28 October 2010

Bagaimana hari-hari yang dilalui sejak lahirnya anak ini?

Sebenarnya, ramai yang bertanyakan soalan ini..

"Nabila macamana? Ok ke dia? Dia buat terapi kat mana? Bagaimana hari-hari yang dilalui bersama dengan Nabila? Susah tak nak jaga dia? Tak penat ke bawa Nabila kesana-kemari?"

Dan bila bercerita, akhirnya jawapan ini akan keluar...

"Kalau berada di tempat kau..pastinya aku tak sekuat kau..."

Aku bukanlah hebat..Aku bukanlah kuat..Aku hanya ikut flow yang telah ditakdirkan untukku..

Andai Nabila lahir, pastinya aku sama seperti insan-insan yang lain yang punya anak normal. Tak tahu bagaimana caranya untuk membesarkan anak istimewa.

Tapi..Nabila tetap Nabila. Andai menangis air mata darah sekalipun, bukan boleh mengembalikan Nabila kepada keadaan asal. Dan aku harus menerima hakikat, andai Nabila boleh berkelakuan seperti anak normal, ianya tetap jadi anak istimewa. Pastinya kesan kerosakan otak tetap meninggalkan kesan kepada dirinya.

Ini bukanlah entry nak melemahkan semangat. Entry ini adalah untuk peringatan kepadaku untuk berpijak pada bumi yang nyata. Bukan menyesali apa yang telah terjadi. Aku telah redha dengan apa yang ditentukan oleh-Nya.

Sebenarnya, kehendak Nabila sama seperti anak normal yang lain. Mahu makan, minum susu, bermain, menyatakan rasa tidak selesa dan sebagainya. Namun kaedah yang dilakukan berbeza dengan anak normal.

Sebagai contoh, untuk minum dan makan, Nabila akan memberi isyarat mulut yang mengumat-ngamit untuk makan dan minum. Dan aku pastinya sudah tahu berapa jam sepatutnya Nabila diberi makan dan minum.

Begitu juga dengan waktu bermain. Dia akan merengek, dan bila aku datang dekat, dia akan tersenyum bila aku memanggil namanya. Masalah mata yang dialami menjadikan deria yang lain seperti sentuhan dan pendengaran sangat-sangat bekerja keras bagi menggantikan fungsi mata. Betapa ku dapat membayangkan bagaimana keadaan Nabila untuk mengecam setiap apa yang berbunyi di hadapannya.

Dan pabila tidak selesa, Nabila akan menangis. Namun part ini sememangnya aku tak dapat sedari dulu lagi. Dan sudah 3 hari tangisan Nabila berkumandang bagai radio yang rosak di telinga ini. Sakit, pedih hati ini pabila tidak tahu apa yang dimahukan oleh anak ini.

Dan, setiap hari, hari yang dilalui sama seperti anak yang lain. Cuma, Nabila sedari awal sudah diberi latihan senaman fizikal. Tidak pada budak normal yang sudah tentu tahu untuk 'bersenam' sendiri.

Segala kelengkapan Nabila juga sama seperti anak normal. Katil bayi, rocker, jumperoo, walker, mainan..semuanya ada. Sama seperti anak normal. Mengapa aku perlu bazirkan duit untuk semua peralatan itu sedangkan Nabila bukanlah pandai untuk bermain pun?

Salah ye..!! Aku sedikit pun tak mahu Nabila rasa ketinggalan untuk mainan yang sama seperti anak normal.Dan aku tak mahu berasa ralat tidak membelikan untuk Nabila sedangkan aku tidak punya anak sama seperti orang lain. Padaku Nabila pandai main atau tidak, itu menjadi soal ke 2. Yang pasti hatiku puas bila Nabila dapat bermain sama seperti anak normal.

Rutin kami berdua sebagai ibu dan ayah hampir sama dengan orang lain yang punya anak normal. Orang lain sibuk mencari tempat untuk anak bersekolah atau tadika..aku juga sibuk mencari sekolah istimewa untuk Nabila. Orang lain sibuk mencarikan buku untuk anak belajar.. aku juga sibuk mencari cloth book untuk Nabila mengenal warna dan objek. Orang lain sibuk memberikan pelbagai tekstur makanan kepada anak..aku juga sibuk memberikan pelbagai makanan untuk menguatkan otot mulut Nabila.

Namun, aku dan Abg bukanlah ibubapa yang baik buat Nabila. mMasih banyak kekurangan dalam diri kami. Kadangkala rasa seperti seorang ibu yang jahil dengan kehendak anak sendiri. Tindak tanduk Nabila sukar diramal. Benar..itulah kata-kata therapist Nabila di Tasputra.

Tak kisahlah berapa ramai yang mahu bertanya tentang Nabila. Kerna aku tahu mungkin ada yang tidak pernah tahu tentang Cerebral Palsy. At least, aku dah bantu sedikit sebanyak dalam bab ilmu ini. Dan ianya sebagai panduan pada mereka agar berhati-hati dan juga peka dengan perkembangan anak....

27 October 2010

Adoiiyaii..Nabila nanes-nanes lagi..!!

Sedari semalam mood anak daraku tak berapa nak baik..puting beliung..Yang selalu ku katakan pada Nabila.." Nabila peod yek..asik nanes jerk.."

Huhu.... :(

Hari ini Nabila ada appointment dengan Pediatrik di HSB. Dan pagi-pagi tadi sudah menangis sakan. Gara-gara aku mengejutnya bangun pagi untuk mandi. Alahai anakku..bukan tak biasa mandi pagi. Malah mandi lebih awal dari hari ni. Selalu ok jerk..tapi entahlah..tak pasti apa yang dimarahkannya sangat..

Jam 9, sudah terpacul depan HSB. Parking punyalah penuh. Hurm..dah agak..sure penuh..!!

Melangkah masuk ke Klinik Pakar, mak aiiii..ramainya orang. Masing-masing dengan urusan sendiri. Dan aku, sibuk memujuk Nabila. Tangisnya tak henti-henti sehingga orang keliling memandangku. Aduhai...lambat pulak ayah Nabila yang sedang sibuk mencari parking. Sudahnya aku keluar dari Klinik Pakar dan berdiri di hadapan pintu utama. Hurm..pujuk punya pujuk..masih lagi tak jalan..Puas kubelek badannya. Rasanya takde tanda-tanda kelainan pada tubuhnya.

Tak lama, giliran dipanggil dan selesai pendaftaran, terus masuk ke Klinik Pediatrik. Pun ramai juga orang. Mata-mata memandang Nabila, namun aku tak peduli. Kepala ini sibuk memikirkan bagaimanakah cara untuk memujuk Nabila dari terus menangis.

Tak lama kemudian, nama Nabila dipanggil untuk diambil ukuran berat badan, tinggi dan ukur lilit kepala. Berat..aku malas nak komen..sebab tau berat Nabila tak naik..atau masih di takuk angka 8. Tinggi..pun tak ambil peduli lagi sebab tau Nabila masih ketinggalan dari ikut umur sebenar. Dan paling aku ambil berat adalah ukur lilit kepalanya. Alhamdulillah..ukuran naik 2 cm berbanding 4 bulan lepas. Dahulu hanya 38cm..dan kini sudah naik ke 40 cm.. Siap aku suruh nurse pelatih tu ambik ukuran 2 kali untuk confirm..Dan aku keluar dengan senyuman di bibir.

