xtahu bila.Cepat atau lambat itu kehendak Allah. Yang pasti ina dan nabila xboleh putus harap. Usaha dan terus usaha.
Insyaallah...ayu doakan yang terbaik untuk ina dan nabila. Sabar yer ina.

ieda said...

ina...jangan ajar nabila baling dompet..bahaya.ajar pungut dompet takpa..hehehe

suealeen said...

Rindu pada Syafiah le tu. Akak pun dah lama tak update tentang dia. Harap gambar je banyak ambik :P

Min said...

insya Allah, the time will come. pasal patching mata tu, mawaddah punya yg pesen ada pelekat kat belakang. mcm plaster luka tu... so melekat baik punya kat mata dia. tak mudah nak buang, lagi pun mawaddah memang tak bolelagi nak korek pelekat tu kan... :)

Jue-Isteri_Ibu said...

insya allah ina..saya pun selalu bermimpi ttg ainia yg boleh berjalan..harap2 mimpi kita jadi realiti yer, ina...

i amsterdam said...

Salam,
Saya blogwalking dan tiba disini. Tersentuh hati saya membaca kisah sikecil nabila, tapi saya berharap adik Noina akan terus sabar dan terus berusaha, jgn sesekali berputus harap. Kisah ini mengingatkan sy pd anak sy Ilham yg ketika lahirnya lemas kerana "cord prolapse" 8 thn lalu. Selama berminggu saya di ICU memberi sy peluang melihat anak2 yg "serius" keadaannya. Ilham sendiri mendapat follow up dr hospital hingga umurnya 3 thn. Alhamdulillah, keadaannya sihat, sy amat bersyukur. Harap adik noina terus kuat, lakukan yg terbaik untuk nabila.