30 July 2010

Andai ku faham apa katanya...

video


Andai ku fahami setiap butirannya..

Sudah lama aku tunaikan hasratnya...

Andai ku tahu isi hatinya...

Akan ku laksanakan impiannya..

Nabila...

Akhirnya dapat juga aku merakam saat Nabila mengeluarkan suaranya. Bukan mudah untuk anak seperti Nabila untuk melakukannya. Untuk ayat yang di katakan Nabila..bagai petik jari untuk anak yang sihat mengungkapkannya. Bagi aku..syukur dilafazkan. Bukan sudah berpuas hati, namun sekurang-kurangnya ada perubahan yang dilakukan.

Hati ibu..manakan tidak suka mendengar anaknya berceloteh. Saban hari aku menunggu untuk mendengar Nabila memanggil aku.. IBUUUUUUU. Tapi cuma yang ku dengar hanyalah.. "uuuuuuuuu" . Mungkin juga dia cuba meniru apa yang ku selalu bisikkan di telinganya. Tidak jemu mengajar memanggil Ibu dan Ayah. Dapat yang hujung pun..aku sudah cukup bahagia.

Mungkin ada di luar sana boleh mengatakan ini perkara biasa bagi anak mereka. Tapi tidak pada aku. Sesuatu yang luar biasa jika anak-anak seperti Nabila pandai berkata-kata. Dan bila melihat hasil anak kita berkata-kata..akan kukatakan kepada ibunya yang dia telah berusaha keras mengajar anaknya memanggil ibu. Sangat berbangga andai ada ibu yang berjaya melatih anaknya bercakap. Sangat mengkagumkan.

Andai yang bertanya..teruk benarkah keadaan Nabila sehinggakan bila Nabila menyebut sesuatu, aku sudah begitu terharu. Ya..! kondisi Nabila sangat-sangat teruk sewaktu dilahirkan. Dan doktor tidak memberi sebarang harapan kepada ku untuk Nabila terus pulih. Ibarat sayur . Sedih..tapi apapun..hidup mesti diteruskan. Nabila ibarat amanah yang telah diturunkan. Dan aku harus menjaga dan mendidiknya sama seperti anak yang sihat..walaupun aku masih belum punya pengalaman mempunyai anak yang sihat.

Aku rasa semua ibu yang punya anak seperti aku..akan berfikir demikian. Semua mahu yang terbaik buat anak. Dan pabila anak mencapai sesuatu yang telah kita usahakan selama ini..terasa penat lelah ini berbayar.. WALAUPUN SEDIKIT PENCAPAIANNYA...! Syukur!

28 July 2010

Mencuri masa..

Semalam pulang saja ke rumah, aku terus mencapai Nabila. Kata mak,sepertinya Nabila tak sihat lagi semalam. Mujur juga mak berikan ubat demam pada Nabila semalam.Nampak Nabila ceria sedikit berbanding pagi itu.

Sejak kebelakangan ini,kami sering pulang lewat. Aku akan menunggu waktu maghrib dan solat dahulu sebelum pulang. Risau pula jika pulang waktu maghrib.Lebih-lebih lagi jika melalui hutan rimba templer. Berdoa sentiasa agar perjalanan kami berdua sentiasa selamat. Bukan tiada orang yang melalui jalan itu.Ada. Banyak. Cuma mahu lebih berhati-hati.

Dan sampai saja di rumah, aku terus mengulit bersama Nabila. Bermain bersama sambil tangan tak henti-henti merangsang segala derianya. Nampak Nabila gembira dan ketawa tatkala aku memegang tangannya sambil mengajar Nabila bermain rock-a-stack. Sungguh mencabar untuk aku dah Nabila kerana sudah hampir 3 bulan aku melatihnya menyusun dan memasukkan bentuk-bentuk donut itu ke dalam tiangnya. Sewaktu mula-mula Nabila belajar dulu,tangan Nabila memang sukar dilentur.Pabila kerap dilakukan,tangannya mulai lembut dan mengikut tangan aku untuk bermain .

Kadang-kadang aku rasa ralat kerana tak dapat melakukan segala aktiviti Nabila pada waktu malam.Sehinggakan tak sempat mandi dahulu kerana mengejarkan masa untuk terapi. Aku juga takut Nabila tertidur awal jika aku sibuk dengan hal-hal lain. Aku mengharapkan segala yang ku lakukan dapat menampung setiap minit yang dibuang sepanjang hari.

Namun kadangkala aku hanya merancang. Bila melihatkan Nabila keletihan,aku tak sampai hati untuk melakukan segalanya. Nabila juga letih kerna di sekolah dia telah melakukan pelbagai perkara. Aku hanya meringankan aktiviti seperti memberinya menonton CD Magic English dan menonton CD lagu kegemarannya.

