21 February 2011

Risau!!

Tengah dalam mood risau kat Nabila.... :(
Pagi tadi, saya menyiapkan Nabila mandi untuk ke sekolah. Pagi yang sangat tenang. Tidak kelam kabut dan segalanya berjalan dengan baik. Selesai menggosok dan memasak air panas untuk mandian Nabila, saya terus mengejutkan anak dara itu.
Nabila yang agak malas untuk bangun, perlahan-lahan dia membuka mata. Dan saya memberikannya susu untuk diminum sebelum mandi. Nabila tak menangis langsung dan saya jangkakan mood nya baik-baik saja hari ini. Alhamdulillah.
Namun, selesai mandi dan memakai baju, saya meletakkannya di atas katil dan giliran saya untuk bersiap pula. Sambil bersiap, saya menjeling ke arah Nabila yang sedang senyap berbaring di atas katil. Dan tiba-tiba mata Nabila kelihatan terjengil (buntang bulat matanya) dan kedua-tangannya di depangkan. Nampak lain benar wajah Nabila ketika itu.
Saya cuba mengejutkannya. Dan matanya kembali ke asal. Dan kemudian Nabila seperti sukar untuk menelan air liurnya. Nabila kena sawankah? Hati saya berdetik bila melihatkan keadaannya begitu.
Dan di dalam perjalanan ke sekolah, Nabila senyap berada di dalam car seatnya. Cuma kadangkala saya terdengar Nabila seakan tersedak air liur dan sukar untuk menelan air liurnya kembali. Dan kepalanya dan badannya nampak tersentak-sentak. Hati saya mulai risau.
"Nabila dah buat hal balik nih..."
Lantas saya mencapai telefon. Dan cuba merekod apa yang saya lihat. Ianya untuk rujukan doktor. Saya tidak pasti sama ada ianya sawan atau tidak. Kejadian itu tidaklah lama, hanya 2-3 saat, namun ianya berulang kali.
Saya tak dapat nak attach video dalam blog ini kerana di pejabat saya, blog telah di block oleh pihak Teknologi Maklumat. Saya hanya menulis catatan ini melalui email sahaja dan di publish kan terus ke dalam blog.
Saya sempat memberitahu pihak sekolah tentang perkara itu. Mahu mereka memantau keadaan Nabila, dan andai nampak lebih ketara, mahu mereka menghubungi saya. Saya tidak dapat membawa Nabila ke hospital terus kerana masih berada dalam kursus lagi.
Dalam hati terus berdoa, agar ianya bukanlah sawan. Dan mahu anak itu baik-baik sahaja di sekolah..

1 comment:

Bicara hati ibu aisya said...

Moga nabila baik-baik sahaja.Ina, risau ayu bila baca cerita nabila nih.Apa kata ina bawak nabila g klinik @ spital?

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...