16 March 2011

Alamak..sudah salah anggap la..

Huhu..Minta ampun semua..hurm..entry lepas mencetuskan kontroversi !! hehe...
Sebenarnya semalam saya memang muntah-muntah. Entah kenapa kepala pusing dan terasa loya. Dan bukanlah disebabkan saya mengandung. Saya salah makan semalam. Perut masuk angin dan sudahnya begitulah yang terjadi pada saya semalam.
Agak mustahil untuk saya mengandung ketika ini kerana saya masih lagi dalam tempoh 'berpantang' . Saya masih lagi memakai Implan iaitu perancang kehamilan. Sudah masuk tahun ke 3 saya menggunakannya dan dijangka akan dibuka pada November ini.
Bukan tidak mahu menambah anak ketika selepas kehadiran Nabila, saya dan Abang tersangatlah mahu. Cuma keadaan membataskan kami. Melihat orang lain sibuk menambah, lagi-lagi mereka yang seangkatan dengan saya (yakni berkahwin pada tahun 2007) sudah mempunyai 2-3 orang anak. Ada yang pernah bertanya pada saya, sudah berapa orang anak. Dan saya hanya menjawab 1. Satu sahajakah? Tidak mahu menambah?
Hurm..bila sudah ditanya sebegini, serasanya susah untuk saya menjawab. Lebih-lebih lagi ia melibatkan soal Nabila. Namun jauh di sudut hati saya, saya mahukan Nabila mempunyai adik beradik yang lain. Cuma saya khuatir apakah nanti adik-adik Nabila akan menerima kehadiran kakaknya yang serba kekurangan itu?
Entahlah. Dan saya bermohon apa yang saya rancang bersama Abang akan dipermudahkan. :) Amin...

3 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Huh..memang suspend sungguh.Hahaha..Semoga dipermudahkan segalanya.
Ina, insyaallah bakal adik-adik nabila pasti boleh menerimanya.Yang penting cara didikan dan ajaran yang kita kena praktikkan sejak dari mereka kecil.Jangan risau k.

Yana@Noni said...

aaamin...moga Allah memakbulkan segala permintaan Ina & suami ....:-)

MaMaNuRiN said...

-:) heheheheh ina ni..dahcseronok dah mamanurin baca entry semalam, sebab nanti nabila ada kawan nak main hehehehe..dah ok ker?

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...