20 April 2011

Kan bagus badan boleh di belah dua...

Rasanya sudah lama tidak bercerita tentang aktiviti Nabila. :(

Sebenarnya, sejak saya sibuk dengan usaha saya untuk mengurangkan berat badan, saya kurang dapat melakukan aktiviti bersama Nabila. Jika dulu, waktu malam saya dapat manfaatkan masa bersama Nabila. Kini rasanya begitu sukar untuk saya bahagikan masa.

Adakah saya mementingkan diri?

Saya rasa kadangkala penat berkejaran ke sana ke mari. Kadangkala juga saya mahu bermalas-malasan. Tiada sesi terapi untuk Nabila dan juga tiada sesi exercise untuk saya (kan bagus badan ni kurus..tak yah la nak susah payah gym..huhu)..

Harapnya Nabila dapat sedikit aktiviti yang dia lakukan di sekolah. Saya tak sempat untuk bertanya lebih lanjut pada therapist dia di sekolah. Faham sajalah Nabila. Ada mood juga kalau nak buat segala mak nenek terapi. Kalau dah suara melaung gajah..manalah nak buat! Habis di keras-keraskan badannya.Adoiyaiii..

Cumanya saya perasan beberapa perubahan si kecil ini. Dia lebih alert dan telah mengenali suara orang di sekelilingnya. Dan lebih cepat respon berbanding dulu. Mulut bising usah ceritalah. Sebut "Aaaaaaaa.." sesaja. Dulu sebut "buuuuuu..." atau "uuuuuuuu..". Sebelum ni sebut "woooorrrrrrmmm.." Huh! apa sajalah dik. Janji kamu happy!

Saya cuba juga untuk penuhi masa malamnya. Tapi kesian juga kalau Nabila nampak keletihan bila pulang ke rumah. Dan terus saja tertidur. Agaknya di sekolah dia tak tidur. Sian anak ibu!

Itulah, bila dah tak dapat lakukan sesuatu untuk Nabila, rasa ralat sangat. Aduhai..kalau lah badan ni boleh dibelah dua kan senang..hehe...

1 comment:

Bicara hati ibu aisya said...

Huhuhu...ayu pun selalu berfikir yg sama.Alangkah seronoknya kalau dapat lebih masa utk diluangkan bersama aisya.Mengajarnya sesuatu yang dapat meningkatkan perkembangannya.Tiada terapi, tiada temujanji doktor.Tapi..langkah tetap perlu diteruskan.Insyaallah, setiap pengorbanan pasti dibalas.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...