Mungkin ada yang pelik melihat aku gembira dengan kenaikan ukuran lilit kepala Nabila yang hanya 2 cm. Untuk anak Microcephaly..ianya sangat-sangat penting. Sedikit pun sudah melegakan hati sang ibu.

Agak lama menanti giliran Nabila kali ini. Nabila pula angin peting beliung..semua orang dah dok pandang-pandang aku dan Nabila. Naik segan pun ada. Dan tangisannya berlanjutan sehingga giliran di panggil.

Doktor turut panik melihatkan keadaan Nabila. Sehinggakan dia terpaksa memanggil doktor yang lebih senior untuk melihat sendiri keadaan Nabila (tak ingat lak nama kedua-dua doktor ni..). Dan kami merumuskan bahawa kemungkinan Nabila sakit perut. Sama seperti insiden 2 bulan lepas sehingga menyebabkan Nabila di tahan di wad HKL.

Dan lantas, doktor menyuruh kami berlari ke Unit Pengimejan untuk x-ray. Kata doktor..tinggal 15 minit lagi untuk mereka tutup. Apa lagi..kelam kabut juga aku dan Abg ke sana. Mujur belum tutup lagi..

Selesai urusan x-ray..terus kami ke pediatrik untuk mengambil tarikh temujanji baru. Dan temujanji telah disetkan kepada minggu hadapan untuk melihat perkembangan Nabila. Dan kami dibekalkan dengan ubat-ubat ini...

banyak giler ubat..macam nak membunuh lak makan ubat-ubat ni..

Dos yang diberikan agak meragui..kami dibekalkan ubat Mixture Magnesium Trisilicate (kata abg tu ubat gastrik..), Anema (sampai 2 kotak..banyak giler..) , Lactul , dan Paracetamol. Yang menghairankan Abg dan Pharmacist, ubat gasrtik tu disuruh makan sebanyak 15 ml. Biar betul..Siap call balik confirm..dan kata doktor..betul. Dia arahkan memberikan sebanyak 15 ml. Dan aku takdelah sampai lurus bendul nak ikut cakap doktor tu. Takut pulak aku nak bagi banyak-banyak sebab tu ikut dos orang dewasa. Hanya beri 5ml petang tadi setelah melihatkan Nabila masih tak tentu arah.

Pulang saja rumah, aku urut perut Nabila dengan minyak yang diberi oleh Kak Yusnita (yang urut Nabila masa cuti dulu..). Nampak ok sedikit. Dan ku berikan paracetamol untuk mengurangkan kesakitan. Dan tadi, Aku nampak kembali senyuman Nabila yang aku rindui. Serius..2 hari Nabila tak senyum. Menangis je. Naik pening dibuatnya. Serba tak kena aku dibuatnya.

Harapnya Nabila akan ok besok..Dan cakap dengan Nabila, dia kena sihat jugak menjelang Jumaat ini sebab nak gi jenjalan ke Melaka hujung minggu ini bersama superkids. Hurm..Moga Nabila kembali pulih seperti sediakala... Amin..

26 October 2010

Dilema...

Aduhai anakku...
Mengeluh bukanlah penyelesaian..Namun kadangkala lelah bila memikirkan perihal si kecil ini. Mahu lakukan yang terbaik buatnya namun kadangkala ada sahaja halangan..
Tadi, seperti biasa, aku menghantar Nabila ke sekolah. Dan kulihat keadaan Nabila baik-baik sahaja. Begitu juga semalam. Tiada masalah ketika berada di sekolah, tetapi hari ini....
Hurm..entahlah..aku mendapat panggilan telefon dari salah seorang kakitangan sekolahnya. Katanya Nabila menangis tak henti-henti. Susu sudah diminum..makan sudah diberi, entah kenapa tiba-tiba menangis. Kata mereka Nabila 'membuang' sedikit saja tadi. Barangkali sakit perut.
Bergegas dari dari pejabat ke Ampang melihatkan keadaan Nabila. Sewaktu sampai, Nabila sedang berbuai di bilik gym. Dan seorang kakitangan sedang menemaninya. Matanya merah seperti baru lepas menangis. Kata kakitangan itu, Nabila sudah berhenti menangis. Aduhai anakku...Ibu ingatkan kamu sakit...
Mungkin juga tak selesa dengan perutnya. Lantas, aku membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah mak. Dan sebelum itu, aku menyuruh therapist melakukan sedikit terapi untuknya. Supaya tidak rugi datang tanpa sebarang terapi dari sekolah.
Menangis usah cerita. Tak henti-henti. Aku sempat berbual dengan kakitangan di situ. Kata mereka, Nabila sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Head control sudah pandai sedikit jika dibandingkan ketika mula-mula masuk dulu. Ya, aku akui.. Nabila sudah pandai sedikit tentang itu. Cuma kadangkala tampak masih belum kuat sepenuhnya.
Mereka semahunya meminta aku menghantar Nabila setiap hari di sana. Ya, aku tahu tentang itu. Namun, apakan daya. Bukannya di sekolah saja Nabila terpaksa hadiri. PDK juga dia harus hadir. Begitu juga dengan temujanji di hospital. Hampir setiap minggu pasti ada sesi terapi di hospital. Dan pabila adanya temujanji dan kelas di PDK, aku terpaksa pontengkan Nabila dari sekolah. Aku tahu, tak guna memaksa..kerna latihan-latihan di tempat lain juga akan memenatkannya.
Sememangnya aku mahu Nabila ke sekolah setiap hari.Seminggu hanya 4 hari saja Nabila akan bersekolah. Hari khamis merupakan hari Nabila ke PDK. Mengharapkan hari-hari lain untuknya ke sekolah. Aduh..sangat-sangat pening..!!
Dan mereka menggesa aku melakukan terapi di rumah. Ya, aku lakukannya andai Nabila tidak tidur lagi ketika sampai di rumah. Andai di dalam kereta sudah tidur sehingga ke pagi, takkan pula aku mengejutkannya untuk melakukan aktiviti di waktu malam. Kadangkala aku kasihan melihatnya. Contohnya semalam. Sebaik saja naik kereta untuk pulang, Nabila sudah tertidur di car seatnya. Sehingga sudah Nabila tak bangun-bangun..sehinggalah pagi tadi, aku mengejutkannya untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah. Mungkin keletihan sepanjang hari di sekolah membuatkannya dia nyenyak tidur sepanjang malam tadi.
Entahlah..berat benar rasanya untuk anak sekecil ini melaluinya. Aku sememangnya mahu dia hadir dalam setiap sesi terapi yang telah di tetapkan. Kerna pabila pulang ke rumah, Nabila jarang punya kesempatan untuk bermain dan melakukan aktiviti yang sama seperti di sekolah. Sayangnya kurasakan pabila setiap sesi tidak dapat dihadiri atau tidak dilaksanakan sepenuhnya.. :(

25 October 2010

Kehendak si Ayah....

Tadi aku pulang lewat. Sengaja aku rehatkan badan sebelum pulang ke Rawang. Jam menunjukkan angka 9 malam. Terasa malas untuk bangun, dan tiba-tiba ayah aku berkata..

"Balik ke? Tak payah balik la..dah malam dah ni..kesian kat Nabila.."

" Mana ada baju keje sok.."