Andai masa dapat dipanjangkan,bermacam yang mahu dilakukan. Aduh..setiap malam sentiasa mengejar masa.Setiap saat sangat bererti buat Nabila..

p/s: mau dowload video Nabila sibuk berborak. Kembang kempis hidungnya.hehe.. Tpi biasalah aku uodate guna phone ni. Tak tau camner nk upload video tuh. next entry la yek..

26 July 2010

Berus....

Sudah lama juga aku mencari berus untuk terapi Nabila. Sebab aku ada melihat semasa di Tasputra ada seorang akak ni sedang memberus tangan dan kaki anak di situ untukmerangsang deria rasa.

Puas aku memikirkan apakah barang yang sesuai untuk merangsang deria rasa Nabila. Sudahnya aku teringat sesuatu. Barang yang agak lama juga tersimpan di laci meja solek. Juga sudah lama tidak digunakan.



Agak lucu sebenarnya. Namun dari aku membazir..aku rasa barang-barang di dalamnya boleh digunakan. Cuma aku menambah berus sikat Nabila. Berus yang agak lembut..dan agak geli bila bersentuhan pada kulit.

Hurm..aku tak pasti betul atau tidak..namun aku cuba. Tak salahkan mencuba. Dan rasanya kena kreatif sikit. Klu asyik membeli saja..memang tak mampu. huhu..

Dan rasanya projek seterusnya.nak buat booster yang kecik sket untuk Nabila. Yang sebelum ni agak besar. Dan yang pasti bukan aku beli..aku buat dengan menggunakan tin susu. Dan dibalut dengan Yoga Mat. hurm..ok ke? Ada yang penah lihat entry lepas-lepas aku buat booster nih. Pada yang tak kesempatan..inilah entrynya.

p/s : semalam bersama dengan superkids. Dan juga sahabat yang sudah lama ingin bersua muka. Lieza..terima kasih atas segala pemberian..dan juga kata-kata semangat untuk kami meneruskan perjuangan anak-anak kami. Buat family superkids..korang mmg best! Tapi kekurangan ahli..tanpa kehadiran Abg long dan Kak Long iaitu Faizal dan Kak Noni.. nanti kita repeat yek.. :)

22 July 2010

Jakuzzi..seronoknya si Tecit Tonet nih..!

Pagi tadi aku ke sesi terapi Nabila di PDK. Sampai saja di pintu..kedengaran muzik di dalam. Rupanya anak-anak sibuk membuat persiapan latihan untuk persembahan pada 4 Ogos nanti.. :) Seronok pula aku tengok.. Wajah anak-anak yang tiada dosa. Bersungguh-sungguh mereka melakukan sesuatu.. Dan nampak di wajah mereka gembira.. :)

Aku terus melangkah ke bilik terapi. Menunggu ibu-ibu yang lain untuk memulakan sesi terapi. Seorang demi seorang masuk. Dan Nabila diurut sambil ada seorang akak dan mulutnya bercerita tentang spa yang ada di PDK..Jakuzzi.

Aku ingatkan pada mulanya 'bath tub' nya besar. Rupanya kecil saja. Tapi untuk orang dewasa juga boleh masuk.Ngam-ngam badan sajalah.. :)

Aku pula memang tak bawak tuala Nabila hari ni. Jadi niat memang nak cuba untuk Nabila. Kata akak tu..bila-bila masa saja boleh mandikan. Dan dia mengajar aku cara untuk memasukkan air dan sebagainya.

Mula merendam Nabila..Nabila agak terkejut jugak. Tapi air panas..rasa memang sedap la kalau terkena di badan. Mula dengan mencecah kaki..dan terus aku mencelupkan sedikit demi sedkit badannya.

Nabila mula rasa seronok. Dia diam dan memandang saja wajahku. Tak pernah Nabila diam sebegitu. Selalu pasti ada tangisan bila setiap kali tubuh kena dengan air. Kali ini tampak Nabila lebih rileks. Tidak melawan. Alhamdulillah.

Aku tukarkan posisi duduknya. Dan kemudian aku lihat mata Nabila hampir terpejam.. Feel la tuh..! hehe.. Aku usap kepala Nabila dengan air..Dengan bauan aromaterapi yang sangat menyenangkan.. Aku sendiri hampir terbuai dengan bau dan rasa hangat-hangat air itu.

Belum sampai waktu..Nabila tertendang pelapik 'bath tub' dan terus tertanggal.. Penutup lubang bath tub juga turut terbuka. Aku terus mengangkat Nabila. Tak sempat menghabiskan terapi itu. Aduh..rugi sungguh. Sudahnya Nabila menangis. Seakan sedap berada di dalam itu. Terus saja aku mengeringkan tubuhnya dan berpakaian. Juga turut menyusu. Haus agaknya.

