07 March 2011

Soalan yang kadangkala sukar untuk dijawab!!

Soalan yang sering diajukan kepada saya adalah..
a) Nabila dah pandai buat apa dah?
b) Nabila macamana? Dah ok ke?
Hurm..biarpun hanya 2 soalan sahaja, namun kadangkala sukar untuk saya menjawab soalan itu walaupun ianya semudah ABC!
Bukan tidak mahu menjawab, tetapi saya tidak tahu bagaimanakah cara untuk saya menerangkannya. Adakah saya perlu mula dari kisah Nabila lahir? Atau terus saja menjawab yang ringkas-ringkas?
Selalunya saya akan menjawab..
"Nabila macam tu lah. Kadang-kadang boleh pusing..kadang-kadang tak boleh"
atau yang ini..
"Nabila ok. Hurm..macam biasalah, semuanya memakan masa. Kalau usaha lebih, InsyaAllah.."
Benar! Biarpun saya menjawab dengan nada biasa..namun adakah ramai yang tahu gelora hati saya? Adakah ramai yang tahu apa yang tersirat dalam hati saya?
Saya sendiri kadangkala gagal mengawal perasaan saya. Saya cuba menjawab dengan baik, cuma kadangkala muka merah padam bila menjawab soalan itu. Saya mahu menjawab...
"Oh..Nabila sudah pandai itu..pandai ini..." * kembang kempis hidung saya bangga menceritakan kepandaian Nabila.*
Namun, berpijak pada bumi yang nyata. Saya masih belum boleh mengatakan sedemikian pada Nabila. Bukan tidak bangga dengan pencapaian Nabila sekarang, saya mahu lebih lagi. Saya tamak..Ya! Saya tamak! *huhu..bercakap tak ingat dunia..*
Dan cuba memujuk diri. Ya..InsyaAllah, Nabila mesti boleh! Saya akan terus cuba dan mencuba lagi..Mendaki bersama insan kecil ini....

2 comments:

ieda said...

ina cakap jer...puteri saya dah pandai berkomunikasi dgn ibunya..hehe..betul pun kan...tunjuk perasaan pun dah pandai...

Min said...

ya betul kak ieda... min pun kalau org tanya, instead of jawab, dia tak leh duduk lagi, dia tak leh merangkak lagi atau bejalan lagi.

kak min akan jawab, dia dah banyak senyum n gelak ngekek2. kaki makin kuat, wringgling a lot, turn to sounds actively and more n more. apa org nk fikir, terpulang lah... tapi be positive, that's what matter... ok ina, u can do it too!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...