" Napa tak tinggalkan sehelai kat umah ni..tak yah susah nak balik malam-malam ke sana.."

" Malas la ayah..Ayong dah siap gosok baju untuk seminggu.."

" Yelah..tinggalkan jela sepasang. Manalah tau nak tido sini ke.."

Huhu.... Tak boleh nak cakap apa bila ayah dah kata gitu. Dan last sekali aku kata..

" Bukan la yah..takpelah..dulu dah setahun lebih ayong dok sini..dah tak larat dah nak dok sini lagi. Sian kat Kanging (adik perempuan aku) . Dia nak tido gak kat bilik tu..."

Bukan mahu melawan. Tapi itulah hakikatnya. Sudah setahun lebih aku duduk bersama mak dan ayah. Rasanya tak sanggup nak susahkan mereka lagi. Adikku pun mahu tidur di bilik kami. Bilik yang pernah kami kongsi bersama suatu ketika dulu. Namun keadaan rumah yang sempit membuatkan aku berfikir untuk terus pindah ke Rawang. Kasihan melihat adik..Biarlah aku berulang alik..Ku tahu ia jauh. Biarlah penat badan ini..asalkan dapat berada di rumah sendiri.

Bukan tak selesa. Aku sangat sukakan rumah mak. Namun..pabila sudah berkahwin, aku terasa lain. Mungkin kerna sudah menjadi isteri..dan seeloknya aku berada di sisi Abg. Bukan di sisi mak dan ayah lagi.

Sebenarnya sudah berkali-kali mak mengajak aku untuk kembali ke rumah mak, dan pulang ke Rawang bila hujung minggu. Namun kasihan pula melihat Abg. Dulu sewaktu kami duduk berasingan, Abg sepertinya tak terurus. Rumah juga tidak dikemas. Sepertinya tiada mood untuk pulang ke rumah. Yelah, orang lain pulang ke rumah ada anak bini yang menyambut di rumah. Ini tidak..hanya keseorangan. Pernah juga Abg bercerita yang dia seperti orang bisu ketika di rumah. Yelah..takkan nak bercakap sorang-sorang. Nanti kata gila pulak...!!

Aku tak pasti ayah terasa dengan apa yang aku katakan tadi, namun aku tiada pilihan. Adakah ayah sedih dan rasa masih tak dapat menerima hakikat bahawa anak daranya sudah berkahwin atau kerana dia tak sanggup melihat cucunya berulang alik setiap hari dari Rawang ke KL?

Aku tahu, sayangnya ayah pada Nabila. Juga sayangnya dia padaku. Dia semahu-mahunya anak-anaknya bahagia, tidak susah seperti keadaannya mula-mula kahwin bersama mak dahulu. Aku masih teringat, Ayah memberikan deposit kereta kancil sewaktu aku mula-mula mendapat pekerjaan. Dia tak mahu aku susah payah ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam. Mahu aku senang ke mana-mana dengan kenderaan yang dibelinya.

Kerna itu aku selesa untuk mengadu masalah dengan ayah berbanding dengan mak. Mak akan membebel terlebih dahulu..sedangkan ayah, dengan nada lembut akan cuba membantu aku menyelesaikan masalah. Namun kehendaknya kali ini sepertinya tidak dapat ku tunaikan. Entahlah..Bukan tak suka, tapi aku mahu berdikari. Aku mahu rasa kesusahan itu sendiri. Aku mahu rasa susahnya membesarkan Nabila. Membawa ke sekolah setiap hari, membawa ke hospital dan menguruskan segala hal-hal rumah ini sendiri. Sudah cukup aku berehat dari menjadi isteri kepada Abg. Kini rasanya sudah tiba masanya aku tidak meninggalkan Abg lagi seorang diri di rumah kami...

24 October 2010

Pulih seperti sediakala...

Semalam, kami menerima undangan ke rumah Jiey. Sempena majlis kesyukuran untuk Rayyan yang sudah kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah..melihat anak ini kembali ceria seperti sediakala.

Nabila masih lagi dalam mood demam. Hanya berbaring dan meminjam sebentar rocker Rayyan. Hanya gara-gara mahu kelihatan seperti buaian di rumah.

Hanya sedikit sahaja susu dan nasi dijamahnya. Mungkin tekak perit..ditambah selesema, namun pabila diperiksa oleh doktor, katanya Nabila hanya demam biasa. Tiada kahak dan tekak tak merah. Mungkin juga Nabila dah lama tak kena demam...merengek saja sepanjang hari.

Dan hari ini, Nabila sudah kembali ceria. Mungkin juga antibiotik yang dibekalkan oleh doktor telah memulihkannya. Alhamdulillah..:)

Dan ini wajahnya ketika bermain di luar petang tadi...


Alhamdulillah.. :)

22 October 2010

Sememangnya bukan mudah..

~tidur yang nyenyak..syahdu melihat wajah tulus anak ini..~


Semalam..sempat berbual dengan Jiey, Mama Rayyan. Memang banyak perkara yang kami bualkan sehingga sejam lebih bergayut telefon..!! hehe..Lama benar aku tak mendengar suara Jiey.. :)

Tadi Jiey ada mencoret entry terbarunya.. Dan segala yang dicoret itu ada benarnya. Bukan mudah kejayaan itu hadir tanpa sebarang usaha. Andai kita hanya berdoa tanpa sebarang usaha juga pasti kita tidak dapat hasil yang baik.

Terus terang ku katakan..Jiey merupakan salah seorang sumber inspirasi aku sedari dulu lagi. Melihatkan usahanya, aku sangat kagum. Ku kenal Rayyan, kutahu keadaannya sedari dulu..Dan kini, aku tersenyum bangga melihat kejayaan Mama ini dalam memberikan segala yang terbaik buat Rayyan.

Pernah aku down satu ketika dahulu. Pernah juga keliru dalam membuat keputusan. Dan segalanya ku rujuk pada Jiey. Bertanya pendapatnya. Dan Alhamdulillah..aku syukur kerana sahabat ini banyak membantu aku dalam urusan hal yang berkaitan Nabila.

Segala yang ku usahakan pada Nabila, Alhamdulillah..mula menampakkan hasil. Biarpun sedkit, aku syukur. Kerna aku masih mampu dan punya kudrat untuk membawanya menjalani rawatan. Benar kata Jiey..sedikit pun rangsangan yang kita lakukan, jika kerap dilakukan pasti anak itu akan mendapat inputnya.

Contohnya flash card. Sebulan aku mempraktikkannya.. Alhamdulillah..Nabila sudah mula memandang. Walaupun tidak sebagus mana..tetapi..matanya aku lihat dia memandang sekali sekala kad-kad di hadapannya. Cumanya aku terkilan. Tak dapat melakukannya sekerap sewaktu bercuti dulu. Hanya mampu lakukannya di waktu malam.Itupun andai Nabila masih belum tidur. Jika Nabila sudah tidur sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah..tak dapatlah aktiviti -aktiviti itu dilakukan olehnya.

Aku juga sudah tidak mahu membandingkan Nabila dengan anak-anak yang lain. Ita dan Jieylah yang banyak menyedarkan aku tentang perbandingan ini. Kini, aku jadikan anak-anak yang lebih bagus dari Nabila sebagai pemberi semangat kepadaku untuk aku terus memberikan input-input untuk Nabila.