Aku agak berpuas hati dengan PDK ini. Pernah terlintas di hati dahulu ingin memilih yang terbaik untuk Nabila. Alhamdulillah..Allah sentiasa membantu aku untuk Nabila. Syukur kerana Allah telah menyenangkan jalan ini.

Tak rugi berjasa pada anak ini. Sungguh aku sangat sayang pada Nabila. Segalanya Nabila dan Abg. Tanpa mereka..aku tak akan belajar erti TABAH, USAHA DAN SABAR.. :) Alhamdulillah..

21 July 2010

Apapun yang terjadi, ibu lakukan semuanya untukmu...

Tadi aku menguruskan surat dan lampiran yang berkaitan dengan permohonan aku untuk bercuti separuh gaji. Aku tak pasti sama ada di luluskan atau tidak. Yang pasti..aku telah cuba sesuatu untuk Nabila.

Berat sebenarnya keputusan ini diambil. Walaupun hanya sebulan..tetapi berat tugas yang perlu aku pikul sepanjang cuti itu. Aku tidak akan berpeluk tubuh..malah bakal mengeluarkan tenaga lebih dari sewaktu aku di pejabat.

Kerna itu aku mengambil cuti selepas Raya Puasa. Atas faktor kerja juga..aku mengambil waktu itu. Seperti sedia maklum..hujung tahun nanti..pastinya aku akan sibuk seperti tahun lepas.

Kalau dikirakan..aku sememangnya akan rugi dari segi faktor 'kekananan'. Namun..aku tahu rezeki ada di mana-mana. Dengan apa yang ku lakukan ini mungkin juga 'dibayar' lebih dari apa yang ku jangkakan. Betul tak?

Bagi aku mencuba itu tak ada salahnya. Biarpun sepanjang cuti Nabila tidak mendapat apa-apa input..aku tetap puas hati. Sekurang-kurangnya..aku telah usahakan sesuatu buatnya.. :)

Sebetulnya sepanjang di pejabat tadi..aku dapat rasakan hanya jasad saja yang ada di situ. Roh entah hilang kemana. Fikiran melayang-layang teringatkan Nabila dan cuba merangka-rangka aktiviti untuk cuti nanti. Perlu persediaan teliti kerana cuti yang diambil bukanlah lama. Setiap minit dan saat dimanfaatkan sepenuhnya... :)

Apapun..kalian doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.. Kadang-kadang sukar diramal apa yang berlaku akan datang. KIta hanya merancang..tetapi Allah juga yang menentukan segalanya..

20 July 2010

Bila Nabila belajar sendiri..

Wah..seronok bila lihatkan Nabila berkeadaan ini..


Bila sudah pandai main sendiri..terasa alangkah bahagianya...:)

Nampak seperti dia mahu melihat semuanya di dalam buku itu. Nabila cuba memegang setiap lukisan yang ada. Namun ku tahu pergerakan agak terbatas..Takpe dik..kita cuba lagi yek.. Chaiyok adik...!

19 July 2010

Dia telah membakar semangatku...

Tadi, aku berjumpa dengan salah seorang kakitangan Jabatan ini. Yang juga punya anak istimewa. Aku diperkenalkan oleh seorang pegawai ku semasa kursus induksi lepas.

Pegawai aku menyarankan aku supaya bertemu dengannya..dan bertanyakan pendapatnya mengenai rawatan yang telah dilakukan kepada anaknya sehingga anaknya boleh berjalan.

BERJALAN?

YA ANAKNYA KINI BOLEH BERJALAN....!

Sangat teruja tadi aku mendengar kisahnya. Dan katanya dia pernah membawa anaknya mendapatkan rawatan di Gedangsa dan yang paling utama..dia menumpukan rawatannya di NURY Institute.

Benar..Bagi mereka yang 'all out' dengan anak istimewa..dan mengikuti sepenuhnya rawatan dari NURY..InsyaAllah..usaha yang dilakukan membuahkan hasil.Aku pernah cuba untuk mendapatkan rawatan untuk Nabila di situ..malangnya rezeki masih belum mencukupi..maka terbantut hasrat untuk membawa Nabila ke sana.

Kak Esma..telah membawa anaknya Irfan ke NURY hampir 2 tahun. Dan segala usaha yang di lakukan..Alhamdulillah..membuahkan hasil. Katanya lagi..di situ dia diajar untuk melakukan terapi dan juga mengetahui pemakanan yang sesuai untuk anak. Dia juga mengamalkan mandi air zam-zam dan air Yassin pada anaknya. Dan kurasa banyak lagi perkara yang dia lakukan untuk anaknya.

Irfan sebenarnya bukan Cerebral Palsy seperti Nabila. Irfan jadi begitu kerna masalah kromosom. Dan kesnya yang pertama di daftarkan di Malaysia. Dan pernah menjadi ujikaji pihak hospital di Malaysia.

