24 March 2011

Soalan cepumas lagi!!

Hari ini 2 kali saya diberi soalan cepumas..

"Bila nak bagi Nabila adik.."

Adoiii..tulah orang kata..

Bila tak kawin mesti tanya bila nak kawin..
Bila dah kawin org mesti tanya bila nak dapat anak..
Bila dah ada anak pun masih org tanya bila nak tambah anak lagi..

Macam biasalah jawapan saya..

"Hurm..tunggu abis pakai perancang ni.."

atau..

"Tunggu kurus dulu.."

Seseorang telah berpesan pada saya tadi, berikan Nabila adik. Nanti boleh adik-adik menjaga Nabila..
Tapi saya terfikir..

Boleh ke adik Nabila menjaganya nanti? Tidakkah adiknya rasa terbeban bila lahir sahaja adiknya di dunia..harus menjaga kakaknya..!

Bukanlah untuk saya menidakkan kehadiran adik beradik Nabila dalam hidupnya, namun kenapa harus membebani adik-adiknya menjaga kakaknya.Saya tahu fungsi si adik memastikan kakaknya berada dalam keadaan baik, namun sebolehnya saya mahu Nabila berdikari sendiri. Saya tidak mahu ada masalah lain dibelakang hari..

Apa masalahnya?

Katakanlah, adik Nabila berkahwin. Dan mungkin juga kami ibu dan ayah telah menutup mata. Mahukah adiknya menjaga kakaknya dan pada yang sama mahu menjaga isteri/suaminya? Itupun kalau ipar Nabila sanggup menerima keadaan Nabila. Kalau ada yang tak terima? Ish..macam cerita drama pula.. Tapi kadang-kala bila difikirkan, saya rasa itu adalah realiti. Bukan semua orang boleh menerima keadaan oarang istimewa dalam hidupnya. Macam entry Ayu mummy Alanna semalam. Ada kawannya tidak mahu anak istimewa. Bagaimana?

Saya pernah bertanya pada adik beradik saya, yang mana saya berkeras mahu menghantar Nabila ke sekolah, mereka menghalang. Kata saya, kalau tidak di didik dari sekarang, bila saya tiada esok, adakah kalian mahu menjaga Nabila. Semuanya terdiam. Saya tahu bukan semua mampu menjaga Nabila. Sebab itu saya berusaha sendiri untuk membiarkan Nabila berdikari. Menangis di sekolah adalah satu pelajaran padanya bahawa dia perlu belajar untuk hidup sendiri.

Mungkin keras apa yang saya katakan. Atau mungkin salah pandangan saya. Saya mahu adik beradik Nabila menerima keadaan kakaknya itu. Dan saya tak mahu mereka menolak untuk menjaga kakaknya. Namun saya tak mahu anak-anak saya yang lain berfikir "Adakah kami lahir semata-mata untuk menjaga kakak" . Kasihan mereka..mereka juga punya kehidupan sendiri.

Kadangkala saya rasa tersepit dengan perasaan saya sendiri. Saya takut. Tapi saya mahu Nabila punya adik-beradik. Adakah saya terlalu negatif? Mungkin ya...

Agaknya apalah perasaan Nabila bila dia tahu keadaannya ini. Dia sendiri tidak mahu hidupnya menyusahkan orang lain. Saya tahu itu. Jauh disudut hatinya, saya tahu Nabila mahu berusaha sendiri untuk kehidupannya. Mungkin masa sahaja yang akan menentukan segalanya. Saya mengikut sahaja aliran perjalanan ini yang telah ditentukan-Nya...

8 comments:

Mama Q said...

kesimpulannya...kiter kene didik anak2 kiter supaya mahu menjaga antara satu sama lain...sebenarnya x kira la sama ada dia sempurna atau tidak...jika semua anak2 kiter sempurna pun perlu kita terapkan rasa tanggungjawab menjaga antara satu sama lain...susahkan nak didik anak2 ni?...kene la doa banyak2.

Yasmin Nabilah.. said...

betul..tanggungjawab tu penting..jika nabila ada 10 adik beradik pun klu sikap tggjwb sesama adik beradik takde kat kakak dia susah juga kan...

