17 April 2011

3 Tahun Bersamamu Nabila...

Nabila Sayang,

3 tahun bukan mudah untuk ibu lalui bersamamu sayang. Banyak yang telah kita lalui. Suka duka pahit getir ibu membesarkanmu tanpa penat dan jemu. Seringkali air mata ini mengalir keranamu. Tak kira air mata sedih atau air mata gembira.

Nabila Sayang

Tak terucap dek kata-kata bahawa ibu teramat sayang padamu. Sungguh hati ibu tak keruan pabila dirimu jatuh sakit atau saat dirimu bersedih. Dan ibu akan pastikan anak ibu ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan ceria biarpun hidup ini bukannya seperti insan-insan lain.

Nabila Sayang,

Ibu tidak pasti lama bila lagi ibu akan dapat bersamamu. Andai nyawa ibu ini tak panjang, ibu mahu anak ibu ini boleh berdikari sendiri. Mampu untuk bangun dan makan minum sendiri. Mahu anak ibu ini boleh menguruskan diri tanpa bantuan sesiapa. Ya, kita sedar sayang. Tiada siapa yang suka dirinya terbeban dengan keadaanmu. Kerna itu ibu mahu kita usaha sendiri demi diri kita.

Nabila Sayang,

Biar lelah ibu, biar bergadai harta ibu, namun ibu mahu Nabila sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Ibu mahu Nabila merasai alam persekolahan bersama rakan-rakan biarpun anak ibu ini hanya terlantar dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Ibu mahu Nabila merasai nikmat berjalan di tempat awam, membeli pakaian yang cantik, makan makanan yang sedap sama seperti anak lain. Kerna itu adalah hajat ibu. Ibu tak mahu sedikit kekurangan pada anak ibu ini.

Nabila Sayang,

Ibu tahu anak ibu telah lakukan yang terbaik. Ibu tahu kemampuan anak ibu. Ibu tahu sedaya upaya anak ibu cuba untuk bangun dan lakukan segala terapi. Ibu tahu anak ibu cuba bercakap dengan ibu biarpun ibu tak tahu apa yang diucapkan olehmu sayang. Ibu cuba memahaminya sayang.

Nabila Sayang,

Andai ibu terpaksa mendukungmu untuk sepanjang hayat ibu, ibu rela. Andai ibu terpaksa menyuapkanmu makan, ibu masih rela. Dan andai ibu terpaksa memandikanmu untuk selamanya, ibu pastinya rela jua. Kerna ibu tak pasti sampai bilakah anak ibu ini akan dipinjamkan oleh Allah. Dan ibu juga tidak pasti adakah nanti ibu masih punya kesempatan untuk lakukan semua itu untuk Nabila.Semuanya kerana kasih ibu pada Nabila yang tiada penghujungnya

Nabila Sayang,

Duniamu tidak gelap. Ibu akan sentiasa memimpin tanganmu. Ibu akan sentiasa menyokongmu. Ibu akan sentiasa menjagamu. Ibu tahu Allah telah berikan yang terbaik buat ibu. Iaitu kamu sayang. Allah pasti akan membantu kita walau kita berada dalam keadaan sulit sekalipun. Ibu yakin tentang itu. Anak ibu ini adalah anugerah terindah yang pernah terjadi dalam hidup ibu.


Selamat Hari Lahir yang ke 3 sayang. Moga pelangi nan indah akan terus menyinari hidup kita. Moga anak ibu ini terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam hidup ini. InsyaAllah..

Salam sayang buat Nabilaku,

IBU

18 comments:

MaMaNuRiN said...

Happy birthday..selamat hari lahir nabila...muah muah muah. Moga dirahmati allah dunia dan akhirat.

...mommy jue... said...

selamat hari lahir nabila........

Kerikil Kehidupan said...

Menitis air mata akak baca coretan ina buat nabila...
kerna itu jualah suara hati akak buat Iman....
Moga kita terus kuat dan tabah menghadapi apa jua ujian yg mendatang....

Dan tak lupa...
Happy Besday Nabila...Moga Nabila terus sihat...
Acik sayang Nabila....

faizrazak said...

Happy beday Nabila sayang..semoga.....kuat semangatmu...menempuh.......segala dugaan ini....amin...

faizrazak said...

Happy beday Nabila.....semoga dimurahkan rezeki....n dipanjangkan umurmu...amin.

faizrazak said...

Happy beday Nabila...semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki....amin.

Abi said...

Sodeh ar Na. Ni besday Nabila happy2 la cikit!

ibuayu said...

Selamat Hari Lahir Nabila ku sayang....

SieqinShukor @ PrincessMomma said...

~hepi besday nabila syg~..kuatkn smgat mu..allah sntiasa bsma kte..
tuk si ibu,,moga tabah dlm melalui liku2 idup ini..truskan brusaha..amin

Yana@Noni said...

Terharu sgt akak baca entri Ina nie..andaikata Nabila dapat membaca entri ini satu hari nanti pasti dia rasa bertuah sangat dapat memiliki ibu seperti Ina..:-)
Selamat Hari Ulangtahun Yang ke3 wat Nabila...moga dipnjgkan umur & murah rezeki...aaaamin

Jiey^Mien said...

Happy befday anakku..
=)

Mea Myra said...

happy birthday nabila sayang.
semoga dilimpahi rahmat dariNya. ;)

aminnn

yunz_02 said...

epy beday nabila cayang.. :D

MaMa ArIaNa.. said...

selamat hari lahir nabila........moga dipnjgkan umur & murah rezeki...amin...cuyunk nabila

Bicara hati ibu aisya said...

Ina, terharu ayu baca entry nih.Hepy belated besday nabila sayang(walau dah wish dalam phone smlm) Semoga panjang umur, murah rezeki dan berada dalam lindunganNya selalu. :)
Hug n kiss utk nabila.

insan kerdil said...

setiap detik yang dilalui....adalah cabaran....kerana nikmat yang dirasai....bukan sedikit....bukan jua kecil....

tatkala yang lain...lebih berbicara tentang 'kejayaan'....buat mereka yang teruji dan diuji...lebih membicarakan....tentang nilaian suatu kesyukuran.....

dalam kembara ke alam abadi....pabila tiap matlamat jelas....berserta kaedah yang selari...tiada lain yang diharapkan....selain dipermudahkan urusan dunia akhirat......dalam menuju redha Ilahi....

selamat hari lahir....buat permata hati....Yasmin Nabilah....semoga sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat daripada Ilahi......

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

A.I said...

Selamat Hari Jadi Nabilah Sayang,
Semoga Hidup Sentiasa Diberkati Allah & Diberi Kesihatan yg Baik oleh Nya, amin...

nadeeya said...

Sayu membaca nukilan ini.... teringat pada anak-anak saya .... Memang benar anak-anak hanya pinjaman dari Allah... saya terlupa rupanya....terima kasih...
Selamat Hari Lahir Nabila... Moga Impian Ibu dan Nabila akan dimakbulkan Allah.....

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...