Namun semangat si ibu untuk anak tidak pernah luntur. Aku harap aku boleh jadi sepertinya. Sungguh aku kagum dengan semangatnya. Namun..duit adalah segala-galanya. Tanpa duit..aku rasa tak boleh menjalani rawatan sepertinya.

Aduhai..

18 July 2010

Sakit..perit..segalanya kami bertiga rasakan semalam... & kegembiraan kami atas Nabila..

Aduh..baca tajuk entry saja sudah menyakitkan..Sungguh! Tak tipu punya.. ni semua gara-gara hal semalam...Maaf klu ada yang tak faham dengan istilah-istilah yang aku tulis ini..Susah untuk 'menyatakannya.."

Kemanakah kami semalam..?

Semalam..seperti biasa..aku dan Abg pastinya membawa Nabila ke Gedangsa. Kali ini rawatan yang lebih istimewa. Kami berpeluang untuk berjumpa dengan ustaz yang dipanggil oleh Kak Raw untuk membantunya memulihkan anak-anak istiemewa di situ..termasuk ibu dan ayah..

Pada mulanya, aku hanya membawa Nabila pada Ustaz itu. Melihatkan sama ada 'sesuatu' di dalam dirinya. Alhamdulillah..kata ustaz..Nabila 'bersih' . Hanya masalah fizikal yang mengganggu dirinya untuk terus pulih. Dan kemudian giliran Abg. Kata ustaz.. 'ada'..Dan Abg dikehendaki mandi untuk 'membuang benda' itu.

Aku juga turut mencuba. Sangkaan aku nampak seperti biasa tatkala Ustaz memegang jari kakiku. Rupanya ianya sakit seperti urat dihiris-hiris. Aduh..tak tertahan rasanya..sehinggakan aku memeluk Abg dan menangis kesakitan. Katanya..aku 'punya agak kuat'. Aduh..berpeluh-peluh saat 'ianya' di 'buang'.

Dan kami berdua dikendaki 'mandi'. Selesai urusan mandi.. kami bersiap-siap untuk pulang. Serius ku katakan..sewaktu mandi, aku menangis. Aku tak faham kenapa..mungkin juga 'sakit' sehinggakan air mataku tumpah.. :(

Apapun..kami berdua merasai keperitan Nabila. Sakitnya tubuh kami semalam..sakit lagi tubuhnya. Aduh..sungguh besar sekali dugaan yang Nabila lalui. Dia juga perit merasai tubuhnya di pulihkan. Bukan mudah untuk kami bertiga melaluinya.

Aku ingin kongsikan sesuatu untuk kalian pada entry ini. Sejak minggu lepas.. perut Nabila agak kurang sihat. Asyik membuang walaupun makan hanya sedikit. Aku jadi hilang punca ketika itu. Serius..aku takut apa-apa jadi pada Nabila. Hanya berdoa agar keadaan pulih seperti sediakala..

Kenapa tak bawak ke klinik..?

Aku terfikir Nabila pernah melalui perkara ini satu ketika dulu. Sudahnya selepas kejadian itu..Nabila tampak seperti sudah pandai sesuatu. Kata orang-orang tua..sakit sebab nak pandai. Aku cuba menganalisa keadaannya masa dulu dan sekarang. Ya..perkara yang sama berlaku padanya.

Apa yang terjadi pada Nabila?

Nabila sudah mula riuh mulutnya untuk bercakap. Walaupun kata-katanya seperti bayi berusia 4-5 bulan..Namun..mulutnya tak henti-henti berbunyi..seperti yang aku katakan dalam entry sebelum ni..sewaktu Nabila di dalam kereta.. Dan perkara itu kami alaminya lagi semalam. Aku berbual dengan Abg di dalam kereta..dan kemudian Nabila menyampuk. Bersungguh-sungguh dia mengeluarkan bunyi. Aku hampir saja menitiskan air mata melihatkan keadaannya ketika itu. Ya Allah..Jika inilah yang kau beri..aku terima dengan rasa syukur. Alhamdulillah. Nabila sudah mula menunjukkan perkara positif. Biar sedikit..namun..atas apa usaha yang telah dilakukan..hampir membuahkan hasil. Dan pasti akan ku gilap lagi nanti.. :)

Kata Abg..setiap apa sakitanya pasti ada balasan. Sakit dahulu..dan pandai kemudian. Inilah Nabila yang sebenarnya. Banyak kali juga Nabila sudah berkeadaan demikian. Dan aku tahu..Nabila harus 'membayar' dahulu untuk mendapatkan kepandaiannya..

Mungkin ada yang memikirkan segala kataku ini adalah mengarut. Namun aku tahu..dia anakku. Apa jua yang mereka di luar sana katakan..aku tak peduli. Aku tahu kerna Nabila adalah anakku...