Dan pastinya diri ini takkan lokek dalam memberi apa sahaja yang rakan-rakan seperjuangan mahukan untuk anak mereka. Lebih banyak berkongsi lebih banyak yang aku dapat. Sungguh!! Melalui blog inilah aku jumpa ramai rakan-rakan di luar sana yang tak putus-putus memberikan maklumat dan rawatan anak-anak mereka.Alhamdulillah..

Apapun, usaha itu tangga kejayaan.. :) Usaha selagi nyawa dikandung badan untuk anak istimewa ni.. :)

20 October 2010

Kadangkala soalan itu sukar dijawab !!

Sejak Isnin..ramai yang bertanya khabar tentang Nabila...

Ada yang bertanya..

"Kenapa cuti lama ina?"

"Lama tak nampak.Pegi mana?"

"Anak macamana? Dah ok?"

?????????????????????????????????????????????????????

Huhu..Kadangkala soalan ini sebenarnya tidaklah sesusah mana untukku menjawabnya..Namun kadangkala..jawapan itu tersekat di kerongkong. Tak terkeluar jawapan itu. Hanya jawapanku...

"Oklah.."

"Bolehlah.."

"owh..jaga anak..tak sihat.."

Dan senyum pasti terukir walaupun hati ini sayu..

Soalan-soalan di atas bukanlah bermakna aku tidak suka tatkala orang bertanyakan tentang keadaan Nabila. Aku suka bila ada yang cuba memahami Nabila. Cuba memahami kesakitan dirinya. Dan cuba menyelami hati aku sebagai ibu. Namun kadangkala aku tewas dengan perasaan sendiri. Sedih bila terkenangkan Nabila namun bercerita kadangkala membuatkan hati ini lega. Lega kerana meluahkan perasaan..

Bagiku..cuti sebulan ini tidaklah merubah Nabila menjadi anak normal. Dan tidak juga menjadikan Nabila lebih teruk keadaannya. Di samping menjaganya, aku membuang rasa ralat di hati ini kerana tidak dapat bersama menjaganya sepanjang hari selama 2 tahun ini.

Sungguh! Semahunya hati ini mahu menebus setiap detik bila aku tidak bersama Nabila. Namun..apakan daya..aku tak mampu untuk berbuat demikian. Cuma ini saja yang mampu ibu buat untuk kamu sayangku...

Fahamilah..anak ini sudah melalui banyak fasa. Kesakitan sedari lahir tidak putus-putus kunjung tiba. Mahu doa yang baik-baik saja dari kalian untuk anak ini. Tidak lebih dari itu. Andai ada yang tak mengerti..tak mengapa. Aku faham. Kerna bukan semua ada anak seperti Nabila. Dan mungkin juga ada yang tak pernah tahu apa itu CEREBRAL PALSY..

Kuceritakan tentang Cerebral Palsy agar mereka di sana tahu apa penyakit itu. Agar kalian memahami anak ini. Agar kalian dapat menyelami hati anak ini yang sememangnya sama seperti anak normal. Cuma keadaan anak ini yang menampakkan perbezaan ketara antara anak ini dan anak normal. Hatinya, kemahuannya..semuanya sama..sama seperti anak normal.Yang mahukan belaian dan kasih sayang dari seorang yang bergelar IBU.....

Baik-baik saja...!!

Sudah 3 hari berlalu setelah mula bekerja semula. Benar..rutin sudah kembali seperti asal. Berkejaran kesana kemari.
Semalam merupakan hari pertama Nabila ke Tasputra setelah lebih sebulan Nabila bercuti. Dan tadi, sempat bertanyakan keadaan Nabila semalam di Tasputra. Alhamdulillah..nampak baik-baik saja. Hari Isnin lepas, aku terpaksa menghantar Nabila ke rumah mak kerana Nabila diserang selsema dan demam. Khuatir dengan kesihatannya jadi aku tidak mahu mengambil risiko dengan menghantar Nabila ke sekolah.
Dan tadi, aku merasakan badan Nabila panas. Seperti demam. Namun aku tiada punya pilihan melainkan terpaksa menghantar Nabila ke sekolah. Dan pesanku kepada mereka yang menjaga supaya menelefon ku andai Nabila tidak sihat.
Mengharapkan tiada yang berlaku pada Nabila. Aku perasan Nabila seperti terkejut. Aku khuatir ianya sawan. Namun..aku berdoa mohon agar ia tidak menyerang Nabila dalam masa sekarang ini.
Sudah 2 hari tiada aktiviti di waktu malam. Flash card dan toys hanya di pandang sepi. Pulang lewat dan kepenatan menempuh kesesakan lalulintas di waktu pagi dan petang sangat meletihkan aku. Di tambah beban kerja yang memaksa aku pergi ke setiap seksyen untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Semalam saja, aku tiba di rumah pada jam 10.30 malam. Aku berehat sebentar di rumah mak, sehingga tak sedar tertidur kepenatan. Aduh..!!
Malam ini sepertinya mahu pulang awal. Selesai mengambil Nabila, rasa seperti mahu terus pulang ke rumah. Mahu melipat dan mengemas baju-baju yang sudah di basuh dan juga aktiviti malam seperti biasa. Sangat-sangat rugi 2 hari ini..huhu...

17 October 2010

Segalanya berakhir hari ini...

Hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti separuh gaji. Sebulan lamanya berada di rumah..rutin harian tak jauh bezanya dengan di pejabat..bezanya di pejabat mengulit bersama komputer..tetapi di rumah, mengulit bersama Nabila.. :)

Apa yang Nabila dapat sepanjang sebulan ini?

Sudah ku katakan..aku tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku dalam sebulan ini. Kerana aku tahu anak seperti Nabila perlu sentiasa di rangsang dan diberi perhatian lebih dalam segala hal. Untuk sebulan ini memang tidak cukup untukku. Namun aku tetap berpuas hati. Kerna aku dapat melaksanakan segalanya dengan baik.

Dan keputusan untuk bekerja semula telah pun diambil. Kasihan melihat sang suami yang bertungkus lumus mencari rezeki seorang diri menguatkan lagi pendirian ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada kerajaan. Namun hatiku berat. Berat sekali kerana terpaksa melepaskan Nabila kali ini. Aku tahu..Nabila sudah 'sedap' berada di rumah. Tidak kelam kabut dinihari ke sekolah. Enak tidur di katilnya sehingga matahari tinggi.

Sepanjang berada di rumah, Nabila begitu ceria sekali. Tampak dia begitu sihat dan gembira bermain. Hanya kadangkala bosan dan merengek mahu mengajak ibunya membawa kereta untuk berjalan-jalan. Mujur juga lah aku boleh membawa kereta. Andai tidak..mati kutu asyik berada di rumah saja.. :)

Si anak ini semakin bising mulutnya. Tak habis-habis berkata-kata..namun bila berada di rumah orang tak pula bising mulutnya. Seakan tahu pula di mana dia berada.

Cuma semalam, Nabila menunjukkan tanda-tanda kurang sihat. Di mulai dengan bersin dan diikuti selsema di waktu malam. Mungkin juga penat sepanjang hari kerana berbalut 'mumia' oleh Kak Raw. Malam tadi tidur ku tidak lena, asyik melihat Nabila di dalam buai. Kadangkala bangun kerna tak selesa hidung tersumbat.

