28 February 2011

Cuba menerima hakikat ini..

Entah kenapa hati saya agak berat untuk ke hospital pagi tadi. Walaupun ada awalnya saya begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terkini tentang mata Nabila.

Saya cuba menguatkan semangat. Berfikir positif. Namun, pabila optometrist menyatakan ini..

"Perkembangan matanya masih lagi di peringkat umur 3-4 bulan. Seperti yang puan katakan, kemungkinan anak puan hanya nampak pada cahaya. Dan bukan pada objek. Seperti bayi. Hanya nampak objek di hadapannya saja. Dan perkembangan ini akan seiring dengan perkembangan lain seperti meniarap, merangkak dan sebagainya ".

"Puan teruskan s
timulasi seperti bermain torchlight pada matanya. Gerakkan seperti ini, dan juga puan belilah tikar yang macam petak-petak tu untuk memudahkan anak puan berpusing"

Serius saya katakan, saya termangu-mangu pabila dia menyatakan perkara itu kepada saya. Dan serasa saya, hati sepertinya hancur berkecai.. Dan kaki saya lemah untuk berdiri.

Sedari dulu, saya cuba meyakinkan diri bahawa Nabila sebenarnya boleh nampak apa di sekelilingnya. Walaupun saya tahu, matanya tidak fokus dengan apa yang dipandang, namun gerak hati ini yakin, Nabila nampak! Cuma saya tidak menyangka, begitu jauh jaraknya Nabila ketinggalan.

Saya benci microcephaly! Saya sedih melihatkan kepala Nabila yang kecil. Tumbesaran tidak seperti anak berusia 3 tahun. Dari itu, manalah boleh otak Nabila akan berkembang mengikut umurnya. Dan kerana itu Nabila tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Ya, Allah..saya hanyut dibuai perasaan! Saya geram. Saya sedih. Saya pilu. Saya mahu semuanya berubah! Dan saya mahu Nabila yang lebih baik!

Astagfirullahalazim...Entahlah. Saya kesal! Kerana tidak bersungguh sedari dulu. Saya lalai. Saya yang jadikan Nabila microcephaly. Saya yang bersalah! Nabila..Maafkan ibu!!!!!

Dan tadi, saya berjumpa dengan sepasang suami isteri ini. Dari jauh mereka hanya merenung Nabila. Dan mahu bertegur sapa dengan kami. Dan saya seperti biasa. Tidak memandang. Kerana fikiran saya sedang berkecamuk!

Akhirnya si suami datang. Dan menyapa saya dan Abg. Rupanya mereka berdua senasib dengan saya...

"Dik, anak ni microcephaly ek.."

Kami mengangguk dan tersenyum. Dan kata mereka, mereka juga mempunyai anak yang sama seperti Nabila. MICROCEPHALY. Dan apa yang saya kesalkan adalah anak itu telah pergi meninggalkan ibu dan ayah ketika berusia 6 tahun. Dan anak itu begitu mudah sekali menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hanya ketika tidur!

Mereka melihat saja Nabila. Dan saya nampak wajah kerinduan mereka pada anak yang satu itu. Mereka kata Nabila persis anaknya. Dari segi perilaku dan juga wajah mereka.

Abg sempat melihat gambar arwah. Dan mengiakan bahawa wajah Nabila dan arwah hampir serupa. Dan saya bersama si ibu berbual dan saling bertukar pendapat. Saya melihat dengan mata saya sendiri kekuatan si ibu. Yang begitu berusaha melindungi si anak.

Katanya, dia pernah bergaduh gara-gara orang mengata anaknya. Dan saya fahami hatinya. Kerna saya juga pernah melaluinya. Sebak. Memang sebak. Saya hampir menitiskan air mata. namun saya tahan. Saya tahu si ibu itu seorang yang kuat semangatnya! Malu saja jika saya menangis di hadapannya.

Apapun, hari ini saya rasakan kelam. Saya cuba menghiburkan hati dengan bermain dengan Nabila, namun tadi tak semena-mena saya menangis. Saya tak mampu menahan air mata ini. Saya peluk Nabila. Cuba memujuk hati yang lara.

~Lena.Hati ini sayu melihat wajah tulusnya. Anak ini tidak mengerti apa-apa..~

3 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Ayu tahu ina kuat.Kekuatan ina buat nabila bertambah kuat dan semakin berusaha untuk maju.Menangislah kerana itu satu terapi yang melegakan tapi selepas itu ina perlu bangkit.3 tahun ina bertungkus lumus dan ina dah nampak hasilnya kan?Teruslah berusaha untuk nabila, insyaallah..
Ada hikmah atas setiap apa yang Allah ciptakan.Pengorbanan ina pasti berbalas.
Kiss n hug untuk nabila sayang.

umi aiz said...

insyaallah....akan ade perkembangan dari masa ke semasa kak...ye mungkin lambat dari kanak-kanak lain, akak mesti kuat dan nabila jugak akan kuat...nangislah sepuasnya kak..nangis akan jadikan kita lagi kuat...sentiasa doa untuk kebaikan nabila dr umi sha n baby aiz...

Kak Aini & Irdina said...

Assalamualaikum Ina

Kak Aini faham perasaan Ina....Kak Aini sendiri ambil masa setahun lebih jugak utk menerima hakikat yg Irdina memang tak nampak....dia hanya boleh nampak cahaya dan warna sahaja, tp bukan objek....Alhamdulillah, tahun ni dia dah pun 5 tahun, cepat jer masa berlalu...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...