Kasih kami pada Nabila hingga ke syurga....

16 July 2010

Kembali ke sekolah..

Sudah hampir seminggu Nabila tidak ke Tasputra. Dan semalam, akhirnya aku membuat keputusan untuk menghantarnya kembali di situ.

Tujuan hanya satu..mahu menghantar permohonan rayuan aku kepada pihak pengurusan Tasputra. Dan juga tidak mahu menyusahkan mak. Kesian pada mak yang susah payah jaga Nabila. Lama-lama nanti..pasti Nabila akan ke sekolah juga. Adalah lebih baik aku biasakan Nabila dari awal.

Pagi tadi, semasa aku menyiapkan Nabila..sekali lagi aku berpesan padanya. Sama seperti semalam sebelum ke PDK. "Nabila baik-baik kat sekolah . Hari ni Nabila pergi Tasputra.Tak mau nangis-nangis. Nabila kena pandai bawak diri. Kalau tak nanti orang tak suka kat Nabila. Nabila rajin-rajin wat exercise yek. Nanti Nabila cepat baik.."

Dan sewaktu di dalam kereta tadi..terdengar Nabila cuba berbicara dengan aku..

" uuuuwuuu..aaaaa...buuuuuu...aaahhhh..awuuuuuu.."

Hehe..kembang kempis hidung si Nabila ketika itu. Nak tergelak pun ada tengok dia dalam kereta. hehe...

Sampai saja di Tasputra, senyap je Nabila. Mata meliar melihat sana sini. Aikkk..lupa ke anak ibu nih? Dan kemudian..Nabila tersenyum. Hurm..mood tengah baik. :)

Beberapa orang kakitangan Tasputra menyapa aku. Hampir seminggu aku tak menghantar Nabila. Aku menceritakan masalah aku pada mereka. Mereka mengangguk faham dan lantas aku memberikan surat aku kepada salah seorang dari mereka.

Harapan cuma satu. Mahu Nabila dapat yang terbaik di situ. Mahu Nabila meneruskan perjuangannya di situ. Agak sukar, namun terus..dan terus melangkah. Pergi Nabila..teruskan perjuanganmu di sini. Ibu akan sentiasa menyokongmu..!

p/s: Semalam bertanya pada pihak pengurusan. Untuk cuti separuh gaji. Aku sudah maklumkan perkara ini kepada Ketua Seksyen aku dan juga semua rakan-rakan di pejabat. Nampaknya semuanya green light. Dan rasa macam sudah berkira-kira untuk mengambil cuti selepas Raya Puasa nanti. Selama sebulan. Harapnya semua berjalan lancar..Amin..:)

15 July 2010

Berada di PDK Kamii untuk pertama kalinya..

Alhamdulillah..pagi tadi aku menghantar Nabila ke PDK Kamii. Jam 7 lagi kami sudah keluar rumah. Nasib baik juga jalan tak sesak. Jadi aku layankan saja perjalanan ke Gombak.

Emosi Nabila sejak kelmarin sangat tidak stabil. Pagi-pagi sudah menangis untuk ke rumah neneknya. Dan tadi..Nabila menangis lagi. Sewaktu aku sedang menyiapkan Nabila, aku berpesan padanya.

" Nabila, hari ni Nabila gi sekolah yek..Tapi sekolah ni ibu temankan Nabila tau. Ibu temankan Nabila wat exercise. Kita gi sekolah baru. Seronok tau. Esok baru kita gi sekolah Tasputra yek sayang"

Aku lihat Nabila diam ketika aku katakan perkara itu padanya. Siap-siap saja Nabila, aku terus turun ke bawah dan masukkan dia ke dalam kereta.

Sampai di PDK hampir pukul 8.30. Masuk saja, aku lihat baru seorang kanak-kanak bersama ibunya di dalam bilik terapi. Hazim namanya. Dan juga Puan Fadillah Penyelia PDK bersama Hazim. Kami berbual dan belajar untuk melakukan terapi bersama-sama. Seronok. Cuma mood Nabila yang nak tidur mengganggu sesi terapi.

Dan sudahnya , aku tidurkan Nabila dulu. Biar dia rehat dulu. Dan tak lama selepas itu..sesi bersambung. Hari ini aku belajar satu perkara baru. Merangsang bahagian 'joint' Nabila. Selama ini di hospital..mereka tak ajar aku perkara yang satu ini. Satu kerugian aku dalam bab ini. Tapi Alhamdulillah. At least aku belajar juga di sini. Akan aku praktikkan sebaik-baiknya untuk Nabila.

Selesai terapi hampir jam 10.30. Itu pun Nabila dah mula buat hal balik. Hurm..agaknya macam tulah dia kat Tasputra. Menangis tak henti-henti. Sabau jelah! Kami pun bergerak menuju ke rumah nenek Nabila. Dan esok Nabila akan aku hantar semula ke Tasputra.