Apapun, aku tetap berpuas hati kerna dapat menghabiskan masa sebulan bersama Nabila. Andai diberi pilihan..sudah lama aku bersama Nabila. Menjaganya setiap hari. Aku pun takdelah stress setiap hari terkejar sana sini membawa Nabila untuk terapi dan sekolah. Penat tau..serius..!! Sampai cik Abg pun naik kesian tgk aku terkejar-kejar dengan appointment Nabila.

Dan esok akan bermula rutin seperti biasa...Alahai..membayangkan kesesakan pagi-pagi di KL esok..pastinya membosankan..huhu....

14 October 2010

Snoezelen Room, Botox & Berat Badan Nabila

Salam semua..Entry yang agak memboringkan sebenarnya..Namun aku sangat teruja siang tadi. Dan mahu menceritakan di dalam blog ini.

Tadi Nabila ke PDK. Dan pastinya setiap hari khamis dia akan ke sana bersamaku. Dan kali ini sesi terapi yang lebih istimewa.

Di PDK, satu bilik yang dikenali dengan bilik Snoezelon telah pun siap dibina. Agak teruja dan sepertinya Nabila langkah kaki kanan pabila mendaftar di situ. Kerna tak perlu menunggu lama untuk menyiapkan bilik ini.

Apa itu Snoezelon Room?

Pada mereka yang ada anak istimewa..pastinya pernah memasuki bilik terapi ini. Dan pada yang tidak mengetahui..aku ambil sedikit maksudnya.. :)

"Snoezelen or controlled multisensory stimulation is used for people with mental disabilities, and involves exposing them to a soothing and stimulating environment, the "snoezelen room". These rooms are specially designed to deliver stimuli to various senses, using lighting effects, color, sounds, music, scents, etc. The combination of different materials on a wall may be explored using tactile senses, and the floor may be adjusted to stimulate the sense of balance."

Dan ini gambaran mengenai bilik ini..

Cantik bukan? Ini bukanlah gambar di PDK..cuma ihsan dari En.Google je. Nantilah..ada masa aku akan ambil gambar Nabila di dalam bilik ini.

Dan aku sebenarnya sudah lama mahu Nabila masuk ke bilik seperti ini. Bagus untuk matanya. Untuk permulaan, Nabila sepertinya tidak fokus kerna dia dikehendaki melakukan sesi fizikal bersama Kak Fadilah. Hurm..Nabila seperti biasalah..Klu exercise mestinya akan menangis..!!

Apapun..harapnya bilik ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kerna di Sungai Buloh, mereka tidak membinanya. Jadi, tak kisahlah klu Sungai Buloh tak nak bina pun.. At least Nabila merasa gak kat tempat lain..(huh..geram apsal la dorang tak buat bilik tu kat hospital..huhu)

Sambil-sambil Nabila di'kerjakan' oleh Kak Fadilah, sekali lagi aku ditegur tentang kaki Nabila. Sebenarnya aku agak bimbang dengan kaki Nabila. Sebab setiap orang yang memegang Nabila, pastinya akan menegur anggota badannya yang satu ini. Sentiasa tegang. Dan Kak Fadilah ada bertanyakan tentang suntikan botox pada Nabila.

Bukan aku tak pernah tanya pada Sungai Buloh. Minggu lepas, aku ada bertanya pada Puan Zu sama ada perlukah Nabila si suntik botox atau tidak. Aku bertanya kerana sebenarnya aku rimas. Sebab mungkin sangkaan mereka aku tak buat streching kaki Nabila. Sedangkan perkara itulah yang aku buat setiap hari. Bukan sekali..3-4 kali dalam sehari.

Mungkin juga tak cukup. Dan splint, setiap kali pakai, sememangnya tiada makna kerana kaki Nabila pastinya akan menegang semula. Dan sudah diikat kuatpun dia masih lagi menegangkan kakinya. Apa yang perlu aku buat? Buntu memikirkannya. Tapi bila ditanya, kata mereka, Nabila masih lagi belum sampai tahap disuntik Botox. Sedangkan sedari awal inilah yang patut dilakukan.

Aku pun sebenarnya tak nak Nabila di suntik itu dan ini. Selagi boleh aku akan cuba melakukan exercise untuk Nabila. Mungkin benar kata Puan Zu. Nabila belum sampai tahap kena menggunakan botox untuk kakinya.

Apapun, usaha dan usaha lagi kearah itu.. :)

Dan tadi..aku berbual dengan mak..tentang berat badan nabila. Rasanya sudah banyak kali entry tentang berat badannya. Namun kali ini agak mengusik jiwa. (Hurm...tak mo sedih-sedih..tapi nak cerita gak..!!)

Sebenarnya aku dan mak risau melihatkan Nabila yang makan hanya dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Memang sedikit. Jarang benar dia menghabiskan makannya.

Namun kata-kata ini keluar dari hati nuraniku...

"Agaknya mak, adik tak nak makan sebab dia kesian kat Ayong kot. Dia kesian kat ibu dia yang kena dukung dia ke sana ke mari. Yelah kalau berat, mesti Ayong penat..mesti Ayong tak larat nak dukung dia. Dia pun faham kot camner nak bawak dirinya. Tak nak susahkan ibu dia"

Sebenarnya hatiku sayu bila berkata begitu pada mak. Dan mak pula hanya mendiamkan diri. Dan aku sambung lagi..

"Takpelah mak, janji adik sihat. Kalau makan banyak pun asyik sakit je tak guna jugak kan. Ayong pun dah malas nak pikir pasal berat badan adik. Janji adik sihat.."

Ya, benar. Janji Nabila sihat.Bagiku tak mengapa andai kuantiti makanan yang dimakan sedikit..Janji dia makan juga dan dapat merasa tekstur-tekstur makanan itu. Dan tadi, salah seorang ibu yang membawa anaknya ke PDK juga berkata padaku..

"Dulupun dia tak nak makan gak masa sebaya Nabila..Tapi dah besar-besar ni..dia dah faham..Kadang-kadang bila kita makan..dia pun pandai buat isyarat nak makan juga.."

Tak mengapalah adik..Ibu akan sabar menanti masa itu nanti..


13 October 2010

Wah.. enak sungguh berkata-kata!!

Sedari semalam, hati ini panas bila mendapat tahu tentang blogger yang memperlekeh-lekehkan orang lain demi kepentingan menaikkan 'rating' di dalam blog nyer..

Apa kejadahnya nak buat begitu..?

Bagi saya..setiap orang berhak menulis apa sahaja. Cerita sedih..cerita gembira..tentang anak..tentang keluarga..tentang saudara-mara..rakan-rakan..siapa saja..asalkan ada batas-batasnya.

Dan blog ini juga terhasil pabila hati ini tidak keruan memikirkan tentang si anak. Maka ayat-ayat dikarang bagi meluahkan isi hati ini dan juga hanya untuk tatapan si anak tatkala dewasa kelak.

Mengapa pula harus dibangkitkan berapa ramai followers atau berapa ramai yang datang menyinggah di sini?

Sedikit pun tak pernah terlintas dihati untuk mencari glamour. Dan tidak sedikitpun saya menjemput semua untuk membaca blog ini. Yelah..cerita anak istimewa..siapalah yang nak baca..Cerita anak tak boleh jalan..cerita anak air liur meleleh..cerita anak yang hidupnya ibarat sayur saja..! Semua tentang Nabila yang belum pandai apa-apa.

