13 January 2011

Bukan mudah melepaskan anak kepada orang lain!

Berlanjutan dari entry sebelum ini, sangat berat kurasakan bila memikirkan tentang perkara ini. Aku dan Jiey (mama Rayyan) masing-masing di dalam dilema untuk meneruskan persekolahan anak-anak kami.
Aku menerima sms dari Jiey berkenaan dengan entry sebelum ini. Dan lantas aku menelefon Jiey untuk meluahkan rasa terbuku di hati. Sungguh! Hati sebak menceritakan perkara yang berlaku pada Jiey. Dan mata ini terbayang wajah Nabila yang sedang menangis.
Hati ibu, siapa mahu melihat anaknya menangis. Biar kutanya sejuta ibu-ibu di luar sana, pastinya mereka akan menjawab..
"AKU TAK MAHU SETITIK AIR MATA PUN JATUH DARI PIPIMU WAHAI ANAKKU"..
Bagiku, melepaskan anak dibawah jagaan orang lain sememangnya satu keputusan yang sukar dibuat. Aku beberapa kali menangis tatkala melepaskan Nabila kepada orang lain. Sungguh aku tiada pilihan. Jika diberi pilihan aku tidak mahu Nabila di letakkan di sekolah dan sebagainya. Aku mahu dia disamping ku sentiasa. Aku akan rasa lebih selamat bila Nabila di samping ku.
Aku terpaksa melakukannya. Andai pihak hospital kerap melakukan sesi terapi, sudah pasti Nabila tiada di sekolah. Aku menghantarnya ke sekolah hanya dengan alasan mahu Nabila dapat segala aktiviti terapi fizikal untuknya. Dan Nabila berkembang melalui cara kemahiran sosialnya bersama rakan senansibnya. Berdikari? Di rumah juga Nabila boleh berdikari jika kena dengan caranya!
Jiey ada menyatakan tentang segilintir ibu bapa yang menghantar anak hanya untuk sebagai penjagaan. Tidak mahu ambil pusing tentang perihal anak yang semakin bagus atau semakin merosot ketika di sekolah. Yang mereka tahu, pagi hantar, petang ambil . Perkembangan? Langsung tidak ambil peduli !
Bagiku, alangkah bagusnya jika setiap ibu istimewa ini berada di rumah di samping anak-anak. Memberikan sepenuh kasih sayang dan penjagaan yang baik untuk mereka. Namun, kehidupan kita bukanlah semuanya datang dari keluarga yang mampu. Para isteri terpaksa keluar bekerja membantu sang suami mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Bagi yang punya anak istimewa, tersepit dengan situasi ini adalah suatu perkara yang menyakitkan!
Doaku pada semua, moga segala urusan kita dipermudahkan. Dan kuatkanlah semangat kami agar kami terus melangkah demi anak kami..InsyaAllah...

9 comments:

ieda said...

berat hati nak tinggal esp bila anak2 merengek...

MaMaNuRiN said...

moga Allah permudahkan segalanya

Jiey^Mien said...

InsyaAllah Ina, semoga anak-anak syurga ini terus-terusan berada di dalam lingkungan rahmatNya.. Aminn

Min said...

kak min doakan segalanya dimudahkan Allah buat ina & especially buat nabila yang cantik... makin hari makin geram dgr cerita dia, dah banyak akal n makin pandai...

Bicara hati ibu aisya said...

Aminn..
Benar ina..setiap pagi berat sungguh nak meninggalkan anak yang sedang lena bersama orang lain utk menjaganya.Tambahan lagi bagi kita yang punya anak istimewa ini.Namun setiap kehidupan memerlukan pengorbanan dan itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan.Moga diberi jalan yang terbaik untuk kita semua.

Yana@Noni said...

memang pun ina...andainya si suami mampu mencari rezeki seorang diri mahu jer dok kat umah menjaga Humaira tp apakan daya...apepn akak bersyukur sangat coz dlm seminggu akak cuma hantar Humaira ke nurseri dlm 1@2 kali shj ..ini kerana abahnya keje shift...selebihnya memang suami yg jaga maknanya masa Humaira byk di rumah..tp faham2 ajer la klu org lelaki jaga anak..x brp pandai nk ajar wat terapi tp sekurang2nya dok kt rumah sendiri legalah sikit kan...bukan ape sian Humaira takut kene buli ngan kwn2 kt nurseri..yerla budak2 bkn tau ape2 kan...

Mama Ariana said...

Insyallah moga dipermudahkan segala nyer...

Kerikil Kehidupan said...

ina...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....moga kita diberikan kekuatan...amin...

Azma said...

Entry ina kali ni buat akak bertambah2 susah hati. Bukan salah ina. Jgn risau ye.. Hati akak betul2 berbelah-bagi. Utk terus bekerja atau berhenti saja & jg anak.. Akak takut memikirkan masa depan dengan status surirumah sepenuh masa sbnrnya.. :(

Tp, betul kata ina tu. Susahnya nak melepaskan anak kita utk dijaga org lain..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...