Cuak jugak..tapi aku taknak susahkan mak. Kesian kat mak. Sebab dia terpaksa mengubah jadual untuk dylisis semata-mata demi cucunya. Payah juga kalau aku serahkan 100% pada mak. Biarlah Nabila di sekolah. Ada juga yang tengok-tengokkan dia. Kat rumah mak pun dah takde sapa. Tinggal adik aku yang no. 4. Itupun dia dah nak SPM. Takkan nak ganggu dia. Adik aku yang ke 3 sudah ke Perlis. Belajar di sana. Yang si bongsu pula dah masuk sekolah sukan. Takde siapa dah yang nak tengokkan Nabila. Aduii..sian Nabila..

Doakan segalanya berjalan lancar esok. Harapnya mereka semua faham dengan situasi aku sekarang ini. Dan moga permohonan aku diluluskan. Amin..

14 July 2010

Akhirnya mendaftar di PDK juga...

Atas nasihat kawan-kawan tempohari..akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghantar Nabila ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Dan tempat yang aku pilih hanya berdekatan dengan rumah mak.Iaitu PDK di Gombak Setia. Dan aku telahpun selamat mendaftar Nabila disitu tadi. Hanya pergi berseorangan dengan perasaan berdebar. Nasib baik pekerja di situ peramah. Alhamdulillah..sekali lagi jalan yang ku lalui dipermudahkan..:)

Aku tahu..agak terlambat juga aku bertindak. Namun..lagi terlambat jika aku langsung tak lakukan apa-apa. Aku akan ke PDK sekerap yang mungkin. Atau sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Tentang Tasputra? Aku akan cuba ke Tasputra Jumaat ini. Akan aku serahkan surat permohonan pengurangan bayaran kepada Puan Grace. Harap ada sedikit harapan melalui surat ini. Aku sayang meninggalkan Tasputra. Sungguh sayang rasanya hasil usaha aku 3 bulan lepas untuk memasukkan Nabila mati di tengah jalan. Aku harap pihak di sana faham dengan situasi aku sekarang ini.

Tiada apa yang aku mampu luahkan selain dari mengucapkan syukur kepada Allah. Ada jalan untukku dalam membesarkan Nabila. Kepada semua pembaca setia blog Nabila, terima kasih diucapkan atas kata-kata semangat kalian. Tak terbalas segala jasa yang kalian berikan dalam membantu kami untuk membesarkan Nabila. Walaupun kecil..sangat berharga buat kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. TERIMA KASIH.. :)

13 July 2010

Bilik bertukar wajah..

Aku masih berkira-kira untuk melakukan sesuatu untuk Nabila. Sudah lama mengidamkannya..namun..masalah yang bertimpa-timpa..buat projek terbengkalai.

Sebenarnya rumah yang kami beli tidaklah sebesar mana ruangnya. Agak kecil jika dibandingkan rumah-rumah disekitar sini. Namun..aku cukup berpuas hati kerana kami tidak lagi menyewa di rumah orang. Janji ada tempat untuk berteduh sudah.. :)

Rumah ini dibuat hanya mempunyai 3 bilik. Bilik utama dan bilik tetemu..lebih kurang saja besarnya. namun bilik ketiga kujadikan bilik solat dan letak barang-barang. Nampak agak padat di tingkat atas sebenarnya.

Apa yang menyebabkan barang yang penuh adalah kebanyakannya barang-barang Nabila. Dari mainan sehinggalah barang-barang terapi..semuanya ada di situ. Sehinggakan pening juga aku hendak menyusunnya sewaktu kami mula-mula pindah dahulu.

Niat ini sudah lama kupendamkan. Sejak kami mula berpindah di rumah ini setahun yang lepas. Aku mahu menyiapkan satu bilik sebagai bilik terapi Nabila.

Kenapa mesti sediakan satu bilik sedangkan bilik yang sedia ada tak cukup?


Bila mengenangkan barang yang semakin banyak..aku perlu lakukan sesuatu. Dalam kepala ini tak habis-habis memikirkan tentang cara menghias bilik itu. Dan akan ku korbankan set bilik tidur lama kami. Set bilik tidur yang lama mungkin akan diletakkan sementara di rumah mak. Aku tak pasti lagi. Masih belum mencadangkan perkara ini kepada Abg. Bak kata masa mula-mula entry tadi..aku masih berfikir untuk melakukannya.

Apa barang yang aku rasa nak masukkan ke dalam bilik itu?