Bicara hati ibu aisya said...

Ayu sokong pendapat mama Q tu.Pucuk pangkalnya cara didikan yang kita terapkan sejak mereka masih kecil.Kalau curahan nilai kasih sayang, hormat menghormati dan saling menghargai dah diterapkan dari awal dalam setiap ahli keluarga...insyaallah, dah besar nanti xakan ada masalah tolak menolak dari tanggungjawab kerana automatik rasa tanggungjawab tu dah ada dlm diri mereka sejak kecil.Tak ada bezanya sama ada istimewa atau tidak kerana yang sempurna pun sepatutnya saling menyayangi dan menjaga antara satu sama lain inikan pula andai ada yang kurang upaya.
Ina jangan risau..insyaallah semoga semuanya dipermudahkan.

Daisy Lady said...

Assalamualaikum.... saya merupakan silent reader.... terjumpa blog ini secara kebetulan. Saya tidak punya blog... tetapi rajin membaca beberapa blog salah satunya cerita mengenai Nabila.

Secara jujurnya saya kagum dengan ketabahan mama Nabila dalam membesarkan permata hatinya yg istimewa.

Sedih dah sebak pabila membaca kisah Nabila, anak yang begitu comel, punya mata yang cantik, kulit putih gebu.....

Saya doakan agar Nabila boleh berdikari suatu hari nanti, dapat berjalan dan mengurus keperluan diri.... moga dengan stimulasi yang dilakukan membantu tumbesaran Nabila.

Hidup seseorang perlukan kasih sayang antara satu sama lain. Moga adik2 Nabila nanti mampu memberikan kasih sayang dan memikul tanggungjawab menjaga Nabila....Insyallah.

insan kerdil said...

biar pun yang tampak 'nyata'....perkaitan makhluk itu pada darah.....dibesarkan di tempat yang sama...namun tidak 'menjamin'....yang dirasa itu serupa...yang dilihat itu sama.......

pada tiap langkahan...dalam melalui perjalanan kehidupan...pabila matlamat nya jelas.....serta kaedah nya selari.....tiada apa yang diharapkan selain dipermudahkan urusan oleh-Nya...Penentu...Pemilik...yang Maha Mengetahui.....Maha Mengasihani....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....

Jiey^Mien said...

Ina, setiap yang terjadi di sekeliling kita adalah satu ketentuan dariNya..
Dan tanpa sedar, kita menyanggupi ketentuan itu sedari kita masih di loh mahfuz lagi..
Nabila menyanggupi ketentuan ini, maka lahirlah dia begini..
Rayyan menyanggupi ketentuan itu, maka lahirlah dia begitu..
Bakal adik-adik mereka juga menyanggupi ketentuan takdir abang dan kakak mereka, maka mereka sanggup dilahirkan sebagai adik-adik mereka..
Bukan kita yang membuat penentuan..

=)

Pnut said...

Ina-akak ada bapak saudara yang CP, dan sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas pada usia 50++

Alhamdulillah, adik beradiknya lain (iaitu emak dan bapak sedara, adik beradik dia yg lain) menjaga dia dari mereka kecil, walau selepas emak ayah mereka meninggal, adik beradik ni jaga juga.

Insya-Allah, kalau Nabila ada adik nanti mereka akan jaga dengan penuh kasih sayang...

nuyin2u said...

kita kena fikir positif, samada manusia sempurna atau kurang sempurna, semuanya memerlukan antara satu sama lain. cuba perhatikan diri kita sendiri. masa kita lahir, doktor yg tolong sambut. mana ada kita kuar sendiri, potong tali pusat sendiri. bila kita mati nanti, org lain yg mandikan, solatkan, tanamkan..mana ada kita tanam diri sendiri..pokoknya, hidup ini memang saling bergantungan..utk kita yg punya insan istimewa, mmg perlu kita ajar dia berdikari..utk adik2nya nanti..kita terapkan cintakan Allah..tentu kakaknya bukan satu bebanan..insyaallah..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...