29 January 2011

Ni jer ruang yang ada...!!

Modem internet kat rumah dah kembali pulih. Entah kenapa boleh rosak sampai line telefon pun takde. Pulak tu menunggu hampir 2 minggu menunggu technician Telekom datang..huhu..Update yang sebelum-sebelum ni hanya menggunakan telefon dan melalui email. Gambar pun tak tau nak upload camner..

Seperti yang dikatakan pada entry lepas, aku ingin menunjukkan ruang yang telah diubahsuai olehku khas untuk Nabila...

~Takpelah korbankan ruang tamu ni untuk Nabila..Lagipun memamg kat sini jer tempat slalu kami berdua buat aktiviti. Nasib baik masih ada ruang untuk tetamu duduk bertandang. Kalau tak..mau sofa tu kena jual..hehe..Hurm..rak yang hujung tu pada mulanya almari kasut..sudahnya situ aku letak semua mainan Nabila. Hurm..nak buek camno..rumah sempit~

Dan aku beli ini untuk Nabila...

~sian kat anak dara nih..asyik terbaring je..kalau duduk pun asik menunduk jer..Bila dapat duduk ngan meja nih..boleh la letak mainan depan dia..~

Takpelah dik..ibu cuba buat yang terbaik untuk adik. Kecik pun keciklah ruangnya..Janji kita boleh buat aktiviti kan.. :)


~ni frust ke penat dik oiii..~

Dan salah satu adegan yang aku ingin tunjukkan pada kalian adalah ini...

~apa nih dik..!!~

Masa ni..aku kat atas..tengah mandi..Abg pula tinggalkan Nabila sebab nak pergi kedai..dia mainlah sorang-sorang kat bawah. Mula-mula cantik je ayah dia letak dia kat atas tilam tu.Siap berbantal lagi. Alih-alih bila aku selesai mandi..turun bawah tengok dia dah terbaring macam tuh..Mak aiiii..camner ko gerak dik? Ni mesti kes berpusing-pusing sampai dah tergolek kat tikar tuh..Punya sedap ayah letak kat tilam..nak jugak baring kat tikar tuh..adik..adik..huhu..!

10 comments:

Jue-Isteri_Ibu said...

hehehe..memang comel nabila kat meja tulis tu. lagaknya cam nak wat homework jer.. bagus la tu nabila..pusing2 lagi..ibu dah wat tempat nabila tu, jelajah semua tempat yer, nak..saya pun dalam proses nak beli meja utk ainie..

nuyin2u said...

oklah tu, ada anak mcm ni, rumah mmg kena ubah suai jadi ala2 tempat fisio , hehe

Mawar said...

kak ina,

nabila lg suka duk kat bwh sbb sejuk kot, akak kena psg aircond kat tpt dia main tu lg selesa

Tika said...

Ina..
Akak ni tak leh nak ubahsuai sangat kat tempat Aimy selalu main.. dah kakak2nya lasak.. main langgar jer kadang mainan adik huhu..

Tapi memang ada penjuru khas tempat Aimy selalu main dan beraktiviti..hehe

Tapi sangat berkenan dengan kerusi Nabila.. mana beli ek? tapi nampak cam mahal jer huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Jue:huhu..bergolek sampai situ yang tak tahan tuh..ada tempat lembut..tempat keras gak dia nak baring...

Yasmin Nabilah.. said...

betul tu kak..tu je ruang yang ada..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

mawar: dah pasang dah aircond nyer..sebab kat atas akak bukak balik bilik tetamu.sian pulak org datang tido tapi takde bilik..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak tika : beli kat toys r us kak . rege dalam 180..hurm..dah lama dah beli kerusi tu..dia ala2 bumbo punya..

Min said...

nabila yang cantik... moga terusan kuat ye sayang!

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Min: Amin.. :) "Santek ke saya Ummi Min..Mawaddah pun santek jugak.."

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...