05 January 2011

Ada apa dengan nama?

Sedari Nabila di dalam perut lagi, kami telah memilih beberapa nama untuk Nabila. Doktor telah mengesahkan bahawa aku mengandung anak perempuan sewaktu Nabila berusia 6 bulan. Hatiku melonjak-lonjak kerana impian untuk memiliki anak perempuan tercapai. Pada mulanya firasatku kandungan ini adalah anak lelaki, akan tetapi, sewaktu doktor mengesahkan dan aku bertanya kepadanya berulang kali, sahih bayi dalam perut ini adalah perempuan.

Nama Yasmin Nabilah bukanlah nama yang menjadi pilihan aku pada awalnya. Namun, terpikat dengan perkataan Yasmin..dan bila disebut bunyinya yang lembut membuatkan aku memilih nama tersebut. Dan aku mula mencari maksudnya.

Yasmin yang bermaksud bunga melur sangat kurasakan sesuai untuk anak ini. Dan terbitnya perkataan Nabila pula pula bila melihat maksudnya yang baik. Nabila bermaksud yang cantik. Dan pabila di gabungkan kedua-dua maksud terhasillah Bunga Melur Yang Cantik.

Ya, aku akui, sememangnya anak ini cantik. Sangat indah dari pandangan mata ini. Walaupun dirinya tak sesempurna insan lain, namun aku bersyukur. Nabila lahir juga ke dunia ini untuk melihat ibu dan ayahnya. Biarlah dirinya serba kekurangan, namun bagiku 'di sana' nanti segalanya akan lengkap untuk dirinya. Tiada perkataan istimewa atau cacat bila dia berada 'di sana' nanti.

Sewaktu aku melihat Nabila untuk kali pertama, aku memanggil nama anak ini Yasmin. Namun, sedikit kejanggalan berlaku kerana bagi Abg, nama Yasmin lebih sesuai bila dipanggil untuk orang dewasa. Kata Abg lagi, baik panggil saja dengan nama Nabila. Dan bagiku, aku tak kisah semua itu. Janji anak itu sihat.

Namun, apa yang diimpikan tidak semuanya terlaksana. Dihari ketiga , Nabila di serang sawan dan itulah bermulanya titik hitam dalam hidup Nabila. Kesal tiada gunanya. Nak tak nak hidup ini mesti diteruskan jua.

Dan kali ini kedengaran, Nabila sudah dipanggil dengan panggilan "Kak Min" di kalangan keluarga dan jiranku. Lagaknya Nabila seperti sudah mempunyai adik. Dan aku mula memasang angan-angan untuk memiliki seorang anak lagi. Benar, hati mana tidak bergelodak melihat anak kecil yang sihat sedang bermain bersama kakaknya. Namun, aku harus bersabar. Sabar itu pastinya akan menghasilkan sesuatu yang indah nanti.

Di sekolah Tasputra, Nabila lebih dikenali dengan nama Yasmin, manakala di PDK pula, Nabila dikenali dengan nama Bella. Untuk kami berdua, lebih gemar memanggil Nabila dengan nama adik. Entahlah. Padaku, Nabila akan menjadi adik kepada adik-adiknya nanti. Dan adik-adiknya lah yang bakal menjaganya seperti Kakak dan Abg. Itulah hasratku.

Apapun, aku sangat suka dengan nama Yasmin Nabilah. Seindah nama, secantik dan seunik orangnya...

6 comments:

Ibu Iman said...

seeloknya kita memberikan anak kita nama yg bermaksud baik2 kn... semoga anak kita pn 'menjadi' seperti maksud namanya yg baik itu.. tp mmg cantik pn nama yasmin nabilah :)

Bicara hati ibu aisya said...

'Yasmin Nabila'- cantik sekali nama tu secantik orangnya (kulit yang putih gebu, mata bulat yang bersinar, senyuman manis dari bibir yang mungil dan rambut hitam yang lebat) :)

Ehmm..cepat-cepatlah ina bagi nabila adik.Boleh jadi peneman dan rakan bermain untuk nabila nanti.

munna said...

memang indah, cantik dan sesuai nama ini untuk adik Nabila... anak keduamunna beri nama dan panggil yasmin ..nama sebenarnya Nurain Yasmin

ieda said...

kakak min...sweet jer..
nabila akak ni pun dipanggil bella kat PDK...hehe..sama plk.

Azma said...

nama tu memang sedap disebut..sedap didengar. Dan yg memilikinya pun comel aje.. Kekurangan yg dimilki tidak menutup keindahan yg tuhan berikan kepadanya...

Min said...

kak min... best tu, mcm cik min pulak... adik2 n cousin semua panggil kak min. bole geng la nabila... anyway, semoga nabila terus sihat dan kuat ye sayang! nnt cik min balik, kita jumpa ok!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...