23 March 2011

Antara anak dan diri sendiri..

Sejak kebelakangan ini rutin harian saya berubah. Saya sedang sibuk untuk diri sendiri. Namun saya kini berada di dalam dilema... :( Dilema tentang Nabila.

Selepas habis waktu bekerja, saya ke Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ke Celebrity Fitness. Saya ingin cuba untuk mengurangkan berat badan saya yang sudah obes. Serius saya katakan, berat terakhir saya adalah 82 kg. Amat menakutkan saya. Saya dapat rasa saya semakin sukar untuk bergerak. Apatah lagi berjalan jauh. Berjalan sedikit sudah buat saya mengah.

Jika dulu saya masih ingat lagi, saya boleh memakai baju saiz M, blouse pun kecil, pinggang pun takdelah sebesar sekarang ini (sebab masa sebelum kahwin pun badan dah nampak berisi..hehe). Namun bila melihatkan orang lain yang lebih cantik dan bergaya dari saya walaupun anak sudah 2-3, saya cemburu!! Cik Abg pun selalu bising, sebab kena urut kaki dan pinggang saya setiap kali pulang dari kerja. Katanya, "Mana lutut awak ni? Dah tak nampak lutut dah!!" . Huhu...Lutut dah diselaputi lemak!!

Dan saya lihat adik saya sendiri sudah susut tubuhnya. Katanya mahu memakai pakaian yang cantik ketika majlis perkahwinannya nanti, dan yang baiknya, adik saya benar-benar sudah kecil. 10 kg turun dalam masa sebulan! Bukan mudah tau. Nak jaga makan dan workout gila-gila punya!!

Saya sendiri merasakan penat pada minggu pertama saya ke gym. Namun, setelah 2-3 hari saya ke sana, peluh pun dah banyak keluar, saya dapat rasakan saya semakin sihat. Yelah, nak turun tu bukan senang. Dalam seminggu ini, dapat turun 2kg. Dan setiap masa saya perlu pertingkatkan lagi aktiviti di gym. Tidak boleh di takuk yang sama saja. Mana nak turun macam tu!!

Walaupun ada yang kata membazir, tapi bagi saya tidak. Sebenarnya bila kita melakukannya di gym, kita akan rasa lebih bersemangat lagi. Lagi-lagi bila kita di treadmill, sebelah kita orang yang lari lebih laju dari kita. Kita sendiri akan segan untuk berjalan, dan sedikit sebanyak akan cuba menyaingi orang disebelah kita.. :) Dan saya aims mana-mana perempuan yang bertubuh cantik. Mahu jadi seperti perempuan itu..ahaks!! Saya juga jadikan adik saya sebagai sumber inspirasi saya. Andai dia boleh, saya juga pasti boleh..!!

Cuma bila sibuk tentang diri sendiri, saya rasakan Nabila sudah mulai kurang perhatian saya padanya. Tidak seperti dulu, saya akan lakukan aktiviti untuknya. Kali ini saya buat setakat yang mana saya mampu. Mujur juga nenek Nabila sudi membantu. Dia memberikan puzzle untuk Nabila bermain setiap hari. Bila saya pulang, Nabila sudah tidur keletihan. Kesian Nabila...

Mungkin ada yang kata saya pentingkan diri. Namun, saya harus menjaga kesihatan saya juga. Saya mahu sihat untuk menjaga Nabila. Namun bila keadaan Nabila berterusan begini, saya risau. Ini pun saya tidur di rumah mak sepanjang 2 minggu ini.Takkanlah saya nak terus-menerus tidur di Gombak pula. Aduhai...!!

Mujur Abang memahami. Yelah, nak isteri cantik, kenalah berkorban. Sebab itu saya terpaksa pergi setiap hari. Lagi cepat berat saya turun, lagi cepat saya dapat pulang ke rumah. Kesian Abang. Lagipun ini untuk kami berdua juga.

Andai kami diberi rezeki untuk menimang cahaya mata sekali lagi, saya akan pastikan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya terlebih dahlu. Kerana sewaktu saya mengandungkan Nabila, makan saya langsung tak terjaga. Semua saya makan. Dan sudahnya, badan saya umpama belon! Dan kesannya juga saya mendapat kencing manis ketika hamil. Sangat menakutkan bukan?

Moga semangat saya terus kuat. Memang tak tahan godaan bila lalu depan fastfood, namun bila mengenangkan saya berlari di treadmill, cycling dan lain-lain, saya jadi fobia pula nak makan banyak. Hehehe... :)

6 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Wah...cyaiyok2 ina.Semoga berjaya, tercapai apa yang diidamkan.
'Kurus untuk kesihatan'.Ayu sokong tuh.Kalau xsihat camner nak jaga nabila kan?xper, nabila mesti paham tu tambah2 lagi bila nanti dia tengok ibu dia dah kurus.Dalam hati dia mesti cakap 'Ibu makin cantik' :)
Waah..nak kena join gak nih.

Putra Mama said...

Moga berjaya.. InsyaAllah Nabila faham keperluan ibunya..

iLa said...

ina,cuba amalkan mkn oat..cpt turun nnt..ila dulu berat cecah 60 lebih lepas bersalinkan zhariff.tp bla baju dah x muat,mula la susah ati.nak control mkn x bleh sgt sbb breastfeed..so mkn oat,minum cocoa colagen power plus,control gak mkn nasik sket2..alhamdulillah,pastu brat turun 58kg je.sume baju pun dah muat balik.smpai dah peknen pun berat tanak naik lak.huwaaaa!

Yana@Noni said...

Oklah mcm tu Ina...satu usaha yg bagus..moga matlamat untuk menurunkan berat badan tercapai..yg penting wat perlahan-lahan k..:-)

Farid said...

Cayalah Ina! Mehla main besi kat Le Bastion! Bagi petak-petak sikit! Hahaha

Mawar said...

kak ina,

teruskn usaha akak tu, dgn lebih gigih & istiqomah lg ya, baik utk kesihatan tu...

apapun, dlm masa yg sama jgn abaikan nabila, dia belum fhm apa2, gunakan masa yg ada brsamanya itu dgn penuh kualiti & mnfaat sebaik mungkin ya kak ina

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...