Ni kira sebahagiannya saja..Mainan-mainan dan lampu terapi yang ada..belum dimasukkan lagi. Dan cadang nak TV kecik untuk Nabila lihat CD dia. dan juga bola terapi..Ada lagi beberapa barang yang bakal dicadangkan pada ayah untuk dibuat sendiri.. :)

Hurm..kalau dapat direalisasikan alangkah indahnya hidup..Senang bila semua barang dikumpul setempat..Mudah untuk melakukan terapi Nabila. Tapi klu cakap sahaja tak buat tak guna jugak kan..Insyaallah..akan ku cuba juga.. Abg.. macamana? Ada berani tak?

11 July 2010

Bergembira selagi ada...

Benar kata orang..Hargai setiap masa bersama orang tersayang. Hargailah selagi nyawa dikandung badan....

Aku dan Abg sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat Nabila. Walaupun hidup serba kekurangan..tapi kami gembira. Nabila hanyalah satu-satu cahayamata yang kami ada..dan kami sanggup buat apa saja deminya. HATTA NYAWA DITUKAR GANTI..

Benar..andai nyawaku ini boleh menyembuhkannya..aku sanggup. Andai nyawa ini boleh memberikan kebahagian ini..aku redha. Semua demi Nabila.

Dikala ku sedih..aku tahu..ramai juga yang sedih dengan kehidupan masing-masing. Hidup tidak selalunya indah. Bak kata rakan sepejabatku..Hidup ini kadangkala di atas..kadangkala di bawah..

Ku mengharapkan segala usaha ini akan membuahkan hasil. Aku tahu kami sedang diuji..dan Ujian ini jugalah yang menentukan aku berjaya atau tidak dalam menjaga Nabila. Walaupun lambat..akan aku usahakan juga. Tidak mahu berpeluk tubuh dan hanya meratapi nasib ini.

Jumaat lepas..Nabila, Alisya dan Aiman..ke Pusat Rawatan Syifa' Al Hidayah. Untuk pertama kalinya setelah temujanji yang kami buat hampir 3 bulan yang lalu. Namun..sewaktu tiba di situ..hatiku tersentuh. Teringatkan arwah Alanna. Saat kami bersama-sama mengambil nombor giliran kami. Untuk pertama kalinya arwah menaiki kereta aku. Kebetulan Abg kerja ketika itu..jadi Syarul mengambil alih tugas membawa kami semua ke situ. Masih ku ingat arwah ketika itu. Kesian kerana kepanasan menunggu aku di dalam kereta. Sempat juga arwah naik ke rumah mak aku. Aduh..rindunya pada arwah Alanna...

Sampai saja di rumah Hj. Lokman, kami duduk di ruang menunggu. Menantikan nombor dipanggil. Mujur juga nombor kami tidak jauh. Tak lama menunggu. Selepas giliran Aiman dan Alisya, giliran Nabila tiba. Hati aku berdebar-debar ketika itu. Nun jauh di sudut hati mendoakan perkara-perkara baik sahaja pada Nabila. Setelah di periksa..alhamdulillah..tiada yang pelik pada Nabila..dan Ustaz memberikan potongan ayat untuk dibaca dan diamalkan selepas solat Maghrib atau Isyak dan juga solat Subuh.

Selesai urusan kami dengan Syifa Al-Hidayah, kami terus pulang ke rumah mak. Kebetulan Nabila 'membuang' ketika itu. Tak sempat untuk bersama-sama dengan ahli superkids yang lain untuk makan bersama. Lagipun Abg kelihatan penat. Baru pulang dari kerja. Jadi kami terus berangkat pulang ke Gombak.

Dan semalam, operasi aku membuka kolam Nabila. Biarpun ada yang kata membazir padaku..aku rasa demi Nabila..aku biarkan saja apa orang nak kata. Yang penting itu salah usaha aku untuk Nabila. Terapi air memang sangat bagus untuk anak-anak seperti Nabila. Untuk menguatkan otot mereka. Lagipun bagus untuk Nabila sebab dia takut dengan air. Mudah-mudahan jika slalu didedahkan dengan air nanti dia tak takut dengan air lagi. Apapun kata mereka..aku akan cuba juga. Kalau dah tak nak guna sangat..buka saja Mudah.Com , Jual..Abis cerita..hehe..


p/s: Perancangan untuk cuti separuh gaji masih dalam pertimbangan. Aku masih belum kesempatan untuk menghalusi sehabis baik perkara itu. Kalau ada kesempatan akan ku lakukan.Doakan segalanya yang baik untuk kami sekeluarga yek..:)

08 July 2010

Keputusan telah diambil..

Keputusan yang saya ambil ini bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya.Saban waktu semalam..saya menangis mengenangkan nasib Nabila yang tak sudah-sudah di uji. Saya sendiri buntu.

