28 January 2011

Tidak pantas dalam membuat keputusan!!

Aku menerima surat dari sekolah Nabila. Dan aku sudah mengagak perkara ini berlaku. Kerna telah diberi 'hint' oleh Kak Ina. Dan petang tadi, mereka ada menelefonku. Mungkin untuk mengatakan tentang perjumpaan ibu bapa tentang hal itu.

Hal apa?

YURAN SEKOLAH NABILA LAH!! APA LAGI..!!

Sewaktu entry ini di taip..aku belum menceritakan hal ini kepada Abg. Dan aku tahu pastinya dia akan melenting! Huh! Kalian rasa agak-agak aku nak pergi ke sekolah Nabila untuk perjumpaan itu?

Hurm...Macam berat hati pula untuk aku pergi ke sana. Sebetulnya boleh saja aku jadi antara parents yang tak dengar kata pihak pengurusan. Tapi bila memikirkan pihak pengurusan meminta perkara yang bukan-bukan..aku jadi panas!

Huh! kata untuk low income! Tapi main bantai jer semua. Geramnyer..!!

Sebenarnya tak tahu nak luah kat siapa. Dalam blog jelah yang boleh untuk aku meluahkan segalanya. Dan sekarang ini aku sedang cuba menilai baik buruk Nabila di situ? Nampak ada perubahankah dia? Entahlah...Mungkin juga dapat berpusing dan gelak tawanya makin kuat menunjukkan sedikit perubahan. Tapi, bila semalam bosan-bosan kat office di Kuching haritu, aku sempat membelek video lama Nabila. Rindulah katakan. Tapi yang aku dapat perhatikan, Nabila boleh saja ketawa dan respons sebelum dia dimasukkan ke dalam sekolah.Hurm..entahlah dik!!

Dan sekali lagi doa untuk Nabila. Moga ianya memudahkan kami untuk membuat keputusan demi Nabila!!

4 comments:

munna said...

doakan yg terbaik buat nabila sekeluarga

Yasmin Nabilah.. said...

munna: terima kasih munna..Amin..:)

Bicara hati ibu aisya said...

Ermm..xsempat nak tanya banyak pasal nabila arituh.1 1/2 jam xcukup lah jmpa.mau kena 1 hari nih kita lepak.hihihik.So, macam mana ina?ayu doakan moga terbentang seluas-luas jalan untuk nabila.

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu: mudah-mudahan..moga jalan aisya juga terbentang luas..Amin..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...