22 December 2010

Rasa bersalah menyelubungi diri..

Andai di beri pilihan aku tidak mahu menghantar Nabila ke sekolahnya hari ini. Sudah 2 hari Nabila tidak bersekolah. Ini semua gara-gara bercuti pada hujung minggu lepas. Cuaca yang agak mendung dan sejuk menyebabkan Nabila diserang selsema 2 hari ini. Tambah pula aku rendamkan Nabila di laut dan kolam renang. Hanya 2 kali saja ku rendamkannya, dengan alasan mahu menguatkan otot-ototnya. Namun, apa yang aku mahukan tidaklah seperti yang kuharapkan.
Semalam, mak menyalahkan aku dalam hal ini. Katanya, semalam Nabila kelihatan murung. Tidak mahu bergelak tawa seperti selalu. Tiada ukiran wajah ceria diwajahnya. Dan bila aku menyambutnya semalam sebaik pulang dari kerja, Nabila seperti nampak sihat semula. Kata mak, dia memberikan ubat sebanyak 2 kali. Dan bila petang, barulah selera makannya muncul. Lapar barangkali..
Aduhai..serba tak kena aku hari ini. Bertanya pada mak andai ada sesiapa di rumah. Malangnya yang tinggal hanya adik-adik lelaki ku di rumah. Ayah sibuk menguruskan hal sepupuku manakala mak pula ke dylisis. Boleh saja aku berikan Nabila kepada adik-adikku untuk dijaga..tapi faham-faham sajalah budak lelaki. Waktu pagi pastinya masih diulit mimpi. Matahari mencacak diatas kepala, baru nak sedar diri!!
Sudahnya, aku mengambil keputusan untuk menghantar Nabila ke sekolah. Dan pesanku pada staff di situ, andai Nabila berada dalam keadaan tidak selesa, berikan saja ubat yang telah ku bekalkan di dalam begnya. Dan ada pula suara sumbang yang berkata,
"Mesti ko asik nangis je arini. Jangan nangis. mak ko nak gi keje!!"..
Huhu..sebak hati bila dengar kata-kata itu tatkala kaki ini melangkah keluar dari pintu. Mahu saja aku lari mengambil Nabila semula, namun, apakan daya. Dalam hati ini hanya berdoa agar Nabila tidak membuat masalah di sekolah nanti.
Dan di tika ini, hati masih gusar. Hati masih tak senang duduk. Terfikir-fikir apalah yang Nabila lakukan saat ini di sekolah. Aduhai....

11 comments:

tulip said...

sedihnya.. sampai ati staff tu ckp mcm tu.

nuyin2u said...

tersentap dada, doakan terbaik utk bellaku..

Marsha~ said...

kurang ajar betol staff tu.... kalau aku, aku tampar je mulut dia

Anonymous said...

kurang ajar betul staff tuh!dah ler bahsa sungguh kasar!!kesian nabila...harap2 takde ape2...-haryati-

Bicara hati ibu aisya said...

Alahai..ciannya nabila.semoga cepat sembuh ye nak.kurang ajar btl mulut yang berkata tuh.sabar ye ina.

AIN NAZRI said...

semoga nabila cepat sembuh ye..

FiQiOnE said...

akak sy nak tanya siapakah staff itu????? dan bila tarikh dan hari tue berlaku???? if anything happen plizz, laporkan kpd sy.....tp akak mesti kenal sy kan.....

Azma said...

Teruknya.. sampai hati ckp mcm tu. Kalau anak normal pun org ckp camtu akak terasa hati. Apatah lagi yg special ni.. Sian nabila. Moga cepat sembuh ye.. Kita x minta dilahirkan utk menyusahkan org lain..:(

MaMaNuRiN said...

huhuuu macam mana yerk slogan "bahasa budaya bangsa" ni? ishhhh memang nak kena vabai mulut tu..tak ada perasan langsung..sabar ina.."nabila, jgn nangis yerk nak, cepat sembuh yer, nanti mamanurin babab orgyg kasi ibu susah hati tu yer"

adarnadzmie said...

Doakan Nabila selalu dilindungi Allah walaupun di mana Nabila berada..

ICAZIESYIRA said...

owhhhhh
faham sangat perasaan itu!
:(
sabarlah wahai hati

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...