06 April 2011

Berhenti mencoret di sini...

Sejak kebelakangan ini, saya banyak memikirkan tentang blog ini. Tentang segala cerita perihal Nabila...

Pernah terdetik, saya mahu menutup blog ini. Atau saya private kan saja entry-entry saya. Bukan memilih 100 pembaca saja, malah saya mahu ianya hanya untuk tatapan saya saja.

Adakah saya kedekut untuk share semua apa yang saya tahu mengenai anak Cerebral Palsy? *tak kedekut ok..sapa-sapa email atau chat ngan saya, pasti saya balas*

Entahlah..saya tak rasa pula blog ini banyak input jika dibandingkan dengan blog-blog rakan-rakan saya yang lain yang lebih bermaklumat dan berinfomasi.. :)

Pernah saya klik tab permissions dan memilih button only author untuk seketika. Tapi ianya hanya seminit dua. Kemudian,saya membukanya kembali untuk tatapan umum. Entah apa yang membuatkan saya agak gila ketika itu, saya tidak pasti. Adakah saya sudah jemu..? Mungkin.... :)

Mungkin nanti saya akan buat perkara itu. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi mahu ianya menjadi sesuatu yang boleh di privasi kan antara saya, Abang dan Nabila.

15 comments:

Masimawati Binti Abdul Latif said...
This comment has been removed by the author.
AIN NAZRI said...

mungkin akak merasakan dengan bercerita pasal Nabila dengan public, seolah2 tak beri apa2 makna pada org lain. mungkin ada yang menganggap akak merungut + mengadu + tak kuat..

bila cerita di public mmg itulah tanggapan org luar.. tapi bagi yang follow akak sekian lama, mereka memerlukan update mengenai Nabila. sekurang2nya boleh kami doakan kesembuhan nabila.

adarnadzmie said...

sedihhnya.. klu di tutup @ private kan blog ni rindu kami pada nabila nanti...

ieda said...

the choice is yours.
tapi kalau boleh jgnlah privatekan...rindu kat nabila nanti.setiap blog anak2 yg akak baca akak sebenarnya berharap utk 'melihat' mereka sehingga mereka dewasa....they are so special.

infact bila kita ceritakan kisah2 macam ni sekurang2nya dapat juga legakan ketegangan fikiran kita.mmg ada org yg komplen gitu gini bila kita bercerita.its normal.

buatlah apa yg terbaik utk ina...

MaMaNuRiN said...

alaaaa ibu ina ni...nanti susahlah mama nak tgk nabila..nak geram pipi dia tu..kuat dan tabah yer ina

ReDzz GuRlzZz said...

jgn la private kan.. kmi di sini sntiasa membaca pkembgn akak..

Qaseh said...

salam....tahniah buat anda sebab dah berjaya membuka minda dan perasaan saya terhadap anak istimewa ini...saya harap jgn la di privatekan blog ni...info yg diberikan dalam blog ini amat berguna. Mungkin satu hari atau mungkin saudara, sahabat2 saya mempunyai anak seistimewa nabila dan ini serba sedikit dapat membantu....sungguh saya berharap jgn diprivatekan blog ni...teruskan berblog...jangan terlalu memikirkan org lain...insyallah semua yg berlaku adalah hikmah dan dugaan buat anada sekeluaraga..tabahkan hati...

Salina@IbuAqil said...

Sunyi ina ngan aqil tanpa cerita kisah harian Nabila nanti.. Jgn lah privatekan dear.. :) Sentiasa ikuti perkembangan Nabila sambil iringinya dengan doa dari jauh..

jannahshahab said...

Salam ina..im yr silent reader 2! :)
xperlu la privatekan..xpe, ini blog ina..terpulang pd ina nk tulis apa. jgn dipedulikan perasaan yg 1 lg tu..atau jgn dipedulikan if ada yg ckp2 syok sendiri ke apa..sape yg nk baca, baca. x nk baca, sila pergi ke link lain..;p
nnt rindu nk bc entry2 psl nabila...cute girl!

Puteri Nuur At-Terawis said...

ina, kalau privatekan, mama put susah la nak tahu cerita nabila :( walau selama ni jarang komen, tapi tiap kali ada update, put datang singgah sini.

kalau nak bercerita mengenai privasi nabila, diakui menulisnya di blog spt merampasnya dari nabila tapi dari side yang berbeza, berkongsi ini mampu memberi kesedaran dan mendidik pembaca mengenai anak-anak istimewa.

apapun, the choice is yours.

hugs and kisses to nabila xo

MaMa ArIaNa.. said...

ibu...anim sungguh berharap jgn diprivatekan @ tutup blog ni yg banyak memberi kesedaran pada diri anim...klu di tutup @ private kan blog ni rindula anim pada nabila nanti...sekurang2nya dapatla doakan kesembuhan nabila setiap kali membaca blog ini.

mama akid said...

dengan membaca blog akk ini memberi satu lg kekuatan pada saya..harap dapat kongsi bersama saya...

Bicara hati ibu aisya said...

Ina, kenapa nih?ada masalah yer?Kalo ina privatekan camner ayu nak tahu perkembangan nabila setiap hari?Walaupun ayu jarang tinggalkan komen tapi setiap hari ayu tak pernah mis jenguk blog nabila nih.Lagipun dari inalah ayu belajar tulis blog.Banyak info yang ayu dapat dari blog ina yang mendatangkan faedah pada ibu-ibu lain khasnya yang ada anak istimewa.
Apa-apapun pilihan di tangan ina dan ina pastinya tahu mana yang terbaik.apapun keputusan ina, ayu tetap sokong ;)

nuyin2u said...

yelah ina..kita dah bina hubungan maya ni sesama kita, rasa cam x best plak bila diprivate. pembacaan blog speacial child kita ni, serba sedikit terapi melegakan jiwa..

insan kerdil said...

meski pada tiap yang ditentukan.....makhluk punya pilihan.....dalam menerima....namun yang saling membezakan antara nya....adalah kekangan....matlamat.....kaedah....

biar pun ada ketikanya....pilihan yang dibuat pada awalnya....berdasarkan perkiraan dan pertimbangan yang wajar...pada ketika itu.....

namun pabila 'ketidakpastian' hadir....memberikan ruang dan peluang...untuk kembali 'semula' pada asalnya.....adakah ianya 'menghala' ke 'matlamat' yang dihajati...?

tatkala yang 'terhidang'......adalah suatu hakikat kekurangan....kelemahan makhluk bernama manusia....namun pabila tetap memilih untuk bersangka baik dengan-Nya....yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....hati dan minda kan menjadi tenang....

kerana Dia tidak akan sesekali memungkiri janji....dan Dia tidak akan sesekali menzalimi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...