Andai diberi pilihan..saya juga tidak mahu menceritakan perihal Nabila di sini. Untuk apa saya bazirkan masa dengan hanya menulis catatan tentang Nabila untuk tatapan umum. Namun, bak kata Put, dengan blog ini juga saya berjumpa ramai sahabat yang senasib dengan diri ini. Yang punya anak seperti Nabila. Namun kehadiran blog ini dan juga blog rakan-rakan senasib yang lain mengundang perspektif negatif di luar sana.

Adakah kalian faham perasaan kami yang punya anak istimewa? Blog ini merupakan terapi buat saya. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Sepertinya kami mencurahkan isi hati ke dalam diari kami.

Kami juga tidak mahu kalian semua menangis kerna nasib kami tersurat begini. Yang kami mahukan hanyalah sokongan. Bukan umpatan dan kejian. Sayang andai anak-anak kami dapat membaca coretan dan luahan orang yang suka menghina anak-anak kami. Pastinya mereka sedih bila orang mengata macam-macam tentang dirinya dan juga ibunya yang membesarkannya.

Fahamilah..saya bukan meminta simpati. Ini hanyalah ruangan luahan hati seorang ibu yang mahu anaknya terus berjuang untuk hidupnya....

Andai ku tahu apa yang akan berlaku..takkan kubiarkan ianya merosakkan anakku..

Saya membelek-membelek gambar-gambar Nabila sewaktu kecil..Dan mata ini terhenti pada gambar ini..


Seingat saya, gambar ini diambil ketika Nabila berusia 5 bulan. Dan Nabila nampak tegap sekali sewaktu meniarap. Dan saat ini.. Nabila hanya mampu......


......... mengangkat hanya sedikit sahaja kepalanya ketika meniarap. :(

Dimanakah silapnya? Dimanakah hilangnya skill-skill Nabila dahulu.. ?

Entahlah..saya sendiri kurang pasti. Saya sebenarnya kurang mengingati zaman Nabila kecil-kecil dahulu. Sama ada saya memang tak ingat atau saya sendiri tak mahu ingat..saya kurang pasti. Cuma gambar-gambar ini menjadi saksi bahawa Nabila bukan semakin bagus..malah semakin teruk.

Saya ingat suatu ketika dahulu..Nabila demam panas dan matanya terkedip-kedip laju sewaktu Nabila berusia 1 tahun. Mata kedip-kedip itu menunjukkan Nabila di serang sawan sebenarnya. Namun, saya terlambat untuk membawanya berjumpa pakar kerana kejahilan ini tentang penyakit sawannya. Saya kurang mengambil maklumat mengenai sawan..sedangkan saya tahu sawan itu akan meragut sedikit demi sedikit apa yang ada dalam otaknya.

Dan kini..Skill berpusing sudahpun dia kuasai. Cuma kadangkala tersasar kerana bahagian sebelah kirinya belum cukup kuat untuknya berpusing. Melihatkan perbezaan gambar-gambar ini membuatkan hati ini sayu..Andai saya tahu semua ini akan berlaku..pastinya saya akan cuba elak dari Nabila terus menerus di serang sawan. Dan rasanya mungkin juga mampu menyelamatkan Nabila ketika itu.

Sesal tiada gunanya. Saya lemah tak berdaya untuk semua ini. Hanya diri ini mampu mendoakan anak ini sentiasa selamat dari penyakit yang satu itu. Sememangnya ia sangat menakutkan.

12 October 2010

Senyuman itu..

Hati ini terpaut tatkala melihat senyumannya yang ini...

Manis sekali bila melihat wajah anak dara ini. Persis ayahnya..cuma berkulit cerah sepertiku..

...................................................

Pertama kali aku melihatnya tersenyum ketika dirinya berusia hampir 3 bulan...


Tidak pasti bilakah masanya gambar ini diambil..tapi melihatkan tarikh pada gambar..Nabila belum lagi berusia 3 bulan..

.................................................................


Mahu senyuman itu terus kekal diwajahnya. Umpama bulan yang bercahaya di wajah anak ini. Moga keceriaan kekal di dalam dirinya. InsyaAllah..:)

11 October 2010

Sekejap benar masa itu berlalu..

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku bersama Nabila di rumah. Dan selepas ini rutin harian akan berjalan seperti biasa. Sibuk dan kelam kabut..!!

Jumaat lepas, Nabila ada appointment lagi dengan fisioterapi. Dan seperti biasa juga..Nabila pasti akan menangis ketika diletakkan di standing frame. Sayu pula aku melihat air matanya yang mengalir meraih simpati. Selalunya aku seperti keras hati dan hanya memujuknya. Namun kali ini sepertinya aku tewas!

Kadangkala aku kasihan melihat anak ini. Sedari kecil sudah berjuang. Berlainan dengan kehidupan ku sewaktu kecil. Di waktu sebaya Nabila, ceria bermain bersama adik dan kawan-kawan. Sedangkan Nabila, lahir saja sudah dipenuhi dengan cabaran.

Dan kutahu juga, dugaan Nabila sedikit jika dibandingkan dengan rakan-rakan senasib dengannya yang sering keluar masuk hospital. Aku bersyukur..walaupun perkembangan Nabila lambat, hanya pernah sekali dia dimasukkan ke hospital. Itupun hanya kes yang kecil. Bila mengenangkan anak-anak lain yang lebih berat dugaannya, menjadikan aku lebih insaf dan lebih bersyukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah..sepanjang sebulan aku menjaga Nabila, tidak sehari pun dia demam. Mungkin kerna dirinya yang terjaga siang dan malam, makan yang cukup dan tidur yang nyenyak menyebabkan kesihatannya baik sepanjang sebulan ini. Atau mungkin juga Nabila jarang terdedah dengan keadaan di luar kerana hanya berada di rumah..dan kadangkala keluar untuk temujanji di hospital.

Apapun..percutian ini bakal berakhir hanya tinggal 6 hari lagi. Dan rasanya berat untukku melangkah untuk bekerja semula. Namun, rezeki tetap harus dicari. Dan pastinya selepas ini aku tak dapat lagi nak manfaatkan masa bersama Nabila seperti ketika ini.. :(

10 October 2010

Berjumpa dengan Ayue & Aisya..

Semalam..aku bersua dengan Ayue dan Aisya di Majlis Konvokesyen adik iparku di UPM. Pada mulanya Ayue bercadang untuk ke rumah hujung minggu ini, namun aku menemani kedua mertuaku ke majlis konvo adik iparku. Dan lantas kami bertemu janji di situ.

Alhamdulillah..impian terlaksana juga..Jam 1, Ayue muncul bersama anak-anaknya serta adiknya. Banyak perkara yang kami bualkan..siap meluah rasa lagi. :) hehe.. Terima kasih Ayue sudi temankan Ina.. :)


Melihatkan Aisya, hatiku sayu.. Dan aku dapat lihat kerisauan di wajah Ayue tentang berat badan Aisya. Benar, jika aku ditempatnya juga risau melihat keadaan anak..

