08 March 2011

Amukan si anak!

Entah kenapa pagi tadi, mood Nabila kurang baik. Pada awalnya saya bangun seperti biasa pada jam 5.00 pagi. Melihatkan Nabila sudah bangun, saya terus sahaja menyiapkan susu untuk diminum.

Dan seperti biasa rutin pagi, mengemas beg pakaian Nabila dan memandikannya. Sementara saya bersiap, pada ketika inilah Nabila merengek. Agaknya mahu tidur di buaian.

Salah saya juga, saya hanya memujuknya supaya sabar menanti saya bersiap. Dan rengekannya mulai kedengaran. Perlahan dan kemudian makin kuat. Kelam kabut saya mengenakan tudung, dan terus berlari ke bawah dan cuba memujuknya untuk tidur di buaian.

Laungan Nabila makin kuat. Rasanya 2-3 rumah dengar jeritan Nabila. Cepat sahaja saya melangkah kaki masuk ke dalam kereta. tidak mahu tangisan Nabila menggangu jiran sekeliling. Aduhai!

Dan di dalam kereta, laungan semakin nyaring. Dan tiba-tiba hati rasa tak sabar. Puas saya istighfar..mengucap panjang mendengar laungan Nabila. jeritannya saja boleh dengar dari luar kereta. Huh! kuat benar amukannya.

Tangan di hayun menunjukkan rasa protes. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pagi tadi. Hampir saja tangan ini mahu menepuk Nabila. Ya Allah, manakah kesabaran ini?

Sudahnya saya berhenti di tepi jalan. Itupun setelah puas saya memujuknya sambil memandu. Saya tidak mahu lambat ke pejabat. Cadangnya mahu awal kerana mahu bertanya soal kejadian yang menimpa Nabila semalam. Namun, bila jadi perkara sebegini, membuatkan saya terpaksa berhenti untuk memujuknya.

Faham sajalah si kecil ini. Lagi di pujuk lagi kuat laungannya. Seolah-olah menyalahkan saya kerana gagal menurut kata hatinya. Aduhai anak..mengapa Nabila sedegil ini.

Mulalah hati ini berfikir yang bukan-bukan. Salah saya kerana ketika mengandung, saya memang kuat merajuk. Merajuk dengan Abg! Dan kesannya ada pada Nabila kini. Menyesal tak sudah rasanya..!!

Akhirnya saya tetap meneruskan perjalanan walaupun tangisan Nabila masih berkumandang. Dan hati saya mulai gerimis. Hampir saja air mata ini jatuh. Dan kemudian, saya langsung tidak mendengar tangisan Nabila lagi.

Saya toleh melihat si kecil itu. Tangisannya itu digantikan dengan senyuman. Ya Allah, tak terkata pabila saya melihat senyumannya. Nabila sengaja menduga saya di pagi hari! Dan kemudian mulutnya riuh. "Buuuu..aaaa..uuuuuu..oooo"

Kepala saya menggeleng-geleng.. Nabila..Nabila...

7 comments:

Yana@Noni said...

Nabila saje yer....wat ibu kelam kabut kan....itu baru sorang Ina..kalau 2 @ 3 lagi mcm lipas kudung la kiter jwbnyer...akak pagi2 memang sakit dada dibuatnya..nak bangunkan 2 orang putera puteri tu berminit-minit jawabnya tau..:-) tapi x kisahla dah memang tanggungjawab kita kan...ikhlaskan ajer la..hihihi

Yana@Noni said...

sajer jer Nabila yer...wat ibu kelam kabut waktu pagi ye....bijak2:-)

Mama Ariana said...

nabila...nabila bt gimik kt ibu pagi2 ye...dah pandai nabila nie...x mau cm tu lg ye sayang cian ibu kelam kabut pagi...

Bicara hati ibu aisya said...

Pandai nabila main-mainkan ibu yer?hihihi..xamu camtu lagi tau sayang.Kiss untuk nabila yang cantik.

Salina@IbuAqil said...

Na, dulu Aqil Naim sawan tangis.. Dalam pantang ina penah rasa nak duduk atas jalan yg sesak.. Dr dgr dia nangis.. 2 jam dia nangis x berenti.. Diam bila tido asal bkk je mata mst nangis.. Last2 baru sedar.. Ooooo upanya masa ngandung dlu sepanjang mngandungkan dia ina kuat menangis.. Mcm2 hal buat ina nangis.. Senang sgt menangis.. Upanya depa ni ikut pembawakan kita kan masa ngandung.. Nabilah budak bijak.. Dia nak menduga ibu dia.. Ooooo nakal erkk mcm Aqil jugak.. Hari2 menduga kesabaran ibu dia.. :D Jgn kamuk2 nabila syg...

Mama Q said...

Nmpknya Nabila dah pandai tgk emosi ibunya....dia senyum bila dia berjaya membuat ibunya gundah..

Min said...

i told you... nabila dah makin pandai la ina... dont worry too much... she'll be fine. nak ubah perangai la. org dah besar la ibu...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...