10 February 2011

Perihal Nabila & Pediatrik Sungai Buloh...

Entry lepas, saya ada menceritakan tentang temujanji kami bersama doktor pediatrik. Dan sememangnya saya menunggu saat ini kerana saya ingin bertanyakan pelbagai soalan tentang Nabila kepada doktor.

1) Tentang serangan sawan..
Dua jenis serangan yang saya kenalpasti selepas temujanji sebelum ini. Yang pertama di sini. Dan kali kedua di entry ini . Malangnya dek kelam kabut kerana Nabila menangis saya terlupa untuk membawa handphone yang mengandungi video yang telah saya rakam sewaktu serangan itu berlaku. Serangan kedua tak sempat nak rakam sebab terlalu sekejap sangat. Dan langsung tak teringat untuk rakam saat-saat itu. Adoiyyaiii!!

Doktor mengatakan serangan pertama kemungkinan sawan berdasarkan apa yang telah saya ceritakan kepadanya. Manakala serangan kedua kemungkinan bukan. Memang serangan ini akan berlaku dalam pelbagai jenis dan anak-anak seperti Nabila ini memang punya potensi besar untuk diserang lagi. Yang itu memang saya akui..kerana doktor di NICU juga pernah menyatakan perkara yang sama sewaktu Nabila medapat serangan pertama di sana.

Cuma saya perlu lebih alert. Kata Dr. Victoria, sentiasa ingat untuk merekod setiap kelainan pada Nabila. Dan jika berlaku lagi dia menyuruh saya untuk terus membawa Nabila ke emergency. Namun menurutnya lagi, hanya kes-kes yang kritikal dan memerlukan pemantauan selanjutnya saja yang akan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Bagi kes Nabila, kemungkinan jika dilaporkan mengalami masalah itu, akan diberi pilihan sama ada mahu dibawa ke wad untuk pemeriksaan lanjut atau balik saja ke rumah. Dan saya telah menjangkakan apa yang doktor katakan kepada saya berdasarkan pengalaman saya yang lepas-lepas sewaktu Nabila di serang sawan. Pastinya kami disuruh balik dan memantau keadaannya di rumah. Serangan hanya berlaku sekitar kurang 30 saat saja.

2) Tentang suntikan botox di mulut..
Puan Anida ada menyuarakan hal ini kepada saya sewaktu Nabila sedang menjalani sesi speech therapy nya. Dan saya cuba bertanya kalau-kalau di Sungai Buloh ianya ada dilakukan atau tidak. Dan jawapannya .. TIDAK!! Dan pastinya doktor juga tidak menggalakkan untuk Nabila mengambil suntikan tersebut. Cuma doktor terperanjat tatkala saya menyatakan tentang perkara tersebut. Andai ada pun, pastinya ia dilakukan di HKL.

Hurm..tak mengapalah..saya hanya bertanya saja..tapi saya nampak mimik muka kurang senang terpamer di wajah doktor tersebut. Adakah dia akan marah pada Puan Anida tentang perkara tersebut? Wallahualam...

3) Tentang doktor Rehab..
Sebenarnya sepanjang Nabila menjalani terapi-terapi di Sungai Buloh..Nabila LANGSUNG TAK PERNAH di rujuk kepada doktor Rehab. Saya tak pasti ianya perlu atau tidak..tapi memandangkan saya lihat Unit Cara Kerja macam tak nak jer buat splint baru untuk Nabila, so saya ambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan doktor rehab. Bukan nak menuding salah kepada sesiapa cuma saya nak tahu lebih lanjut tentang splint Nabila. Ini juga atas request dari Therapist Nabila di Tasputra yang mahukan saya menyuruh Unit Cara Kerja di Sungai Buloh untuk membuat splint baru untuk Nabila. Jika ada yang masih ingat entry ini , Nabila menangis tatkala saya memakaikan splint untuk Nabila. Nabila hanya bertahan 5 minit saja untuk pakai..dan Therapist di Tasputra pernah mengenakan splint tersebut di kaki Nabila dan kata mereka, timbul bekas merah di betis Nabila. Ketat barangkali....

Cuma saya mengharapkan mereka dapat melakukan sesuatu kali ini. Tadi sewaktu ingin menetapkan temujanji, kata Abg, mereka akan menghubungi kami kemudian. Saya tak pasti tentang perkara tersebut. Dan harapnya ia mereka lekas-lekas membuat temujanji nanti.