Wahai sahabatku..tenanglah..Ada sebab mengapa kita dikurniakan anak ini kepada kita. Apapun anak ini adalah penawar segala kedukaan kita. Senyum tawanya menghiburkan kita. Ku tahu gundah dihatimu..pedulikan apa orang lain kata. Hanya kita sahaja yang tahu pahit manis bersama anak ini. Moga kita sentiasa diberi kekuatan.

p/s: serius tak puas jumpe Ayue semalam. Nanti nak date lagi lah. Ayue, kita cari port sesuai untuk kita lepak-lepak lagi..:)

08 October 2010

Kata-kata yang sangat memberi kesan kepadaku..

Tadi, aku menjengah blog rakan-rakan. Dan terhenti lama di Blog Kak Min & Mawaddah.. Dan aku membaca satu persatu ayat yang telah ditulis Kak Min. Suka benar aku melihat Mawaddah memegang buku.. :) Sangat-sangat comel..!!

Namun, pertemuan kak Min dan Mama Zeynab yang boleh kalian baca dlm entry ini sangat memberi kesan kepadaku. Antara ayat yang dikatakan oleh Mama Zeynab kepada Kak Min adalah: (kak min..ina pinjam kata-kata ini..)

"You know Asmin, we are selected people. We are very lucky because Allah actually giving us a quick and simple way to enter 'Jannah'. I've been going through every moment with Zeynab for almost 2 years. I've heard a lot. People, families and friends talked behind my back. They've said many things about Zeynab. But you know, all we need is patience, 'sabr'. Maybe other people with normal kids have to struggle to get into Jannah. But, for us, we are given these special kids. The only thing we have to do is, patience... so there will be Jannah for us. Insya Allah..

Ya Allah..sangat memberi kesan kepadaku. Air mata ini mengalir membaca kata-kata semangat ini. Benar apa yang dikatakan. Bagi yang punya anak normal..perlu berusaha keras untuk 'meletakkan' anak di syurga..tetapi untuk anak seperti Nabila..Syurga itu menanti mereka di sana. Sedangkan aku sebagai ibunya, belum tentu untukku ke sana.

Duhai anakku Nabila.. Tidak sedikit sesalpun ibu melahirkanmu.. Malah ibu bersyukur.. kehadiran mu banyak mengajar ibu pelbagai perkara. Juga tentang hidup ini yang harus sentiasa syukur dengan kurniaan-Nya. Maafkan ibu kerana kadangkala ibu mengabaikanmu. Tidak dapat menjagamu sepenuh masa. Andai diberi pilihan..ibu mahu sentiasa bersama denganmu. Mahu membelai wajahmu..mahu mengusap rambutmu..mahu mencium pipimu. Akan ibu hargai setiap detik bersama denganmu sayang. Maafkan ibu kerna tidak dapat memberikan kehidupan sempurna buatmu...maafkan ibu...

Sayu..hati ini memang sayu.. :(

05 October 2010

Begitu ramai yang mahu membantu..Terima kasih kuucapkan..

Sudah 2 entry aku tangguh untuk di publish kan. Entah kenapa, sepertinya tiada apa yang ingin ku ceritakan tentang puteri kesayanganku. Padahal banyak saja perkara yang berlaku 2-3 hari ini. Tapi jari ini hanya kaku di hadapan komputer.

Untuk permulaan, terima kasih atas nasihat dan sokongan rakan-rakan yang banyak memberikan pandangan tentang luahan hati ini mengenai perihal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam. Banyak pro dan kontra sehinggakan diri ini bingung memikirkan yang mana betul dan mana yang salah. Mungkin jika kalian di tempat ini, pastinya bingung seperti aku bukan. Hati sayangkan kerja..tetapi sayangkan anak melebihi segalanya. Aku juga masih lagi belum membuat sebarang keputusan untuk berhenti atau tidak.

Ada beberapa sebab lagi yang tidak aku utarakan di dalam blog. Demi menjaga nama baik semua.. biarlah ianya berada di dalam hati ini. Gusar, gelisah,sedih bercampur baur.. Namun, aku masih lagi berfikiran waras dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Mungkin juga andai satu hari, aku terpaksa lakukannya demi Nabila, akan ku lakukan. Hanya demi anak ini..

Tinggalkan kisah kerja.. aku mahu bercerita tentang Nabila.

Alhamdulillah..sekali lagi rezeki Nabila murah kerana ada insan yang sanggup membantu aku mencari tukang urut. Jiran di sini sememangnya baik-baik belaka. Mungkin kasih atau mungkin simpati pada Nabila, aku tak pasti. Namun..sedikit sebanyak membantu aku dalam usaha mencari perubatan lain untuk Nabila.

Dan semalam, Aku bertemu dengan kak Yusnita. Mempunyai ilmu dalam bidang perubatan alternatif. Dan Alhamdulillah..hari pertama dan kedua tadi berjalan lancar..dan hanya menunggu hari ketiga untuk melengkapkan sesi rawatan.

Aku dibekalkan minyak zaitun yang telah dibacakan doa,air untuk mandi dan minum serta madu untuk Nabila.Dan kemudian aku ada membeli CD dari kak Yusnita..CD ayat2-ayat Al-Quran yang perlu dipasang.Bukan tak mahu mencari sendiri tetapi aku rasa lebih mudah jika kak Yusnita yang mencarikannya. Mudah dan hanya dia saja yang tahu kesesuaian untuk rawatannya.

Dan moga ada perubahan pada Nabila nanti. InsyaAllah..moga apa yang diusahakan untuk anak ini akan berhasil..Amin.

Dan tadi sewaktu Nabila sedang leka bermain, aku datang dekat kepadanya. Sepertinya tahu kehadiran ibu, Nabila tersenyum. Namun matanya masih kearah lain. Aku cuba dudukkannya dan meletakkan mainan di tapak tangannya. Dan masih lagi belum menguasai skill memegang..aku hanya diam dan memandang tapak tangannya. Hanya sekejap masa yang diambil untuk memegang..dan tak lama kemudian, dia melepaskan semula mainan itu. Sedikit hampa namun bila terfikir yang aku tidak seharusnya berperasaan begitu, terus aku mencapai mainan itu semula dan meletakkannya semula di tapak tangan.Dan aku lakukannya berkali-kali sehingga hatiku puas.

Dan rasanya seperti Nabila mahu mengajakku bermain, aku main aktiviti kegemarannya. GELETEK..!! Memang pantang badannya di geletek. Mengekek Nabila ketawa. Sungguh hatiku gembira. Seperti Nabila bukannya anak cerebral palsy. Nampak seperti anak normal yang sedang bermain dengan ibunya. Dan sepertinya Nabila nampak apa yang ku lakukan kepadanya. Semakin galak tawa riangnya..semakin hatiku berbunga riang. Bukan kali pertama Nabila ketawa sedemikian rupa, sudah banyak kali, tetapi kali ini membawa kesan yang mendalam di lubuk hati ini. Dan mulutnya tak henti-henti berkata "aaaaauuuuuuu..uuuuuhhhhh" . Aku tahu Nabila mahu berkata kepadaku.."Ibu... geli..."

Entahlah..naluri ibu kuat menyatakan anak ini sedang berkata-kata..Dan mungkin dalam bahasanya sendiri. Tak mengapa..akan terus cuba dan cuba lagi untuk Nabila..



Tidurnya nyenyak setelah 'berperang' denganku untuk memberikannya makan. Sedih bila Nabila masih lagi belum boleh untuk makan dengan tenangnya. Sayu melihat wajah anak ini bila tidur..Sayang..kecil-kecil lagi sudah berjuang untuk mencari kehidupan yang sempurna..

