12 January 2011

Penuh !!

Petang tadi, aku dan Nabila ke HSB. Temujanji bersama speech therapist, Puan Anida. Kali terakhir kami bertemu pada bulan 11 yang lalu. Sengaja mengambil tarikh appointment yang agak jauh. Kerana temujanji hanya berkisar tentang perkembangan si kecil ini..

Namun, pelbagai perkara dibincangkan. Dan bertalu-talu soalan di keluarkan. Semuanya berkisar tentang Nabila. Tentang sekolah, tentang cara makan, tentang skill menelan dan macam-macam lagi.

Temujanji sebelum ini , pernah ku utarakan tentang hearing test untuk Nabila. Bukan tak pernah melakukannya, cuma aku mahukan kepastian. Nabila pernah menjalani ujian ini ketika dia berusia 6 bulan. Dan keputusannya, Nabila tiada masalah pendengaran. Sawan yang dialami ketika lahir tidak menjejaskan pendengarannya. Namun, sejak usia Nabila menginjak ke 2 tahun, Nabila terlalu peka dengan bunyi. Andai bunyi kuat saja, pasti terkejut. Mungkin tiada faktor yang mengatakan Nabila ada masalah pendengaran, namun langkah berjaga harus diambil. Tak mengapa jika ujian itu dilakukan berulang kali!

Aku turut menceritakan keadaan Nabila yang masih lagi mengalami masalah penelanan air liur yang kurang baik. Kata Puan Anida,dia pernah terdengar tentang suntikan botox yang di cucuk di mulut bagi mengurangkan masalah air liur meleleh. Namun dia tidak memberikan fakta yang tepat. Dan cadangannya, dia mahu aku bertanya kepada doktor peadiatrik berkenaan hal tersebut. Nabila juga tidak pernah dirujuk ke doktor Rehab. Mungkin aku perlu lakukan sesuatu tentang hal ini. Harapnya aku akan ingat tentang perkara itu ketika berjumpa doktor kelak.

Nabila perlu menjalani satu ujian lagi. Pada mulanya, aku menceritakan tentang keadaan nafas Nabila yang sering berbunyi dan ianya kelihatan seperti asma. Masalah ini juga pernah diutarakan oleh kedua-dua therapist Nabila di sekolahnya. Mereka bimbangkan Nabila. Bimbang andai anak ini benar-benar asma. Ayah aku juga pernah menyatakan tentang hal ini juga. Namun pabila diperiksa oleh doktor, katanya paru-paru Nabila ok. Aku masih tidak berpuas hati dengan kenyataan ini. Jika bukan asma, mengapa Nabila sering mengeluarkan bunyi di dadanya ketika bernafas?

Dan doktor di ENT menyatakan simptom-simptom..
1) Adakah Nabila selalu gatal di bahagian hidung ? YA !

2) Adakah Nabila sering bersin ? YA!

3) Selalu menahan nafas? YA!

Aku tak pasti apa yang menyebabkan perkara semua di atas berlaku, jadi aku mengambil keputusan untuk melakukan ujian tersebut. Cuma aku khuatir dengan kata-kata Puan Anida tadi. Katanya kemungkinan Nabila ada resdung. Hurm..sekecil -kecil anak pun ada resdung kah? Aku tak pasti..

Kedua-dua ujian ini akan berlaku pada bulan February nanti!

Bagi temujanji peadiatrik dan mata juga akan berlaku pada bulan yang sama! Semua temujanji berhampiran antara satu sama lain. Dan semuanya pada bulan February. Dan yang pasti bulan February antara bulan yang penuh dengan temujanji sana sini. Dan aku mengharapkan semuanya baik-baik saja. Tiada perkhabaran yang mengejutkan. Terutama dari Ophthalmology & Otolaryngology.

7 comments:

Jue-Isteri_Ibu said...

Semoga dipermudahkan urusan ina dan nabila nanti, Amin.

Anonymous said...

salam ina...elok nya bawa berjumpa pakar jer tuk permasalahan nabila tu...ttg air liur yg meleleh tu k.gie ada mendengarnya dari pakar sendiri takkala adif diwad baru nie..memnag btl ada kaedah suntikan botox tuk mengurangkan air liur yg meleleh...tuk yg berkaitan dada yg berbunyi tu seeloknya berjumpa dr pakar sebelum bertambah buruk,,,minta simpang jgn la dia kena severe pnuemonia....adif dah alami semua tu...muga nabila sihat selalu..........

Kerikil Kehidupan said...

semoga nabila baik-baik sajer dan terus ceria selalu...sayang nabila...

Anonymous said...

Ina n nabila...semoga semuanya baik2 sahaja...no worries ok..insyaallah evthing goes well.n u..take care n be strong ya..!!

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga nabila baik-baik sahaja.Ina, jadual appoinment aisya utk Februari ni pun full.semuanya berdekatan (malah tiap-tiap minggu ada temujanji.huhuhu)Rasa nak berenti keja jer!

cute said...

salam ina...akak tak pasti andai nabila bolhe atau tak..tp rasenye boleh je kot untuk kurangkan selalu bersin..selsema..cube kerap bgkan die mkn ubat habbatusauda...anak akak aritu pun teruk gak kene selsema..paru2 penuh kahak smpi doktor da ckp anak akak asma..die bg ubt sume untuk pesakit asma..lepas akak kerap bg die mkn habbatusauda tue alhamdulillah kahaknye terus hilang...bwk g check up balik doktor pun heran mcmane leh ilang kahak dgn begitu cepat tnpa mkn ubt yg dibg tue...syukur alhamdullillah.. lina cubela bg kt nabila..habbatusauda adalah penawar segala penyakit...mane tau elok untuk nabila...akak pki produk HPA..die letak lam kapsul gel tp akak gigit then picit kasi kua baru tekan ngn stringe..takut die tercekik tak reti nk telan...cubela kalu nak..insya'allah...

Yana@Noni said...

semoga semua keputusan ujian nanti baik-baik saja yer...ina..insyaallah nabila takda ape2...sama2 kita doakan...:-)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...