03 January 2011

Hasrat terpendam..

Hujung minggu kami sekeluarga menghabiskan masa bersama keluarga Abg Long, Ita & Farid dan Zali & Ieyda sekeluarga di Tapah. Pada mulanya rancangan aku untuk ke Hot Spring untuk merendam Nabila. Dan sudahnya Abg Long mengajak kami ke terataknya. Kami bermalam di rumah ladang semalaman.

Hasrat terpendam sudah sekian lama untuk aku membawa Nabila ke Hotspring. Pernah menjejakkan kaki disitu pada tahun 2009. Itupun Nabila bersama kawan-kawannya Alisya, Aiman dan Irfan. Namun kali ini, Nabila keseorangan.

Pada mulanya Nabila menangis tatkala pakaiannya dibuka. Dan bila di celup pelahan-lahan oleh ayahnya, terus saja diam. Sedap tubuh itu bila terkena air panas. Dan lagaknya seperti orang bijak!

~bagai princess sedang bersiram bersama dayang-dayangnya..~

~sepertinya mahu sentiasa wajah ceria pada anak ini~

Dan malam, tuan rumah Abg long menyiapkan makanan dan BBQ skali. Terima kasih buat Abg Long dan Kak Noni. Dan terima kasih pada Ita, Farid, Zali dan Ieyda yang sudi menemani.. :) Hilang rindu pada anak2 ini..





10 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

bestnya sesekali dapat g jalan-jalan camnih.Hilang stress dan tension.Wahh..nabila pun nampaknya dah mula seronok berendam.syok kan nabila?hihihi..

Mawar said...

waaah, steady la nabila ni, aunty suka, aunty suka, aunty suka...

nuyin2u said...

hot spring, k, k, will come ...next.....selamat tahun baru ;)

Kerikil Kehidupan said...

wah...kalaulah dekat...nak je joint...suka tgk gambr nabila yg ceria tu....

ita zakaria said...

nanti ummi nak pegi lagik, nak rendamkan alisya. aritu tak kesempatan, biasalah.. dah jumpe kaum kerabat, lupa bab kesihatan!

nanti nak pic2 ini ye na...

Azma said...

bestnye..hotspring mana ni ina? sungkai ke? akak pun teringin nak pegi tp still x berjaya lagi.. cam best je rumah ladang tu..

Min said...

bestnya... tak sabaq nak balik mandi sungai, mandi laut... sini semua sejuk aaaa!

ieda said...

hot spring...sib baik ina sebut...kena masuk dlm senarai jalan2 thn ni.

ICAZIESYIRA said...

ok. nanti nabila jumpa ayesha pulak ye :D

Jue-Isteri_Ibu said...

ish..ish..ceria sggh dia yer main air..manis jer..sama cam ainie..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...