12 April 2011

Bila rasa gelodak hati mahu anak lagi..

Sewaktu Nabila berada di wad, saya nampak pelbagai gelagat anak-anak kecil yang kesemuanya mempunyai masalah hampir sama dengan Nabila. Semuanya berpunca dari demam. Melihatkan satu persatu wajah anak-anak itu, rasa kasihan melihat mereka. Ada yang sedang bermain, ada yang terbaring lesu kerana cirit birit dan muntah-muntah. Ada yang baru lepas dibedah dan banyak lagi.

Hati saya tersentuh bila melihat jiran sebelah katil saya. Dimasukkan ke hospital kerana sudah sebulan demamnya on dan off. Dan menurut ibunya, sakitnya tiba dikemuncak apabila nanah mengalir keluar dari telinganya. Kata doktor, mungkin sudah dijangkiti kuman, dan yang pasti terus saja doktor memberikan antibiotik dan di tahan beberapa hari untuk pemerhatian.

Melihatkan telatah anak itu, walaupun sakit, namun lihat sangat cergas dan sangat bijak. Saya turut memujuk si kecil itu pabila dia menangis merengek mahukan mainan. Dan mata saya tak lepas memandang kedua beranak itu sedang sibuk makan dan berbaring di atas katilnya. Saya berbual dengan si ibu sambil menghilangkan rasa bosan berada di wad.

Saya sempat berbisik pada Abang, betapa seronoknya melihat si ibu melayan kerenah si anak. Kebetulan sekumpulan pelajar praktikal (maybe doktor) sedang melakukan beberapa kajian dan praktikal terhadap anak-anak di situ. Praktikal tentang kelakuan anak-anak mengikut peringkat umur.

Teruja melihat salah seorang pelajar memberi arahan pada si ibu dan si ibu pula cuba memberi arahan kepada si anak . Entahlah..apa yang saya fikirkan ketika itu saya tak pasti. Walhal dahulu, bukan tak pernah saya menjaga kanak-kanak tipikal. Oh ya, baru saya teringat. Saya pernah rasa teruja dulu bila melihat adik lelaki saya sudah boleh berjalan. Dan pabila saya tahu dia boleh melangkah setapak dua, saya akan mengajarnya berjalan lagi sehingga pandai. Hati saya sangat gembira ketika itu.

Untuk sekarang, saya masih lagi belum merasai nikmat mempunyai anak normal. Namun, kata orang, untuk sekali dua memang seronok melayan anak-anak ini. Namun, bila sudah jemu, pastinya kita tak mampu melayan kerenah mereka.

Benarkah ia begitu? Saya tidak pasti tentang itu, namun apa yang saya rasakan, saya begitu gembira jika apabila si anak dapat bermain dengan baik dan bijak menggunakan idea kreativiti mereka. Entahlah..mungkin juga saya belum merasainya. Kalau sudah merasa nanti pasti saya sama seperti ibu-ibu lain. Hurm...mungkin.. :)

Saya menyatakan hasrat pada Abang untuk membuka perancang yang saya gunakan ini lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan. Tetapi, saya punya objektif lain untuk dicapai sebelum saya mengandung lagi. Iaitu menurunkan sedikit berat badan ini. Namun, saya tak pasti bilakah ianya akan tercapai. Mungkin memakan masa yang agak lama. Saya juga harus bersiap sedia dari segi kewangan dan mental saya sendiri. Bersedia untuk anak kedua dengan keadaan Nabila yang masih belum berjalan, adakah mampu untuk saya lakukan?

Maka, saya hanya berbisik di dalam hati supaya bersabar. Pastinya ia akan menjadi satu kemanisan yang paling bermakna dalam hidup saya dan keluarga andai saya bersiap sedia dari awal dan tidak tergopoh-gopoh untuk menurut kata hati ini.. :)

6 comments:

Jiey^Mien said...

Ina, dulu Jiey selalu cakap, nk bg Ian adik bila dia dh bleh jln..
Umo setahun, mmg jauh la..
Umo dua tahun, still tak jln juga..
Umo nak masuk 3 thn ni pun, masih tak jalan sendiri lagi..
=)

Ada rs guilty bila letih n takleh layan kerenah dia skrg.. tapi sgt teruja nk tgk dia main ngan adik sbb kesian every time dia main sorang2.. lbh kesian bila tgk dia nak main ngan budak lain tapi diorg takmo main ngan dia sbb keadaan dia camtu..

di sudut hati, harap sgt2, adik lahir selamat n sihat.. bleh main sama2 dgn abg..
=)

mama akid said...

semoga akk dapat mmbuat pilihan yg tepat...

mama akid said...

semoga akk dapat mmbuat pilihan yg tepat...

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah ina, masanya pasti akan tiba.Anak tipikal atau tidak, masing-masing ada nikmatnya yang tersendiri.Semoga tercapai semua keinginan ina ;)

Azma said...

Ina tau apa yg sangat menarik bila jagi anak istimewa?? Melihat perkembangan mereka yg berlaku dengan perlahan secara satu persatu.

Bila membesarkan anak normal, sekelip mata je kita tengok dia dah berjalan, berlari, bertutur dan pelbagai lagi..dan tetiba jugak dia dah masuk sekolah..sangat cepat rasanya

Kedua2 perkembangan tu sgt jauh berbeza. Tapi kedua2nya sangat menarik. Mungkin dengan yang teristimewa ni banyak skit la air mata yg tmpah..

Buatla pilihan yg terbaik utk ina sekeluarga ya.. Akak doakan semuanya dipermudahkan

ieda said...

ina...make sure ina dah ready secara mentally sebelum get pregnant.bukan apa...sekadar nak kurangkan tekanan.tapi whatever it is,Allah itu maha mengetahui yg terbaik buat kita.
moga Ina juga dapat yg terbaik dariNya.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...