02 October 2010

Pengorbanan si ibu tetapi si anak yang terkorban...

Memikirkan pengorbanan yang telah ku lakukan, rasanya masih kecil jika dibandingkan apa yang Nabila korbankan untuk dirinya bagi untuk terus hidup di bumi Allah ini.

Mengapa pula ku katakan begitu?

Lihat saja sewaktu aku melahirkan Nabila dulu. Susah payah untuk mengeluarkannya melalui cara normal, akhirnya membawa kepada siri pembedahan bagi mengeluarkan si kecil ini. Kadangkala timbul rasa sedih di hati dan tak menyangka bahawa aku telahpun melahirkan Nabila namun gagal menyelamatkannya dari lemas.

Aku sendiri gagal menyelamatkan anakku...!!!

Bila mengenangkan nasib dirinya, aku sendiri tak dapat membayangkan apakah yang akan berlaku pada Nabila 10 atau 20 tahun akan datang. Adakah Nabila sudah berjalan dan pandai menguruskan diri ketika itu? Atau hanya terlantar meraih simpati pada ibunya. Aku tak dapat membayangkan semua itu.

Kelmarin, kata mak, dia termimpikan Nabila berjalan. Katanya nampak seperti berada di realiti. Nabila bangun dan berlari keluar rumah. Dan mak, mengejarnya ke sana dan kemari. Dan mak ternampak Abg sedang tertawa melihat Nabila yang sudah mendapat kaki ketika itu.

Bukan sekali dua kami sekeluarga mimpikan perkara ini. Malah sudah banyak kali. Mak mertua aku juga pernah mimpikan perkara yang sama. Aku? Lagilah banyak..entah berapa kali..aku tak pasti. Yang pasti, aku teruja dan bahagia sangat ketika itu. Mungkin hati ini terlalu inginkan Nabila berjalan, sampai termimpi-mimpi.

Pengorbanan yang aku lakukan sepanjang sebulan ini aku rasakan tidak mencukupi. Malah aku mahu lebih dari itu. Mahu Nabila dapat lebih dari yang harapkan. Namun, aku hanya merancang, tetapi Allah jua yang menentukan.

'Terkorbannya' Nabila sewaktu dilahirkan membawa impak yang besar dalam hidup kami bertiga. Dahulunya, aku tidak ambil pusing tentang penyakit-penyakit atau keadaan sekeliling, namun kehadiran Nabila banyak merubah hidup ini. Tak sia-sia sebenarnya Nabila mengorbankan diri semata-mata untuk mengubah hidup ibunya. Ya..mungkin kalian tak mengerti maksudku. Aku dahulu seorang yang baran. Malah amarahku menakutkan orang. Namun kehadiran Nabila banyak merubah sikapku supaya lebih bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya. Dan yang paling penting menjadikan aku seorang yang lebih kuat berusaha. Berusaha memulihkan si anak, seorang Cerebral Palsy.

Aku juga tahu besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan si anak. Melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberikan pelajaran yang secukupnya buat anak sememangnya tanggungjawab seoarang ibu. Namun aku dapat rasakan pengorbanan si anak istimewa yang merelakan tubuhnya menjadi ujikaji doktor, di uli setiap hari bagi memastikan dia terus mendapat rawatan yang berterusan.

Andai ku boleh menggantikan tubuh badan ini untuknya, sudah lama aku lakukan. Aku sanggup lakukan semua ini bagi memastikan dirinya sentiasa ceria dan sepatutnya dia sedang bergembira di taman permainan dan bukannya hidup semasa kecil ini dipenuhi dengan temujanji doktor . Namun..itu hanya impian..Dan tak pasti bilakah akan tercapainya impian itu..

01 October 2010

Bila 2 perkara yang sama penting ini menghimpit aku..!!

Kerja dan anak? Entah mana satu yang akan ku korbankan. Sudah acapkali perkara ini menghimpit diri ini. Dan agaknya sudah berkali-kali juga aku berbelah bagi tentangnya.

Pernah juga air mata ini menitis kerana kedua perkara ini. Kerja..sememangnya aku sayangkan kerja ku ini. Walaupun hanya pembantu tadbir..ia banyak membantu kami sekeluarga mencari sesuap nasi. Sungguhpun kadangkala aku jelik dengan kerja ini, namun demi rezeki halal, aku gagahkan juga.

Cuma kadangkala aku rasakan gajiku tidak berbaloi untuk aku. Berulang alik setiap hari dari Rawang-Ampang-Jalan Duta-Gombak-Rawang membuatkan sebulan perbelanjaan minyak saja sudah memakan suku dari gajiku. Ini belum lagi termasuk tol dan makan minum sewaktu bekerja. Ada kalanya tak berbaloi..!!

Dahulu pun, aku sanggup bersusah payah mahu meletakkan diriku di dalam sektor kerajaan. Bertahun-tahun lamanya aku mencuba nasib di dalam sektor kerajaan, tetapi tidak berjaya. Disahkan mengandung sahaja, terus aku ditawar mendapat tempat di salah satu Jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Alhamdulillah..rezeki anak memang murah. Dan setelah 2 tahun bergemulang di KKLW, aku ditawarkan jawatan tetap. Itupun setelah Nabila berusia 1 tahun.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki anak ini tak putus-putus. Dan berada di salah satu jabatan di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, banyak mengajar aku pelbagai perkara. Bersama mereka yang tekun bekerja. Syukur kerna semua rakan sekerja dan pegawai memahami keadaan aku yang sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk Nabila.

Namun, semalam, aku sedikit gusar. Aku suarakan kegusaran hati ini kepada Abg. Susah hati kerana cuti yang bakal tamat tidak lama lagi. Sepertinya aku berat untuk bekerja semula dan menghantar Nabila ke sekolahnya semula.

Mak juga sempat bertanya kepadaku semalam. Adakah aku akan menghantar Nabila ke sekolahnya setelah cutiku tamat nanti. Aku hanya diam membisu. Tak tahu nak jawab apa. hatiku berat. Tersangat berat..!!

Dan kata Abg, dia sudah lama membenarkan aku untuk berhenti. Jika dulu, mungkin agak sukar kerna masalah kewangan, dan kini semuanya telah selesai. Hanya beberapa perkara yang masih belum di selesaikan.

Melihatkan Nabila seperti ada perubahan berada di rumah..hatiku melonjak-lonjak mahu dia terus berada di rumah bersamaku. Namun, aku takut sepertinya aku ini hanya berangan-angan kosong. Macam aku sorang saja yang nampak Nabila semakin baik, tapi sebenarnya tidak. Tadi, aku suarakan perkara ini kepada therapist Nabila, Puan Zu. Aku bertanya adakah Nabila boleh pulih. Dia hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tidak berkata ya, dan tidak pula berkata tidak. Sepertinya nampak Nabila tiada harapan.

Hatiku pedih..tapi kata Abg tadi, kalau tak cuba mana kita nak tahu Nabila akan baik atau tidak. Sekurang-kurangnya kita cuba pulihkan dia. Aku terhimpit dengan perasaan aku sendiri. Andai kalian berada di tempat ku, pastinya akan buntu bukan?

Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Andai aku suarakan sekali lagi perkara ini kepada mak dan ayah ku, pastinya mereka tidak setuju. Aku pasti benar tentang perkara ini.......!!! aduh...!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...