Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 March 2011

Temujanji demi temujanji...Apa kebaikannya?


Jumaat lepas saya bercuti. Kerana temujanji dengan Audiologi (seperti entry lepas..). Pagi ini saya ke pejabat. Seperti biasa saya akan melihat kalendar saya. Rutin saya, saya akan menulis semua temujanji Nabila di kalendar atas meja saya.

Pagi tadi baru saya perasan, bahawa Nabila punya temujanji berturut-turut selama 2 hari (hari ini dan esok ) bersama speech therapist nya dan juga berjumpa semula dengan doktor ENT nya. Serius saya terkejut. Kerana selalunya saya akan bersedia awal dan berpesan pada sekolah Nabila yang saya akan mengambilnya tengahari nanti. Aduhai....

Bekas susu dan air panas juga saya tak sempat siapkan pagi tadi. Sudahlah pagi tadi saya kelam kabut. Kerana saya pulang ke Rawang semalam. Mengemas rumah dan membeli barang-barang keperluan Nabila semalam. Dan pagi jam 5, elektrik di rumah saya tiada pula. Sudahlah baju kurung pun tak bergosok lagi. Jam 5 pagi, saya sudah redah jalanraya yang gelap pekat menuju ke rumah mak. Abg pula bersiap-siap ke tempat kerjanya. Risau betul drive subuh-subuh tadi. Banyak lori!!!

Alamatnya petang nanti saya terpaksa pulang ke rumah mak sebentar sebelum ke sekolah Nabila untuk mengambilnya pulang... :(

Bila melihat temujanji Nabila sejak lahir dulu, saya kadangkala sepertinya tidak mahu untuk kerap ke hospital. Jika dulu, saya memang suka refer apa saja yang saya ingin tahu di hospital. Namun kini tidak lagi..

Entahlah..Mungkin juga saya sudah bosan dengan keadaan hospital kerajaan dan seringnya perkara yang sama diutarakan kepada saya. Jadi saya jemu!!

Kalau nak tengok kad temujanji Nabila, tak silap saya, kadnya sudah masuk kad yang ke-5. Banyak! Memang banyak temujanjinya, tapi progress Nabila..? Aduhaiiiii... Malas nak cakap!! Memanglah tak boleh nak harapkan sangat hospital, sebab bukan Nabila seorang saja yang sakit, ramai lagi yang lebih memerlukan rawatan dari Nabila.

Makanya, saya ambil pendekatan. Tak kisahlah jauh tarikh temujanji berikutnya, kerana saya tahu mereka pun buat ala kadar saja pada anak saya. Jadi, buat apalah saya membazir masa saya untuk datang kerap ke hospital.

Saya jarang untuk skip temujanji, melainkan ada tugasan yang menghalang saya untuk membawa Nabila ke hospital. Dan selalunya juga nurse atau therapist yang set kan temujanji memang tiada masalah dengan saya. Sebab saya tak kisah kalau-kalau temujanjinya tarikhnya jauh-jauh belaka.

Tapi walaupun semua tarikh jauh-jauh, sebulan hampir 3-4 kali saya ke hospital. Semuanya berlainan temujanji. Physio, OT, Speech, Dietetic, Peads, ENT, Audiologi dan Mata kadangkala menuntutnya saya untuk kerap ke hospital. Bukanlah saya merungut tentang semua temujanji ini, kerana saya tahu ini adalah tanggungjawab saya. Jadi, nak tak nak saya mesti laluinya.

Bagi saya, bukanlah semua temujanji ini tidak mendatangkan apa-apa kesan langsung dari segi developmental Nabila. Mesti ada sedikit yang membantu saya untuk mengurus Nabila. Dan ada banyak juga input yang saya dapat dari semua temujanji ini. Lagipun saya tak mahu nanti dipersalahkan atas sebab malas untuk ke hospital atas semua temujanji ini. Jika diikutkan temujanji Nabila ini sedikit jika dibandingkan anak-anak istimewa yang lain yang lebih banyak temunjanji di sana-sini..

Apapun, harapnya saya masih lagi mampu untuk membawa Nabila ke hospital. Tidak jemu dan bosan menanti. Kerana saya tahu semua ini adalah kebaikan untuk anak saya, Nabila....

4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Betullah ina..kadang2 rasa MALAS dan JEMU nak ke hospital.Sebulan paling sikit pun 2 hari cuti perlu diambil tidak termasuk halfday hampir setiap minggu.Nak menunggu satu hal.Appoinment jam 8.30pagi tapi jumpa doktornya paling cepat 11.00pagi.Kalau nasib xbaik kul 1.00 baru masuk bilik doktor.Letih xusah cakaplah.Seluk belok kat wad dan hospital pun dah hafal.Huh..bukan mengeluh jauh sekali putus asa tapi penat.Namun bila mengenangkan kesihatan dan perkembangan anak..biar penat, biar lelah, biar jemu, semuanya perlu diteruskan.Moga setiap keringat dan pengorbanan terbalas.
Semoga ina terus kuat, tabah dan sabar k.
Muahs tuk nabila yang cantik.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam buatmu ina....
akak mengerti apa yg in rasakan. mmg kdg2 akak juga merasakan apa yg ina rasakan. tapi, apa kan daya, demi utk melihat anak kita seperti anak2 lain, sekurang2nya melepaskan diri mrk sendiri.
akak juga seperti ina, sentiasa mencatatkan di kalender setiap temu janji Sofie. melihat kekerapan temujanji, kadang2 membuatkan kita mengeluh panjang..... sabarlah ina...ini juga buat puteri kita.

produk ococ said...

haah..ye..memang kadangkala sampai satu tahap bosan..nak - nak cek mata kat spital seremban ni..geram gilerrr, kat kad kata jam 9.30. Jam 12.30 masih tak dipanggil - panggil. Jam 12.45 kena panggil, bolehke doktor tu tanya sakit apa..eiii angin badan, rasa cam nak lempang je doktor tu..hehe

Mama Q said...

setuju sgt....temujanji ngan hospital boleh dikatakan tiap2 bulan...lain2 dept. Lps tu kiter ni jd cam tape recorder...kene ulang cerita kat doc...tu part yg jemu...belum lg klu kad rekod hilang...berulang la tanya soklan..alamat, no ic (tu kat pendaftaran)...belum lg ulang soklan yg sama oleh doc...'maaf yer Puan, rekod anak Puan ilang...boleh x bgtau mcm manaPuan boleh perasan anak Puan x dengar?"...(itu la yg terjadi kat ORL seremban)