24 February 2011

Nabila berubah?

Seminggu sudah saya memerhatikan Nabila. Serius. Saya nampak Nabila berbeza. Sangat berbeza jika dibandingkan minggu lepas.

Siri tangisan Nabila juga telah berakhir sejak Ahad lepas. Saya sudah jarang mendengar tangisan Nabila. Eh..bukan jarang, tapi langsung tak dengar. Adakah Nabila sudah bosan untuk menangis?

Yang ada hanya senyuman terukir diwajahnya. Bangun tidur senyum, pandang ibu senyum, minum susu senyum, makan nasi senyum. Segala-galanya senyum!!

Bukanlah tidak bersyukur dengan apa yang telah terjadi kepada Nabila.  Saya sangat-sangat gembira dengan kelakuannya ini. Alhamdulillah. Namun, hati ini tertanya-tanya. Adakah Nabila sedang menuju ke arah kematangan? Saya tahu ramai yang pernah berkata kepada saya, " Mungkin sampai satu tahap nanti, Nabila tidak akan menangis seperti sekarang ini..."

Jika benar, Alhamdulillah. Nampak benar anak dara saya sudah dewasa. Jika dulu tangisannya mengundang gundah gulana kepada saya dan Abg, kini saya rasakan Nabila begitu senang untuk menjaganya.

Saya berkata pada mak.. " Mak perasan tak adik macam dulu balik..masa dia baby dulu. Jarang menangis, tak banyak ragam.."

Mak bersetuju dengan saya. Mungkin adik sedang mengalami fasa perubahan dalam dirinya. Mungkin adik menangis kerana mahu besar. Ya, mungkin juga..!!

Selang sebulan setengah lagi hari lahirnya akan tiba. Dan saya dapat rasakan anak ini mahu meneroka lebih dari apa yang dia dapat sebelum ini. InsyaAllah..Ibu akan cuba usahakan. Ibu akan pimpin tangan adik dan kita berjalan bersama-sama. Susah senang kita lalui ye sayang.. InsyaAllah...

~Moga keceriaan kekal diwajah anak ini..Amin..~

5 comments:

munna said...

alhamdulillah....semoga nabila bertambah ceria

EdaManAli said...

setiap kesabaran itu, Allah akan bayar dgn sesuatu yg m'gembirakan hati kita...sayangkan Allah pd hambaNya...

senyuman nabila, mmg menyejukkan jiwa...

Azrine Razak said...

Alhamdulillah.. gembira membaca entry ini. Nabila sayang, semoga kamu akan terus maju! Senyuman kamu mmg manis sekali :)

AIN NAZRI said...

Alhamdulilah kak, semoga Nabila terus membesar dan terokai dunia baru nie.. Good Luck adik Nabila.. teruskan bersemangat ye dik

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..kan ibu ayu dah cakap, nabila memang good girl.Pasni blh teruskan excersice rajin2 tau.
kiss utk nabila!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...