Saya telah mengambil keputusan untuk memberhentikan Nabila dari sekolahnya buat sementara waktu. Mungkin juga ini jalan yang terbaik buat kami untuk menyelesaikan kekusutan masalah kewangan yang kami hadapi. Saya juga tahu, keadaan Nabila di sana. 3 bulan di sana..Nabila masih belum menunjukkan tanda-tanda positif. Kesukaran untuk saya berurusan dgn pihak pengurusannya juga agak membebankan. Nabila juga kurang memberi kerjasama sepanjang berada di situ.Adakah kerana Nabila masih kecil? Saya kurang pasti.

Sejak bersekolah, masa untuk kami berdua melakukan terapi di waktu malam juga sudah tiada. Nabila keletihan sejurus pulang dari sekolah. Saya tidak pasti Nabila dapat latihan sepenuhnya di sana atau tidak. Atau hanya senaman yang biasa-biasa di sana.

Mahu saja saya berhenti kerja, tapi mak dan ayah pula melarang. Andai apa-apa yang menimpa pada Abg, dengan siapa lagi hendak saya meminta bantuan.Aduh..sangat panjang dan berliku dalam hidup ini dalam membesarkan Nabila.Doa saya tak putus sentiasa mohon pada Allah supaya diberi kekuatan demi Nabila.

Tidak tinggal sesaat pun hati ini untuk tidak berfikir tentang Nabila. Sepanjang masa saya memikirkan tentangnya.Menangis saya di hadapan mak semalam. Sedih kami berdua bila mengenangkan nasib Nabila andai tidak bersekolah lagi. Sampai saya berfikir..mengapa perkara yang sama tidak berlaku pada orang kaya? Mereka punya duit dan tiada masalah seperti ini.

Buat Nabila,ibu minta maaf sayang. Ibu akan cuba usahakan yang lain untukmu. Saya berharap akan jumpa jalan penyelesaian untuk Nabila nanti.

06 July 2010

'Keributan' dalam hati..

Apa ribut-ribut..? huhu...

Maaf sudah lama tidak menulis sesuatu di sini. Sudah lebih seminggu aku menjalani kursus. Ditambah pula kesihatan yang tidak mengizinkan aku untuk terus mencoret tentang Nabila kebelakangan ini. Hanya sempat membuka blog rakan-rakan. Itupun tidak meninggalkan jejak..Maaf yek..

2 minggu ini aku ada menyatakan pada entry lepas tentang perkara yang serius aku bincang bersama Abg. Aku cuba merisik pada kawan-kawan. Bertanya pandangan mereka. Apa dia tuh?";})();ButtonMouseDown(this);'>Agak berat sebenarnya..namun jika ada peluang akan cuba aku usahakan.

Aku ingin sekali mengambil cuti tanpa gaji. Keputusan yang aku ambil ini telah diambil kira secara halusnya. Aku tahu ' tiada lagi enjoy' selepas ini. Perbelanjaan perlu di catu. Serba -serbi masa akan ditumpukan pada Nabila agar cuti yang diambil itu berbaloi. Namun segalanya bukan mudah...

Aku sendiri masih lagi belum 'confirm' dari jawatan sekarang ni. Tak pasti bila akan di ' confirm' kan. Membuatkan hati serba salah. Takut menunggu terlalu lama. Masa memang tak menunggu kita. Lebih-lebih lagi untuk anak seperti Nabila. Perlu cepat !!!!

Tapi bila memikirkan kerja..aku risau juga. Sebab kerja aku memang tak boleh ditinggalkan untuk jangka masa yang panjang. Sebab mulai tahun depan , hanya aku saja yang menjaga sistem aplikasi itu. Tiada lagi pembantu atau kakitangan kontrak selepas ini. Bagaimana nak aku tinggalkan semuanya nanti?

Bila memikirkan segala permasalahan, terasa terbantut untuk aku meneruskan hajat. Namun aku takut aku akan menyesal jika tidak melaksanakannya. Sebab semuanya untuk Nabila. Aku akan menyesal tak sudah jika tidak mengusahakan sesuatu untuk Nabila. Entahlah..

Mengharapkan keajaiban akan berlaku. Mahu segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil. Aduh..aku perlukan masa itu..Berikan masa itu untuk aku Ya Allah..

Terlalu banyak perkara yang ingin ku rangka untuk Nabila. Namun terdayakah aku melakukannya seorang diri. Abg? Tak perlu mengganggu dia. Dia juga punya tugas lain yang penting demi kami. MENCARI WANG UNTUK KAMI TERUS HIDUP! Aduh..segalanya duit...!

Insyaallah..klu ada rezeki ibu duduk rumah sekejap..ibu cuba yek Nabila..Ibu memang nak sangat jaga kamu dengan tangan ibu sendiri. Hasil daripada cuti itu ibu harap ada yang positif dari kamu. Ibu mendoakan segala apa yang ibu rancang untuk Nabila akan dipermudahkan.. Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...