19 March 2011

Andai ada alat bantuan untuk mata Nabila..

*Ada ke?*

Entahlah..kadang-kadang terfikir. Andai hilang pendengaran, boleh saja menggunakan hearing aid.. Tapi kalau masalah fokus pada mata? Ada alatnya? Hurm..saya tak pasti tentang itu.

Mata memang penting. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak seperti Nabila. Saya tak kata Nabila buta..Cuma fokusnya kadang-kadang hilang. Cuma kadang-kadang sahaja bila saya memanggil namanya, dia akan menoleh. Selebihnya, matanya akan memandang ke sana ke sini.

Bermain juga sangat penting untuk membantu peningkatan motor kasar dan motor halusnya. Namun, bila diusik bab mata, saya sepertinya gagal. Sepertinya mengajar si anak seperti orang buta.

Bagaimana Nabila belajar?

Saya banyak menggunakan deria sentuhan dan pendengarannya. Mujur juga pendengaran Nabila tidak terjejas. Namun, saya sentiasa berdoa agar mata Nabila dapat dipulihkan.

Saya pernah bertanya pada Jiey Mama Rayyan. Bagaimanakah cara yang paling efektif untuk melakukan stimulasi terhadap mata Nabila. Menurutnya, dia belajar melalui Kak Reenaz Mama Ridhwan. Semuanya melalui flash cards..

Saya cuba menggunakan kaedah yang sama. Dan seperti biasa, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak silap saya hampir setahun lebih saya cuba praktikkan. Namun, mungkin juga latihan yang agak kurang. Dan sekali lagi saya mengeluh..Kan bagus kalau tak bekerja?. huhu...

Entahlah..Agaknya saya terlalu keras pada diri sendiri dan juga Nabila. Saya tahu ianya tak baik untuk kami.. :(

~mata yang sangat cantik..seperti anak patung!!~

5 comments:

Yana@Noni said...

semoga ada keajaiban buat Nabila...-)

Kerikil Kehidupan said...

iNSYAaLLAH MATA NABILA DAPAT DISEMBUHKAN...KADANG-KADANG PERKEMBANGAN OTAK MEREKA NI LAMBAT...iMAN JUGA MENGALAMI RABUN DEKAT...DIA CUKUP PAYAH KALAU NAK BUAT WOODEN PUZZLE...TAPI KITA KENA USAHA JUGA KAN...KEEP TRYING OK...SALAM BUAT NABILA...

Adib said...

sabar ye akak..

Bicara hati ibu aisya said...

Yup...mata yang sangat cantik.
Semoga keajaiban menjelma untuk nabila.

Bicara hati ibu aisya said...

Yup...mata yang sangat cantik.
Semoga keajaiban menjelma untuk nabila.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...