4) Tentang temujanji bersama Jabatan Dietetik...
Masih ingatkah kalian pada entry ini ? (entry kali ini banyak review dari entry lepas2..hehe..) . Marah betul bila diingatkan kembali. Dan tadi doktor masih lagi mahu saya ke sana untuk meminta nasihat mengenai pemakanan Nabila. Serius saya takde mood nak pegi. Tapi bila mengenangkan kata-kata doktor tadi...
You pergi sekejap je..pergi 2-3 kali..dah tahu apa yang perlu dibuat..you tak payah datang lagi..yang penting you tau apa yang perlu untuk anak you. You sendiri tengok berat anak you macamana kan...Berat dia tak sesuai untuk umur dia...
Yelah doktor..saya pergi...!!

Huh..kalau saya jumpa lagi perempuan tu..entah boleh berhadapan dengan dia ke tak..huhu.. Dan saya nak Abg datang sekali . Sama-sama dengar apa yang dietitian cakap..habis cerita!!

.............................................................................................

Tu yang saya ingin katakan pada doktor peads tadi. Cuma masa sampai-sampai saja tadi dia terus tanya bila appointment dengan Audio? Mungkin dia ternampak rekod dalam sistem tu kata Nabila ada repeat hearing test. Dia tanya kenapa repeat test? Hurm..tu test bila punya..masa Nabila umur 6 bulan..saya nak tau perkembangan hearing Nabila. Salah ke nak buat lagi? Kan bagus kalau tau semua...Lagipun serangan sawan banyak berlaku selepas Nabila melakukan test tersebut. Manalah tau ada effect apa-apa ke. Saya tak mengharapkan apa-apa yang buruk berlaku pada Nabila, cuma saya mahu bersedia dan berjaga-jaga. Itu saja...

Dan Dr. Victoria tu tanya bila nak buat test ENT. Saya kata dalam bulan ini juga. Sebab saya ada report Nabila tidur berdengkur..dan kadangkala dadanya berbunyi. Kata Puan Anida, anak-anak kecil tak elok tidur berdengkur. Pulak Nabila memang ada masalah menelan. Baik check je semua. Tak salah kan?

Dan sempat doktor memeriksa demam Nabila. Dia terkejut bila saya katakan Nabila dah seminggu demam dan kedua-dua ubat (demam dan antibiotik) dah habis tetapi demamnya masih tak kebah-kebah. Mujur juga kami ingat nak bawa kertas di dalam kotak ubat antibiotik Nabila. Nak sebut namanya tak reti. Huh! berbelit-belit..Dan terus saja Abg menghulurkan kertas yang berisi butiran ubat antibiotik Nabila itu. Dan doktor menyatakan akan memberikan ubat yang lain untuk Nabila.

Cuma tadi doktor mengambil air kencing Nabila kerana khuatiri ada kuman. Sebab kencing Nabila agak busuk sejak demam ini. Menangis meraung Nabila sewaktu nurse mengambil sampel air kencingnya. Saya terpaksa menanti di luar. Macam biasalah prosedur hospital.. tak bagi tengok apa yang dilakukan pada anak.

Result seminggu lagi baru keluar. Lambatnya? Macamana kalau demam Nabila masih lagi tak kebah-kebah? Adoiyaiii..kalau diam saja takpe..Ni menangis, merengek, meraung semua ada. Entahlah...

4 comments:

ieda said...

salam ina..moga nabila tambah sihat hari ni.
bila baca ttg nabila menangis tu akak teringat kata2 pensyarah akak dulu.dia juga seorg pakar kanak2.katanya bila bayi menangis berikan bayi tu kepada bapanya utk didodoikan.bayi menjadi lebih tenang bila mendengar nada @ tone suara lelaki.cubalah teknik ni.tapi pastikan ayah nabila juga tenang masa nak dodoikan nabila sb baby boleh rasa degupan jantung kita.

Min said...

semoga nabila terus kuat & sihat... ina pun take care ok, jgn stress2...

Mawar said...

kak ina,

sy & keluarga doakn akak & suami terus tabah mendepani hari2 kita yg belum pasti ini

moga ada sinar buat nabila, sama2 kita doakan ya kak. jgn sesekali putus harap, jgn sesekali putus doa...

Bicara hati ibu aisya said...

Salam ina..
Semoga nabila semakin sihat hari ini.Semoga result air kencing nabila juga normal/xada masalah.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...