14 March 2011

Kesakitan? Sikit pun saya tak rasa tau!!!

~Entry khas untuk kaum ibu saja~ :P

Sedia maklum, saya melahirkan Nabila dalam keadaan emergency c-sear . Bila mengingatkan saat itu saya rasa seperti tidak menyangka bahawa perut ini telah dibelah kerana ingin menyelamatkan satu nyawa. Bak kata orang, tak dapat keluar ikut pintu, keluar pula ikut tingkap pula..huhu.

Pada awalnya, Nabila dipaksa keluar secara normal. Ianya siap digunting lagi bagi membesarkan bukaan. Faham sajalah kan. Namun, Nabila masih gagal untuk keluar dari rahim saya. Sakit bukan kepalang. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Namun, bila diberitakan saya akan di bedah, saya menjadi sangat takut. Selagi mahu saya meneran Nabila keluar. Namun, doktor melarang kerana Nabila telah dimasukkan kembali ke dalam. Dan terus saya ditolak ke bilik bedah.

Sepanjang perjalanan saya menjerit kesakitan. Tambahan pula bila di cucuk untuk bius, prosedurnya sangat lambat. Kata pakar bius, saya terlalu gemuk untuk mencari urat dibelakang saya. Saya rasa seperti serik untuk bersalin lagi. Pada saya cukup satu anak saya . Ia membuatkan saya berperasaan ngeri bila saya mengenangkannya, saya perlu melalui kesakitan ini sekali lagi.

Lahir saja Nabila di dunia, saya lega. Biarpun saya belum mengetahui keadaan Nabila ketika itu, saya syukur. Kedua-duanya selamat setelah hampir 4 jam bertarung di bilik bersalin, dan 2 hari menahan kesakitan akibat kontraksi. Badan saya benar-benar lemah!

Dan esoknya, saya dapat berjumpa dengan Nabila. Biarpun keadaan saya ketika itu masih lemah, namun gelodak hati mahu berjumpa Nabila sangat kuat, saya gagahkan badan ini juga. Sakit? Hurm..Alhamdulillah. Agaknya naluri untuk berjumpa Nabila lebih kuat membuatkan kesakitan itu hilang :)

Saya pernah berjalan sendirian untuk mengepam susu. Bilik penyusuan yang agak jauh, saya gagahkan juga untuk berjalan walaupun saya berjahit di bahagian perut dan bawah. Semuanya demi Nabila. Mahu anak itu dapat apa yang sepatutnya seperti bayi lain walaupun Nabila terlantar di NICU.

Saya pernah turun dan naik tangga di rumah mak. Rumah flat DBKL! Tiada lif! Berada di tingkat 4, saya tetap gagahkan diri juga untuk melangkah naik. Biarpun kata orang payah dan sakitnya keadaan ketika itu, namun saya sedikit pun tak merasai kesakitannya. Kata orang terasa ngilu dan seperti menyucuk-nyucuk.. Tapi sedikit pun saya tak rasa. Entahlah. Mungkin Allah tahu kemampuan saya. Jika saya merasai sakitnya, bagaimana untuk saya pergi melihat Nabila, berulang alik setiap hari ke hospital? Sudah tentu saya patah semangat dan asyik mengerang kesakitan yang amat.

Penjagaan luka? Saya mengambil kurang saja dari segi penjagaannya. Cuma sebaik saja mandi, saya mengelap kering-kering. Luka diperut paling amat saya takuti. Andai terbuka aatau bernanah, sudah pasti akan menyusahkan saya nanti. Makan ubat jelly gamat juga jarang-jarang. Sampaikan saya dimarahi ayah. Kerana mengabaikan kesihatan saya sibuk dek berulang alik melihat Nabila.

Sudah hampir 3 tahun ianya berlalu. Dan Alhamdulillah, saya masih lagi jarang merasai kesakitannya. Kadangkala rasa menyucuk, namun hanya seperti gigitan semut. Cuma dalam fikiran saya, saya harus menjaga kesan luka di perut ini. Kemungkinan ianya akan dibelah sekali lagi untuk adik Nabila. Saya serik untuk bersalin keadah normal. Tak mengapalah saya merasai sakitanya. Janji adik Nabila selamat.

Bila kenangkan semula, tak terbayang saya bila perut di toreh satu persatu lapisannya. Huhu..takutt!!!!!!

6 comments:

Mama Q said...

mmg rasa serik walaupun bersalin secara s-section...anak pertama & kedua saya lahir ikut tingkap. Yg pertama x rasa takut pasal pengalaman pertama..x tau prosedur c-sect..tp bila yg kedua mmg rasa gentar...& ketiga?...mcm x mau jek...ina..anak 1st saya juga masuk NICU kerana lemas. Jd kuat kiter rupanya yer kerana anak ni..saya juga berulang alik kerana nak susukan anak..

Yana@Noni said...

BETAPA BESAR PENGORBANAN SEORANG IBU...TAPI PELIK MENGAPA IBU-IBU SEKARANG SANGGUP MEMBUANG ZURIAT SENDIRI TANPA RASA PERIKEMANUSIAAN KAN...

AIN NAZRI said...

sedih dan terharu tgk pengorbanan akak.. kekuatan ibu semuanya terletak pada anak.. bernafasnya ibu kerana sang anak.. besar pengorbanannya..

akak mengimbas kembali kenangan bersalin.. apakah Nabila akan menerima kehadiran adik kak? Semoga Allah limpahkan rezeki tuk akak ye.. sbb pengorbanan akak terlalu besar

Azrine Razak said...

Seorang ibu snaggup lakukan apa saja untuk anak yang dikasihi..

Min said...

semoga ina terus kuat demi nabila dan adik2nya... insya Allah! kita doa yg terbaik ina... pengalaman besalin sesungguhnya sgt berbeza antara setiap anak. kak min anak 3 ni pun lain2 semua. tapi tak penah serik, kalau ada rezeki, nk bg adik kat Mawaddah... Insya ALlah! anak2 membawa rahmat & rezeki dlm keluarga... :)

A.I said...

DEMI ANAK kan? ^__^

aku penah tunjuk kt along video c-sear kt youtube camne dia dilahirkan kt dunia ni. sama gak cam kau, 2 hari tanggung contraction smp dia lemas kt dlm pewot. Tp Alhamdullilah, 3 lg adik lps dia sume normal..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...